Tuesday, September 7, 2010

Fikir sejenak menjelang Idul Fitri

Ramadan yang kita sayangi sudah hampir melabuhkan tirainya .Bagi mukmin yang meniti jalan-jalan kearah keredhaan Allah pemergian Ramadhan pasti ditangisi .Berlabuhnya senja Ramadhan pasti mengamit kesyahduan di hati ini, Namun bagi mukmin yang takut dan harap pada Illah ucapan takbir dan tahmid yang dilafaz bila berlabuhnya mentari Ramadhan akan mengingatkan akan peristwa perang Ahzab yang yang ditempuhi oleh Baginda Rasulullah SAW dan para Sahabat ( r.a ).Seterusnya menginsafkan diri bahawa tanggunjawab seorang mukmin bukan semata beribadat kepada Azzawajalla tetapi lebih penting menyuburkan bumi Allah ini dengan islam .


Saudaraku

Perang Ahzab merupakan perang menentukan halatuju kerajaan Islam dimukabumi ini. Perang ini menjurus kearah perang yang psikologi dimana kaum muslimin dikepung hampir sebulan dibulan syawal sehinggalah pertolongan Allah tiba dengan runtuhnya mental tentera Ahzab (Tentera besekutu kafir Quraisy,Yahudi dan puak Munafik ) apabila Allah menurunkan pasukanNya berupa badai ribut yang memporak-porandakan khemah-khemah pasukan Ahzab .


Saudaraku,
Hari ini apa dialami oleh rakyat Gaza adalah mirip dengan kondisi para sahabat saat perang Ahzab. Bangsa Palestin Gaza di bawah kepemimpinan Hamas menghadapi pengepungan pasukan Yahudi Zionis Israel. Muslimin Gaza telah dipenjara dengan tembok penjara terbesar yang melingkungi wilayah mereka.Tentera Zionist yang disokong Amerika dan majoriti negera-negara Barat adalah merupakan pasukan Ahzab. Bahkan pemimpin yang terpamir ciri-ciri munafik dari negara-negara Arab juga turut bersekongkol . Contohnya Presiden Mesir Hosni Mubarak tah ubah sebagai gurkha Israel karena tidak sudi membuka perbatasan Mesir-Gaza, yakni the Rafah Crossing.

Saudaraku,
Hari ini dikala kekuatan barat amat ampuh ,kita mungkin tidak mampu berperang secara lansung dengan tentera Yahudi Di Bumi Palestin.Apatah Lagi untuk bertempur dengan tentera Ahzab. Tetapi saya senantiasa optimis bahwa Allah akan menolong kita sekiranya kita kembali kepada Islam. Disini jihad yang terbesar kita adalah untuk mengembalikan ummah kepada Islam yang sebenarnya .Ayuh kita jadikan alunan takbir dan tahmid Idul Fitri sebagai pembakar semangat kita untuk kita istiqamah dengan kerja-kerja jamaah setelah selesai menjalani tarbiyyah di Madrasah Ramadhan.

Saudaraku,
Kekadang kita merasakan diri ini kerdil dan tak termampu untuk memberi bekas kepada perjuangan.Tapi kita hendaklah ingat bahawa Allah tidak mengira berapa besar sumbangan kita ,tetapi yang dihitung adalah azam dan keikhlasan kita.Sebenarnya apabila kita ikhlas kita akan sentiasa berdamping dengan golongan yang berusaha mencari kebenaran dan bekerja untuk menegakkan kebenaran.

Saudaraku
Hari Raya orang Islam berbeza sekali konsepnya dengan hari raya orang bukan Islam apatah lagi ianya disambut sebaik sahaja selesai menunaikan ibadah puasa. Kalau non muslim berhari raya hanya sekadar untuk berhibur dan bergembira walau ada kaitan dengan unsur keagamaan, Islam mempunyai cara tersendiri.

Hari ini majoriti umat Islam terikut jejak kafir,yahudi dan nasara berhari raya. Ramai kalangan kita beraggapan bahawa hari raya adalah hari berpesta untuk melahirkan rasa gembira dan berhibur. Ianya dijurus dari kefakiran dalam menghayati roh Ramadhan dimana bulan Ramadhan adalah bulan Qana‘ah yang mana dengan itu mampu menghindarkan kita dari memboros dan berlebihan di dalam menyambut Idulfitri.

Kita dianjurkan menghidupkan malam Idulfitri ini dan malam Idul Adhha dengan berzikir, mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat Tasbih disamping bertasbih dan bertahmid.Mudahan kita tidak termasuk dari golongan yang rugi.Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment