Friday, December 17, 2010

Hijrah Pada Amal dan Iltizam Bukannya Sekadar Slogan Dan Perayaan

Alhamdulillah kita baru sahaja menyambut tahun baru Qomariyah dan akan menempuh tahun baru Syamsyiah dua minggu lagi.Bermulanya tahun baru ramai dikalangan kita meletakkan pelbagai azam atau target yang hendak dicapai .Mungkin ada segelintir dikalangan kita tertanya kalendar mana nak diguna pakai untuk meletakkan azam dan komitmen.jawapannya mudah mana-mana hari kita boleh meletakkan target dan azam namun yang paling penting ialah komitmen kita untuk berhijrah kearah yang lebih baik Dan Mukmin yang baik senantiasa merancang perubahan bila pintu hatinya diketuk oleh hidayah untuk melakukan perubahan.Namun begitu dalam urus tadbir diri dan organisasi yang baik meletakkan sasaran tahunan pada awal tahun adalah langkah bijak apatah lagi dimulakan pada tahun hijriah memandangkan ia diasaskan para sahabat Nabi r.a.

Imam Ibn Kathir musanif kitab al-Bidayah wa al-Nihayah menukilkan Dari Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252 ).

Berkenaan dengan sebutan Maal Hijrah semperna tahun baru hijri adalah kurang tepat dan mengelirukan apatah lagi Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke 14 selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Saidina Abu Bakar r.a ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada 1Rabiul Awal baginda & Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada, 8 Rabiul Awal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di sana selama 4 hari dan membina Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib & menukarkan namanya ke Madinah.

Dewasa ini Sambutan Maal Hijrah seolah tiada fokus dan kekadang boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada Islam Itu sendiri.Contohnya dalam pemilihan tokoh Maal Hijrah tahun ini dimana Individu itu yang tidak berhijab ditampilkan .Disamping itu apa yang diketengahkan kepada masyarakat seolah menyambut ulang tahun peristiwa hijrah .Disamping slogan yang sekadar slogan.

Mari kita renungkan kata-kata, Saidina Umar Al-Khattab (r.a)

الهجرة فرقت بين الحق والباطل، فأرخوا بها

“ Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”.

Berkata al-Imam as-Suhaili (rah), para sahabat sebenarnya mengambil asas tahun hijrah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah Ayat 108 yang bermaksud:

“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan (Masjid Quba') sejak dari hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya ”. Surah at-Taubah: 108.

Terangnya lagi: “ Ini kerana sudah jelas bahawa hari tersebut bukanlah hari pertama yang sebenar (permulaan umur dunia). Bahkan hari pertama yang disandarkan kepada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat tersebut, iaitu zaman pertama kemenangan Islam, dan zaman pertama Nabi s.a.w. boleh beribadah dengan aman (tanpa sebarang gangguan) dan zaman permulaan pembinaan masjid ”. Kerana itulah sepakat para sahabat memulakan tahun Islam dengan tarikh hijrah.

Hijrah sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan dan matlamat perjuangan umat Islam. Hijrah juga menginsafkan kita bahawa kita sentiasa bergerak menuju Allah SWT. Kerana itu kita sentiasa perlu menambahkan kebaikan dan amal soleh kita. Orang yang berhijrah adalah orang yang berusaha meninggalkan dosa-dosa dan maksiat. Dan perkara itu tidak akan tercapai melainkan dengan keazaman yang tinggi. Sama-samalah kita beriltizam dan meltakkan target tertentu dalam berhijrah menjadi mukmin takut kepada Allah dan Efektif kepada Ummah. Dan ingatlah bahawa orang yang berhijrah sentiasa memerlukan bimbingan Allah dalam hijrahnya menuju Allah.

Friday, November 26, 2010

Kaedah Mudah Hafal Al-Quran

Apabila Umur Kita meningkat terdetik dihati untuk meningkatkan amal dalam masa yang sama terasa dihati betapa ruginya masa berlalu pergi tanpa dipergunakan sepenuhnya untuk mencari bekal akhirat.

Natijah dari itu membaca ,betaddabur dan seterusnya menghafal Al-Quran adalah satu keperluan bagi mecapai tingkatan mukmin yang sempurna.

Bagi Saya sebahagian Usia remaja saya banyak dihabiskan untuk mempelajari ilmu kejuruteraan kemudian mempraktikkan sebagai jurutera lebih 10 tahun seterusnya berkecimpung dalam peniagaan kejuruteraan sehingga kini .Terasa di hati betapa terdapat kelemahan yang amat sangat dalam ilmu al-quran terutama bila ditegur kesilapan mudah oleh rakan lebih ahli, disamping sering terlupa meskipun telah menghafaz surah lazim seperti spt Yaseen dan sajdah.
Saya telah beberapa kali menghadiri kelas Al-Quran namun kekangan tugas menyebabkan saya ketingalan dan tidak mencapai tahap memuaskan .
Alhamdulillah kini saya baru menemui kaedah Jibril yang pada hemat sesuai untuk golongan bukan kalangan lulusan agama dan sangat sibuk dengan urusan fardhu kifayah lain ( Career Demanding ).

Saya sarankan sebarkanlah kaedah ini secara affiliate untuk semua kenalan kita dan wang diperolehi didermakan terus kemana-mana mahaad Tahfiz mudahan walaupun jumlah wang yang dinfakkan itu kecil namun dengan ikhlas ,InsyaAllah akan ditambahkan keberkatan untuk dibukakan hati bagi memudahkan kita mempelajari dan menghafaz Al-Quran seterusnya menjadi asbab petolongan Allah kepada kita.Mudahan Allah panjangkan umur kita dan dapat kita membaca surah-surah yang diamalkan Rasulullah SAW , para-sahabat r.a dan solafussoleh dalam solat sunat kita WaAllahuA'lam

Untuk Tempahan Sila masuki link ini :
http://www.kaedahjibril.com/index.php?ref=wmbadrul

Friday, October 1, 2010

Membongkar Kisah Ashabul Kahfi





Mudahan pemergian Ramadhan yang amat disayangi memberi bekas terhadap hubungan kita dengan Allah.

Saudaraku,
Apabila disebut peristiwa Al-Kahfi,ramai dari kalangan kita dapat mengaitkan dengan surah yang amalan rutin kekasih kita( Rasulullah SAW ) pada setiap malam Jum’at berdasarkan Sabda Nabi SAW.
عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الخُذْرِيّ قَالَ مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, ia berkata, Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka Allah SWT akan menyinarinya dengan cahaya antara dia dan rumah yang penuh dengan keindahan. (Sunan Ad-Darimi, 3273)
“ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at,dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at “ ( Al-Hakim / Sahih )


“ Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka akan selamat dari gangguan dajjal ( Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud / Sahih )

Saudaraku,

Kelazatan Ibadat dan hubungan dengan Allah akan dapat ditingkatkan lagi dengan menghayati ,disamping mendalami kefahaman kita pada setiap amalan yang dilakukan.Maka pada kali ini, marilah kita menjelajah sebahagian kecil dari apa yang tersingkap dalam surah ini.

Saudaraku,
Ashabul Kahfi adalah satu kisah yang dinukilkan dalam Surah Al-Kahfi,dimana beberapa pemuda yang beriman kepada Allah Azzawajalla sebagai Tuhan semesta alam. Sebahagian besar ulamak tafsir berpendapat bahawa bilangan pemuda Al Kahfi tujuh orang ditambah dengan seekor anjing bernama Ar Raqim (Nama Ar-Raqim menurut salah satu mufasir, namun ada sebagian lagi yang mengartikan sebagai batu bersurat), ada pula yang mengatakan jumlahnya lebih sedikit dari itu. Namun hanya Allah lah yang tahu jumlahnya dan yang pasti jumlahnya tidak banyak (rujuk 18:22).

Saudaraku,
Al-kahfi adalah ikon pemuda yang hebat ,dimana mereka istiqamah mendokong kebenaran meskipun terpaksa berdepan dengan pemerintah yang zalim dan majoriti masyarakat mereka yang musyrik.Walaubagaimanapun Naluri manusia apabila tahap ancaman dari masyarakatnya meningkat maka timbullah kerisauan dihati mereka . Lantas mereka mengambil keputusan untuk bersembunyi di gua , lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah. (18:14-16).
Apabila bangun dari tidur salah seorang diantara mereka diutus untuk ke kota untuk mendapatkan makanan dan diingatkan agar berhati-hati (18:19).

Maksudnya agar para penguasa Dzolim saat itu tidak mengetahui tentang lokasi mereka, Bagi mengelakkan risiko ditangkap dan dipaksa untuk kembali menganut kepercayaan sesat (18:20).

Namun setibanya di kota ia mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.
Ahli sejarah Islam dan barat telah banyak menjalankan kajian di manakah tempat berlakunya kisah pemuda-pemuda tersebut ditidurkan oleh Allah dalam tempoh masa yang lama. Para pengkaji Islam menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan manakalan penganut kristian mempercayai kisah ini berlaku dan menjalankan kajian mereka dari kitab bible. Pelbagai hasil kajian, pandangan telah diberikan dalam menyatakan bilakah kisah ini berlaku? Di manakah ia berlaku? Persoalan-persoalan ini telah cuba dikupas sejak zaman berzaman dan turut dibincangkan oleh ‘Alim Ulama terdahulu dan dibentangkan di dalam kitab-kitab tulisan mereka.

Bilakah ia berlaku?
Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.
Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.


k
Gua Washid (atau di sebut juga dengan nama Kheram) di Gunung Naglus, Kota Aphesus, Negeri Romawi (saat ini ada di kota Thasus, di Wilayah Turki) ini dianggap sebagai gua ashabul kahfi
Persoalan berapa lama mereka tinggal di dalam gua?
Tidak ada kepastian, karena hanya Allah lah yang tahu semuanya (18:26). Namun demikian di ayat sebelumnya Allah SWT berfirman: “Mereka tinggal di dalam gua selama 300 tahun, dan ditambah 9 tahun“(QS 18:25). Pertanyaan yang dapat diangkat dari ayat ini adalah “mengapa Allah tidak langsung menyatakan 309 tahun, tetapi 300 tahun ditambah 9 tahun?”.
Kajian mendapati ianya mepunyai hubungkait dengan kalendar syamsyiah(mathar/masehii) dan qomariyah(bulan/hijri ).

Menurut perhitungan astronomi, satu tahun adalah jangkamasa antara musim hujan sampai musim hujan atau musim panas ke musim panas berikutnya. Karena musim dipengaruhi oleh perdaran bumi mengelilingi matahari, maka lebih tepat disebutkan bahwa 1 tahun adalah jangka waktu bumi mengelilingi matahari dalam satu kitaran. Menurut perhitungan, bumi mengelilingi matahari dalam waktu 365.2422 hari.Iaitu kira-kira 12 bulan.
Pada zaman dahulu orang menentukan jumlah hari dalam satu tahun adalah 365 hari. Sejak 45 SM, Julius Caesar (seorang penyelidik Romawi) menetapkan satu tahun adalah 365.25 hari. Kelebihan 0.25 hari itu dibulatkan setiap empat tahun sekali menjadi tambahan waktu 1 hari pada bulan februari yang kita kenal dengan istilah tahun lompat). Tahun lompat ini ditentukan terjadi bila angka tahunnya habis dibagi 4, misalnya 1980, dst. Ini disebut cara Julius. Realitinya kaedah ini juga masih tidak tepat.
Ketidaktepatan panjang hari dalam satu tahun itu mengakibatkan ralat dalam pertukaran musim. Logiknya jika dihitung ralatnya sangat kecil yakni 365.2500-365.2422 = 0.0078 hari, tetapi dalam jangka ratusan tahun, perubahan musim itu semakin ketara terutama di negara-negara 4 musim. Musim bunga yang biasanya dimulai 25 mac, setelah ratusan tahun berubah jadi tanggal 21 mac. Ini baru diketahui pada tahun 325 masehi.
Karena kesalahan perhitungan itu dibiarkan, maka pada tahun 1582 musim bunga( spring ) semakin tersasar lebih jauh lagi menjadi tanggal 11 mac. Kali ini dilakukan perbaikan yang dikenal dengan Perbaikan Gregorius dengan tujuan untuk mengembalikan musim bunga ke tanggal 21 mac. Hal ini dengan melakukan lompatan tanggal 4 oktober 1582 (khamis) menjadi tanggal 15 oktober 1582 (jumat). Mengikut kaedah ini, tahun lompat perlu dihilangkan tiga kali setiap 400 tahun. Barulah setelah perbaikan gregorius, ditetapkan bahwa 1 Tahun adalah sebesar 365.2425 hari. Dengan cara ini ditetapkan bahwa tahun lompat adalah tahun bila angka tahunnya habis dibahagi empat kecuali bila angka tahun itu 100. harus habis dibagi 400. Misalnya tahun 1700, 1800, 1900 bukan merupakan tahun lompat karena tidak habis dibagi 400 walaupun habis dibagi 4.
Dalam kalender hijriah (Qomariyah), satu tahun 12 bulan dan untuk setiap bulan lamanya 29.53 hari, maka 1 tahun hanya 354.36 hari. Ini berarti lebih pendek 11 hari dibandingkan tahun Masehi. Oleh itu awal puasa ramadhan selalu bergeser 11 hari lebih awal daripada tahun sebelumnya.
Berbalik kepada Kisah Ashabul Kahfi….Diatas terurai satu fakta bahwa mereka ditidurkan selama 300 tahun ditambah 9 tahun difahami sebagai tahun menurut kalender Masehi ( 300 hari/Syamsyiah) dan waktu menurut kalender Hijriah (309 tahun).
Satu kalender Syamsiah berarti jangka waktu bumi mengelilingi matahari yaitu selama 365.24 hari. Berarti selama 300 tahun itu lamanya 300 x 365.2422 = 109.572 hari. Dalam satu tahun Qomariah berarti 12 bulan dan satu bulan adalah jangka waktu sejak purnama hingga purnama berikutnya, yaitu 29,53 hari. Dengan satu tahun komariah adalah 12 x 29,53 hari =354,36 hari. Dengan demikian, lama mereka tinggal di gua = 109.572/354,56 = 309 tahun!
Orang Arab dahulu hanya terdedah kepada tahun qomariyah, karena mereka tidak dapat membaca dan menulis. Adapun tahun syamsiyah tidaklah diketahui di kalangan mereka. Lebih – lebih lagi untuk membezakan kepentingan/kegunaan antara kalendar syamsiyah dengan qomariyah. Kesimpulannya kalender matahari dengan bulan ini menunjukkan bahwa kitab ini datang dari Allah .
Di manakah ia berlaku?
Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa kisah ini berlaku di Turki, Jordan, Syria, Arab Saudi dan Sepanyol. Di Turki sahaja terdapat 4 lokasi dikatakan peristiwa itu berlaku (Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras dan Mardin).Muhamad Hazimin Bin Sulaiman (Penulis) telah berpeluang menziarahi 3 lokasi di mana terdapatnya Gua Ashabul Kahfi iaitu di Abu Alanda, Jordan. Ephesus, Turki dan Jabal Qassiyun, Syria.
Apa yang boleh beliau simpulkan hasil dari bacaan, pemerhatian di lokasi-lokasi tersebut dua lokasi di Ephesus dan Jabal Qassiyun tidak banyak membuktikan bahawa di situ berlakunya peristiwa tersebut. Bukti yang penulis maksudkan ialah dari ciri-ciri gua yang diterangkan di dalam ayat Al-Quran. Berbeza dengan gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan. Ciri-ciri seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran agak bertepatan. 3 ciri dari ayat Al-Quran yang menjadi perhatian beliau ialah :
Pertama : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17

“Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan gua it”
Lokasi Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda, Jordan terdapat sebuah lubang dari atas gua yang memasuki cahaya ketika matahari terbit dan ketika terbenam matahari berada dari arah pintu gua.
(Sila rujuk video di http://www.youtube.com/watch?v=W1VD2ljzbFw untuk gambaran lebih jelas tentang lubang itu)
Kedua : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 21
“Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi gua mereka”.

Di atas Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda terdapat rumah ibadat yang dibina ketika zaman tersebut. Rumah ibadat yang dimaksudkan adalah rumah ibadat penganut nasrani. Ketika zaman kerajaan Umawiah, rumah ibadat tersebut telah dijadikan masjid.
Ketiga : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17
“Sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu”
Bentuk gua yang terdapat di Abu Alanda adalah luas dan lapang serta tidak dalam.
Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut.
1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan ‘Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.
2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah.
3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu’jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.


NAWAWIS...dan lambang bintang segi lapan
4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu.


Di sini lah disimpan barang2 purba termasuk kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun.
(Di sini lah disimpan barang2 purba termasuk kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun.)
5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma’ berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma’ tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma’ terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.

6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua.
7. Penemuan tulang di dalam Nawawis. Dikatakan bahawa tulang-tulang tersebut adalah kepunyaan pemuda-pemuda tersebut.



Penemuan tulang di dalam Nawawis
Dari beberapa penemuan dan bukti yang ada. Berkemungkinan peristiwa yang telah dinyatakan di dalam Surah Kahfi mengenai pemuda-pemuda yang ditidurkan selama 300 tahun Shamsiah telah berlaku di Abu Alanda, Jordan
Kesimpulannya peristiwa Al-kahfi dinukilkan dalam Alquran untuk kita mengambil ibrah tentang pemuda yang istiqamah dalam mendaulatkan syariat Allah.Dimana menegakkan yang hak adalah satu taggunggawab kita sebagai hamba Allah sepanjang zaman.Berapa,dimana peristiwa berlaku itu adalah persoalan remeh yang tidak dimestinya diketahui..Wallahua’lam

Tuesday, September 7, 2010

Fikir sejenak menjelang Idul Fitri

Ramadan yang kita sayangi sudah hampir melabuhkan tirainya .Bagi mukmin yang meniti jalan-jalan kearah keredhaan Allah pemergian Ramadhan pasti ditangisi .Berlabuhnya senja Ramadhan pasti mengamit kesyahduan di hati ini, Namun bagi mukmin yang takut dan harap pada Illah ucapan takbir dan tahmid yang dilafaz bila berlabuhnya mentari Ramadhan akan mengingatkan akan peristwa perang Ahzab yang yang ditempuhi oleh Baginda Rasulullah SAW dan para Sahabat ( r.a ).Seterusnya menginsafkan diri bahawa tanggunjawab seorang mukmin bukan semata beribadat kepada Azzawajalla tetapi lebih penting menyuburkan bumi Allah ini dengan islam .


Saudaraku

Perang Ahzab merupakan perang menentukan halatuju kerajaan Islam dimukabumi ini. Perang ini menjurus kearah perang yang psikologi dimana kaum muslimin dikepung hampir sebulan dibulan syawal sehinggalah pertolongan Allah tiba dengan runtuhnya mental tentera Ahzab (Tentera besekutu kafir Quraisy,Yahudi dan puak Munafik ) apabila Allah menurunkan pasukanNya berupa badai ribut yang memporak-porandakan khemah-khemah pasukan Ahzab .


Saudaraku,
Hari ini apa dialami oleh rakyat Gaza adalah mirip dengan kondisi para sahabat saat perang Ahzab. Bangsa Palestin Gaza di bawah kepemimpinan Hamas menghadapi pengepungan pasukan Yahudi Zionis Israel. Muslimin Gaza telah dipenjara dengan tembok penjara terbesar yang melingkungi wilayah mereka.Tentera Zionist yang disokong Amerika dan majoriti negera-negara Barat adalah merupakan pasukan Ahzab. Bahkan pemimpin yang terpamir ciri-ciri munafik dari negara-negara Arab juga turut bersekongkol . Contohnya Presiden Mesir Hosni Mubarak tah ubah sebagai gurkha Israel karena tidak sudi membuka perbatasan Mesir-Gaza, yakni the Rafah Crossing.

Saudaraku,
Hari ini dikala kekuatan barat amat ampuh ,kita mungkin tidak mampu berperang secara lansung dengan tentera Yahudi Di Bumi Palestin.Apatah Lagi untuk bertempur dengan tentera Ahzab. Tetapi saya senantiasa optimis bahwa Allah akan menolong kita sekiranya kita kembali kepada Islam. Disini jihad yang terbesar kita adalah untuk mengembalikan ummah kepada Islam yang sebenarnya .Ayuh kita jadikan alunan takbir dan tahmid Idul Fitri sebagai pembakar semangat kita untuk kita istiqamah dengan kerja-kerja jamaah setelah selesai menjalani tarbiyyah di Madrasah Ramadhan.

Saudaraku,
Kekadang kita merasakan diri ini kerdil dan tak termampu untuk memberi bekas kepada perjuangan.Tapi kita hendaklah ingat bahawa Allah tidak mengira berapa besar sumbangan kita ,tetapi yang dihitung adalah azam dan keikhlasan kita.Sebenarnya apabila kita ikhlas kita akan sentiasa berdamping dengan golongan yang berusaha mencari kebenaran dan bekerja untuk menegakkan kebenaran.

Saudaraku
Hari Raya orang Islam berbeza sekali konsepnya dengan hari raya orang bukan Islam apatah lagi ianya disambut sebaik sahaja selesai menunaikan ibadah puasa. Kalau non muslim berhari raya hanya sekadar untuk berhibur dan bergembira walau ada kaitan dengan unsur keagamaan, Islam mempunyai cara tersendiri.

Hari ini majoriti umat Islam terikut jejak kafir,yahudi dan nasara berhari raya. Ramai kalangan kita beraggapan bahawa hari raya adalah hari berpesta untuk melahirkan rasa gembira dan berhibur. Ianya dijurus dari kefakiran dalam menghayati roh Ramadhan dimana bulan Ramadhan adalah bulan Qana‘ah yang mana dengan itu mampu menghindarkan kita dari memboros dan berlebihan di dalam menyambut Idulfitri.

Kita dianjurkan menghidupkan malam Idulfitri ini dan malam Idul Adhha dengan berzikir, mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat Tasbih disamping bertasbih dan bertahmid.Mudahan kita tidak termasuk dari golongan yang rugi.Wallahua'lam

Friday, September 3, 2010

Kupasan Mengenai Solat Witir



Apakah hukum solat witir?
Hukumnya sunat muakkad.
Ia bersandarkan kepada kata-kata Saidina Ali ( r.a )
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam An-Nasa’i :
“Solat sunat witir hukumnya tidaklah wajib seperti solat fardhu, tetapi ia sunat yang amat digalakkan Nabi saw.”
Ia disepakati oleh Imam Abu Hanifah iaitu:
“Ia tidak wajib seperti wajibnya solat fardhu, tetapi ia amat digalakkan Nabi, yang tidak layak bagi seseorang meninggalkannya.”

Bilakah waktu solat sunat witir?
Waktunya bermula apabila masuk waktu Isya’ sehinggalah terbit fajar. Ia boleh terus dilakukan sebaik-baik sahaja selesai solat fardhu Isya’. Majoriti ulama berpendapat tidak sah jika solat witir dilakukan sebelum solat fardhu Isya’.

Manakah yang lebih afdhal antara mengerjakan solat sunat witir pada awal malam ataupun pada akhir malam?
“Sesiapa yang khuatir tidak akan bangun pada akhir malam sebelum terbit fajar sadiq, maka hendaklah dia melakukannya sesegera mungkin, kemudian baru tidur. Dan sesiapa yang yakin akan terbangun di penghujung malam sebelum subuh, maka sesunguhnya solat sunat di akhir malam itu lebih afdhal.” (Muslim & Ahmad)

Berapakah jumlah rakaat solat witir?
Paling kurang 1 rakaat dan sebanyak-banyaknya 13 rakaat. Ada juga pendapat mengatakan maksima 11 rakaat. Wallahualam.

Antara sandarannya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
“Berwitirlah dengan 5, jika tidak sanggup maka 3, dan jika tidak sanggup maka 1.”

Berdasarkan hadis ini, jelaslah jumlah minima untuk solat sunat witir ialah 1 rakaat. Namun begitu, bagi Mazhab Maliki dan Hanafi, tidak sah mengerjakan solat sunat witir sekadar 1 rakaat. Paling kurang hendaklah dibuat 3 rakaat.

Dalam kitab Tuhfatul Ahwazi jilid 1 mukasurat 155, Imam Turmizi mengatakan:
“Diriwayatkan daripada Nabi saw bahawa solat witir 13, 11, 9, 7, 5, 3 dan 1 rakaat.”

Berapa rakaatkah untuk setiap satu solat witir?
Biasanya kita melakukan dua dua rakaat. Selepas dua rakaat, beri salam, dan buat lagi dua rakaat. Begitulah seterusnya sehinggalah solat yang terakhir dikerjakan sebanyak 1 rakaat sahaja.

Namun begitu, Rasulullah saw pernah mengerjakan 7 rakaat dengan satu salam dan 5 rakaat dengan satu salam. Antara sandarannya ialah sebuah atsar riwayat Imam Ahmad dan Imam An-Nasa’i:

Kata Ummu Salamah: “Adalah Rasulullah mengerjakan solat witir dengan 7 dan 5 rakaat secara berturut-turut tanpa diselangi dengan salam.”

Sementara sebuah lagi atsar riwayat Imam Bukhari dan Muslim mengatakan:

Kata Aisyah: “Rasulullah pernah mengerjakan solat malam sebanyak 13 rakaat, dia tidak duduk (untuk memberi salam) kecuali jika sudah sampai 5 rakaat.

Sekiranya melakukan solat witir 3 rakaat satu salam perlukah duduk untuk membaca tahiyyat awal ?

berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :

لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.

(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.

Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).

Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :

لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب

Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.

(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)

Bolehkah dalam solat witir dibaca jahr ?

Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)

Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah

Apakah surah-surah yang sesuai dibaca dalam solat witir?
Kita boleh membaca mana-mana surah pun.

Apakah surah-surah yang biasa dibaca oleh Rasulullah dalam witirnya?
“Adalah Rasulullah membaca pada rakaat pertama surah Sabbhismarabbikal a’la, pada rakaat kedua membaca Qulyaaiyuhal kafirun dan pada rakaat yang ketiga membaca QulhuallahuAhad dan mu’awwizatain. (Ahmad & Turmizi)

Bilakah doa qunut dibaca dalam solat witir?
Menurut Mazhab Syafie, qunut sunat dilakukan pada separuh kedua bulan Ramadhan sahaja.
Menurut Mazhab Hanafi, sunat dilakukan sepanjang tahun.


Mengapa Separuh kedua ramadhan dibacakan qunut ?
Berdasarkan riwayat Sahabat dan Tabi’in.
Dari ‘Amr bin Hasan, bahwasanya ‘Umar radhiyallahu anhu menyuruh Ubay radiyallahu ‘anhu mengimami shalat (Tarawih) pada bulan Ramadhan, dan beliau menyuruh Ubay radhiyallahu ‘anhu untuk melakukan qunut pada pertengahan Ramadhan yang dimulai pada malam 16 Ramadhan.[8]

Ma’mar berkata: “Sesungguhnya aku melaksanakan qunut Witir sepanjang tahun, kecuali pada awal Ramadhan sampai dengan pertengahan (aku tidak qunut), demikian juga dilakukan oleh al-Hasan al-Bashri, ia menyebutkan dari Qatadah dan lain-lain.[9]

Demikian juga dari Ibnu Sirin.[10]

Syaikh al-Albani berkata: “Boleh juga do’a qunut sesudah ruku’ dan ditambah dengan (do’a) melaknat orang-orang kafir, lalu shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mendo’akan kebaikan untuk kaum Musli-min pada pertengahan bulan Ramadhan, karena terdapat dalil dari para Shahabat radhiyallahu ‘anhum di zaman ‘Umar radhiyallahu ‘anhu. Terdapat keterangan di akhir hadits tentang Tarawihnya para Shahabat radhiyallahu ‘anhum, Abdurrahman bin ‘Abdul Qari berkata: ‘Mereka (para Shahabat) melaknat orang-orang kafir pada (shalat Witir) mulai pertengahan Ramadhan

اللَّهُمَّ قَاتِلِ الْكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَلاَ يُؤْمِنُوْنَ بِوَعْدِكَ، وَخَالِفْ بَيْنَ كَلِمَتِهِمْ وَأَلْقِ فِيْ قُلُوْبِهِمْ الرُّعْبَ، وَأَلْقِ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ إِلَهَ الْحَقِّ.

“Artinya : Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mencegah manusia dari jalan-Mu, yang mendustakan Rasul-Rasul-Mu dan tidak beriman kepada janji-Mu. (Ya Allah) perselisihkanlah, hancurkanlah persatuan mereka, timpakanlah rasa takut dalam hati mereka, timpakanlah kehinaan dan siksa-Mu atas mereka. (Ya Allah) Ilah Yang Haq.”

Kemudian membaca shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, mendo’akan kebaikan bagi kaum Musli-min, kemudian memohon ampun bagi kaum Mukminin.

Setelah itu membaca:

اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ وَنَرْجُوْ رَحْمَتَكَ رَبَّنَا وَنَخَافُ عَذَابَكَ الْجِدَّ إِنَّ عَذَابَكَ لِمَنْ عَادَيْتَ مُلْحِقٌ.

"Artinya : Ya Allah, hanya kepada-Mu kami beribadah, untuk-Mu kami melakukan shalat dan sujud, kepadamu kami berusaha dan bersegera, kami mengharapkan rahmat-Mu, kami takut siksaan-Mu. Sesungguhnya siksaan-Mu akan menimpa orang-orang yang memusuhi-Mu.”

Kemudian takbir, lalu melakukan sujud.[11]
Atau setelah membaca:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ...

Kemudian membaca:

اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِيْنَ مُلْحِقٌ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَخْضَعُ لَكَ، وَنَخْلَعُ مَنْ يَكْفُرُكَ.

"Artinya : “Ya Allah, kepada-Mu kami beribadah, untuk-Mu kami melakukan shalat dan sujud, kepada-Mu kami berusaha dan bersegera (melakukan ibadah). Kami mengharapkan rahmat-Mu, kami takut kepada siksaan-Mu. Sesungguh-nya siksaan-Mu akan menimpa pada orang-orang kafir. Ya Allah, kami minta pertolongan dan memohon ampun kepada-Mu, kami memuji kebaikan-Mu, kami tidak ingkar kepada-Mu, kami beriman kepada–Mu, kami tunduk kepada-Mu dan meninggalkan orang-orang yang kufur kepada-Mu.” [12]

Do’a di akhir shalat witir [13]

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.

"Artinya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keridhaan-Mu dari kemarahan-Mu, dan dengan keselamatan-Mu dari ancaman-Mu. Aku tidak mampu menghitung pujian dan sanjungan kepada-Mu, Engkau adalah sebagai-mana yang Engkau sanjungkan pada Diri-Mu sendiri [14]

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ.

"Artinya : Mahasuci Allah Raja Yang Mahasuci, Mahasuci Allah Raja Yang Mahasuci, Mahasuci Allah Raja Yang Mahasuci. (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkat suara dan memanjangkannya pada ucapan yang ketiga.)" [15]
Bolehkah kita melakukan solat sunat lain selepas mengerjakan solat sunat witir?
Boleh saja.

Apakah selepas itu kita perlu mengerjakan solat sunat witir sekali lagi?
Tidak perlu, kerana kata Nabi Muhammad:

“Tidak ada dua witir dalam satu malam.” (Abu Daud)

Bolehkah kita mengqada solat sunat witir?
Boleh.

Bilakah masanya?
Menurut Mazhab Syafie, boleh diqada pada waktu siang ataupun malam.
Menurut Mazhab Maliki, boleh diqada sebelum melakukan solat fardhu Subuh.
Menurut Mazhab Hanafi, boleh diqada pada waktu malam.

“Sesiapa yang tertidur sampai habis waktu witir sedangkan dia belum bersolat witir, ataupun lupa melakukannya, maka hendaklah dia mengqadanya pada bila-bila masa dia teringat.” (Abu Daud)

“Apabila salah seorang kamu (terjaga) setelah masuk waktu Subuh, sedangkan dia belum mengerjakan solat witir, maka hendaklah dia melakukan witir.” (Abu Daud)

Wallahua'lam.

Monday, August 30, 2010

Bila Ulama Dunia Berbicara : Isu Kecil jadi Kusut ...Ummah Pening ..




Bila membaca respon beberapa ahli agama ( kononnya ulamak ) terhadap isu semasa terutamanya isu non muslim masuk kedalam masjid & Doa pada non-muslim terpanggil saya berkongsi satu kisah meskipun hajat dihati ingin menumpukan kearah mengejar Fadhilat di penghujung Ramadhan yang tidak terkira banyaknya.

Saudara ku,

Setelah Raja Monghul menwan Iraq Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyyah ( rha ) bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saudaraku,

Kalau Dizaman Ibn Tamiyyah para ulamak bimbang jubah putih mereka tercemar, Namun hari ini mungkin tidak lagi kerana pakaian rasmi ulamak jenis ini adalah slack dan blazer dan pemerintah hari ini pun bukanlah kalangan yang memenggal kepala namun realitinya, mereka bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau kenaikan pangkat dibekukan, gelaran datuk dicabut atau perlantikan sebagai penasihat syariah dalam GLC digugurkan.

Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, demi untuk menghalalkan tindakan mereka tidak berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Contoh yang terbaru ramai dalam dua isu terbaru reaksi ulama spesis ini telah mengundang konflik dikalangan masyarakat Malaysia dan secara tak langsung mengambarkan betapa jumudnya agama Islam itu sendiri di mata non-muslim.Akibat demi memelihara kepentingan diri ,Mereka telah merosakkan usaha bertahun-tahun para para Daie yang yang tak bergaji dalam menyampaikan mesej islam kepada non-muslim .Bahkan saya sendiri ketika menyampaikan dakhwah kepada non muslim mengetengahkan bahawa islam adalah agama rahmat dan amat memandang tinggi kepada seluruh makhluk terutamanya manusia.sedangkan mereka mencanangkan seantero negara bahawa Mengikut islam orang bukan Islam adalah najis tak boleh masuk ke masjid atau didoakan.Saya tidak menolak pendapat terutama ulamak dari kalangan bermazhab Hambali namun persoalaannya dalam konteks Malaysia adakah sesuai diketengahkan pendapat ini ,lebih-lebih lagi majoriti rakyat Malaysia bermazhab Syafie.

Hari ini ,Golongan golongan yang ahli agama yang tidak betanggungjawab ini telah merosakkan imej agama daripada memamahamkan orang ramai.Mengapa mereka tidak memberi tumpuan kearah mecari methodologi yang terbaik mengajak umat Islam cinta pada ilmu dan mengimarahkan rumah Allah dari membawa isu-isu remeh seperti ini.Bahkan kekadang orang awam pelik melihat fokus mereka dalam mengetengahkan fatwa. Contohnya mengapa membahaskan tentang ‘haram bermain mercun’Sedangkan pelajar tadika pun tahu bermain mercun tak baik..Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang pembaziran dengan membakar bunga api pada sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan ribu dari khazanah Negara..

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia.Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia hanyut dengan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan. lidah disebabkan kepanasan disamping melancarkan kemasukan oksigen dalam badannya. Demikianlah ahli agama yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ustaz, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Saudaraku,

Kesimpulannya golongan seperti yang dinukilkan dalam ayat akan sentiasa wujud disepanjang zaman.Jadi bersamalah kita menjauhi mereka.Kerana dari mereka datangnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali.WaAllahuaqlam

Monday, August 9, 2010

Ramadhan : Nasihat Imam Habib Abdullah Al Haddad

Dalam Kitab Nashaaihud-Diniyyah wal Washaayal-Imaaniyyah Imam Abdullah Al Haddad Berpesan :

Wahai saudaraku,
Semoga Allah memudahkan kita semua untuk mencapai kemudahan dan menjauhkan kita dari segala kesulitan serta mengampuni dosa-dosa kita di akhirat dan dunia .
Sesungguhnya bulan Ramadlan adalah bulan yang besar derajat dan kedudukannya di sisi Allah dan Rasul-Nya. Ramadlan adalah bulan yang paling utama. Allah mewajibkan puasa di bulan itu atas kaum muslimin.
Allah Ta’ala berfirman :
” Hai orang-orang yang beriman, di wajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”(Al Baqarah 183)

Di dalam bulan Ramadlan Allah menurunkan AlQuran dan menjadikan salah satu malamnya sebagai Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan dan seribu bulan lebih banyak dari 83 tahun. Maka renungkanlah dalam dirimu malam apakah ini yang di sisi Allah lebih baik dan lebih utama daripada masa yang panjang ini.

Allah Ta’alaa Berfirman ,
“Bulan Ramadlan, bulan yang di dalamnya di turunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).” (Al Baqarah 185).


Kemudian Allah SWT menurunkan Surah Al Qadr.

Maka Allah SWT memberitahu kita bahwa Dia menurunkan Al Qur’an di bulan Ramadlan dan di malam Qadar secara khusus. Penurunan ini berasal dari Al Lauhil Mahfuzh ke Baitul Izzah di langit terdekat. Al Qur’an turun sekaligus dari Al Lauh ke Baitul Izzah dan di turunkan oleh Jibril dengan perintah Allah kepada Rasul Nya secara berangsur-angsur selama kira-kira 23tahun. Itu adalah masa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW, karena Allah mulai menurunkan wahyu kepadanya ketika Beliau berumur 40 tahun dan wafat pada usia 63 tahun. Demikianlah yang di katakan oleh para peneliti dari ulama salaf dan khalaf.

Keutamaan Ramadlan

Rasulullah Saw bersabda mengenai keutamaan bulan Ramadlan,
“Bulan Ramadlan hingga Ramadlan, hari jum’at hingga jum’at dan shalat yang satu hingga shalat yang lain adalah menghapus dosa-dosa di antara semua itu apabila dosa-dosa besar di jauhi.”

Nabi SAW bersabda mengenai bulan Ramadlan: bahwa Ramadlan adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran adalah surga. Nabi SAW Bersabda,
“Permulaannya adalah rahmat, tengahnya adalah ampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.”
Dan Allah Ta’ala pada malam pertama darinya melihat kepada kaum muslimin dan siapa yang Allah melihat kepadanya, maka Dia tidak menyiksanya dan Dia mengampuni mereka pada malamnya yang terakhir.

Jibril A.s berkata kepada Rasulullah SAW,
“Barangsiapa mendapati Ramadlan, namun dosanya tidak di ampuni, semoga Allah menjauhkannya. Katakanlah, Amin. Maka Rasulullah SAW menjawab Amin.
Hal tersebut di sebabkan kemudahan sebab-sebab ampunan di bulan Ramadlan lebih banyak daripada di bulan-bulan lainnya.

Ampunan di bulan itu di haramkan karena keberpalingannya dari Allah menjadi besar dan begitu pula keberaniannya terhadap Allah hingga menyebabkan kejauhan dan pengusiran dari pintu Rahmat Allah. Kita mohon kepada Allah kesalamatan dari murka dan siksa Nya serta semua cobaan Nya.

Telah di riwayatkan bahwa pintu-pintu langit dan pintu syurga di buka semuanya di bulan Ramadlan, sedangkan pintu-pintu neraka di tutup dan setan-setan pembangkang di ikat dan mereka di buang ke laut supaya tidak merusak puasa dan shalat kaum muslimin.

Nabi SAW Bersabda,
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadlan dan mengerjakan shalat malam di bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka di ampunilah dosanya yang terdahulu.”
Aku katakan, iman ialah mempercayai Janji Allah sedangkan Ihtisab adalan keikhlasan karena Allah.
Wallahu a’laam.

Thursday, August 5, 2010

Tarbiyyah Ramadhan :Keutamaan Sedekah

Ramadhan sudah semakin hampir.Bagi mukmin yang berusaha mebaiki diri dan mengharapkan senantiasa berada diatas jalan hidayah kedatangan ramadhan sangat dinanti umpama menunggu seseorang yang amat dikasihi. Ramadhan adalah bulan rahmat didalamnya dijanjikan pengampunan dan pembebasan dari azab api neraka.


Saudaraku,

Ramai dikalangan kita yakin akan kebesaran ramadhan namun demikian kekadang kita terlupa dan alpa dalam merebut kesempatan ini.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Kita dianjurkan untuk banyak bersedekah.Bahkan sifat dermawan merupakan akhlak seorang mukmin. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”

(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)



Dari hadits ini dapat diambil kesimpulan bahwa sifat bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat suka meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.”

(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)



Selain itu, sifat dermawan jika di dukung dengan tafaqquh fiddin, mengilmui agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat yaitu alim dan juud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah yang paling tinggi.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezki oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.”

(HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)





Keutamaan Bersedekah

Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah.

Diantara keutamaan bersedekah antara lain:

1. Sedekah dapat menghapus dosa.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

2. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan Di Mahsyar.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di padang mahsyar, yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:

رجل تصدق بصدقة فأخفاها، حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(HR. Bukhari no. 1421)



3. Sedekah memberi keberkatan pada harta

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)



4. Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)



5. Terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

من أنفق زوجين في سبيل الله، نودي في الجنة يا عبد الله، هذا خير: فمن كان من أهل الصلاة دُعي من باب الصلاة، ومن كان من أهل الجهاد دُعي من باب الجهاد، ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

(HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)



6. Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

والصدقة برهان

“Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223)

An Nawawi menjelaskan: “Yaitu bukti kebenaran imannya. Oleh karena itu shadaqah dinamakan demikian karena merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran imannya)”



7. Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‏إن الصدقة لتطفىء عن أهلها حر القبور

“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.”

(HR. Thabrani, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Targhib, 873)



8. Sedekah dapat mencegah perniaga melakukan maksiat dalam jual-beli

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يا معشر التجار ! إن الشيطان والإثم يحضران البيع . فشوبوا بيعكم بالصدقة

“Wahai para peniaga, sesungguhnya syaitan dan dosa keduanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kamu dengan sedekah.” (HR. Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan shahih”)



9. Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang tenang.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan perumpaan yang jelas tentang orang yang dermawan dengan orang yang kikir:

مثل البخيل والمنفق ، كمثل رجلين ، عليهما جبتان من حديد ، من ثديهما إلى تراقيهما ، فأما المنفق : فلا ينفق إلا سبغت ، أو وفرت على جلده ، حتى تخفي بنانه ، وتعفو أثره . وأما البخيل : فلا يريد أن ينفق شيئا إلا لزقت كل حلقة مكانها ، فهو يوسعها ولا تتسع

“Perumpamaan orang yang kikir dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga selangkangannya. Orang yang bersedekah, disebabkan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sampai-sampai ujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang kikir akibat kikirnya ia merasakan setiap sudut baju besinya melekat erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak berhasil.” (HR. Bukhari no. 1443)

Dan hal ini tentu pernah rasai? Kia akan merasai kesenangan, puas dan lapang dada setelah kita memberikan sedekah kepada orang lain yang memerlukan.

Kedermawanan Rasulullah di Bulan Ramadhan

Rasul kita shallallahu ‘alaihi wa sallam, teladan terbaik bagi kita, beliau adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih hebat lagi di bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

Dari hadits di atas diketahui bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada dasarnya adalah seorang yang sangat dermawan. Ini juga ditegaskan oleh Anas bin Malik radhiallahu’anhu:

كان النبي صلى الله عليه وسلم أشجع الناس وأجود الناس

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (HR. Bukhari no.1033, Muslim no. 2307)

Namun bulan Ramadhan merupakan momentum yang hebat sehingga beliau lebih dermawan lagi. Bahkan dalam hadits, kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dikatakan melebihi angin yang berhembus. Diibaratkan demikian karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat ringan dan cepat dalam memberi, tanpa banyak berfikir, sebagaimana angin yang berhembus. Dalam hadits juga angin diberi sifat ‘mursalah’ (berhembus), mengisyaratkan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memiliki nilai manfaat yang besar, bukan asal memberi, serta terus-menerus sebagaimana angin yang baik dan bermanfaat adalah angin yang berhembus terus-menerus. Penjelasan ini disampaikan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Baari.

Oleh karena itu, kita yang mengaku meneladani beliau sudah selayaknya memiliki semangat yang sama. Iaitu semangat untuk bersedekah, lebih banyak melebihi bulan-bulan lainnya.

Dahsyatnya Sedekah di Bulan Ramadhan

Salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadhan adalah karena bersedekah di bulan ini lebih utama dibandingkan sedekah di bulan lainnya. Diantara keutamaan sedekah di bulan Ramadhan adalah:

1. Puasa digabungkan dengan sedekah dan shalat malam sama dengan jaminan surga.

Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala puasa tidak terbatas ganjarannya. Sebagaimana dikabarkan dalam sebuah hadits qudsi:

كل عمل ابن آدم له الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف قال عز و جل : إلا الصيام فإنه لي و أنا الذي أجزي به

“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151)

Dan sedekah, telah kita ketahui keutamaannya. Kemudian shalat malam, juga merupakan ibadah yang agung, jika didirikan di bulan Ramadhan dapat menjadi penghapus dosa-dosa yang telah lalu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه

“Orang yang shalat malam karena iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari no.37, 2009, Muslim, no. 759)

Ketiga amalan yang agung ini terkumpul di bulan Ramadhan dan jika semuanya dikerjakan balasannya adalah jaminan surga. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إن في الجنة غرفا يرى ظاهرها من باطنها وباطنها من ظاهرها أعدها الله لمن ألان الكلام وأطعم الطعام وتابع الصيام وصلى بالليل والناس نيام

“Sesungguhnya di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. At Tirmidzi no.1984, Ibnu Hibban di Al Majruhin 1/317, dihasankan Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/47, dihasankan Al Albani di Shahih At Targhib, 946)

2. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari orang lain.

Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kitadapat meningkatkan pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain.iaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

Padahal hidangan berbuka puasa sudah cukup dengan tiga butir kurma atau bahkan hanya segelas air, sesuatu yang mudah dan murah untuk diberikan kepada orang lain.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lazim berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah), jika tidak ada maka dengan beberapa tamr (kurma kering), jika tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” (HR. At Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi, 696)

Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan menuai pahala begitu luas di bulan yang penuh berkah ini.

3. Bersedekah di bulan Ramadhan lebih dimudahkan.

Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadhan adalah bahwa di bulan mulia ini, setiap orang lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuk sedekah. Tidak dapat dinafikan bahwa realitinya manusia mudah terpedaya godaan syaitan yang senantiasa mengajak manusia meninggalkan kebaikan, syaitan berkata:

فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

“Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.” (Qs. Al A’raf: 16)

Sehingga manusia enggan dan berat untuk beramal. Namun di bulan Ramadhan ini Allah mudahkan hamba-Nya untuk berbuat kebaikan, sebagaimana dikabarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين

“Jika datang bulan Ramadhan, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.” (HR. Bukhari no.3277, Muslim no. 1079)

Dan pada realitanya kita melihat sendiri betapa suasana Ramadhan begitu berbeza dibandingkan dengan bulan lain. Kita cukup bersemangat melakukan amalan kebaikan yang biasanya tidak ia lakukan di bulan-bulan lainnya.

Adapun mengenai apa yang difahami oleh sebahagian dari kalangan kita bahawa setiap amalan sunnah kebaikan di bulan Ramadhan diganjar pahala sebagaimana amalan wajib, dan amalan wajib diganjar dengan 70 kali lipat pahala ibadah wajib diluar bulan Ramadhan, Fakta ini perlu diselidiki . Karena ia disabitkan dengan hadits yang lemah, iaitu hadits:

يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، و قيام ليله تطوعا ، و من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، و من أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، و هو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة ، و شهر المواساة ، و شهر يزاد فيه رزق المؤمن ، و من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه ، و عتق رقبته من النار ، و كان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء قالوا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، قال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن ، أو تمرة ، أو شربة من ماء ، و من أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لايظمأ حتى يدخل الجنة ، و هو شهر أوله رحمة و وسطه مغفرة و آخره عتق من النار ،

“Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan buka kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikitpun.” Kemudian para Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai buka orang yang berpuasa.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan buka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”

Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah (no. 1887) dan Al Ash-habani dalam At Targhib (178). Hadits ini didhaifkan oleh para pakar hadits seperti Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115), juga oleh Dhiya Al Maqdisi di Sunan Al Hakim (3/400), bahkan dikatakan oleh Al Albani hadits ini Munkar, dalam Silsilah Adh Dhaifah (871).

Ringkasnya, walaupun tidak terdapat kelipatan pahala 70 kali lipat pahala ibadah wajib di luar bulan Ramadhan, pada asalnya setiap amal kebaikan, baik di luar maupun di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan oleh Allah 10 sampai 700 kali lipat. Berdasarkan hadits:

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة

“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.” (HR. Muslim no.1955)

Oleh karena itu, orang yang bersedekah di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan pahalanya 10 sampai 700 kali lipat karena sedekah adalah amal kebaikan, kemudian berdasarkan Al A’raf ayat 16 khusus amalan sedekah dilipatkan-gandakan lagi sesuai kehendak Allah. Kemudian ditambah lagi mendapatkan berbagai keutamaan sedekah. Lalu jika ia mengiringi amalan sedekahnya dengan puasa dengan shalat malam, maka diberi baginya jaminan surga. Kemudian jika ia tidak terlupa untuk bersedekah memberi hidangan berbuka puasa bagi bagi orang yang berpuasa, maka pahala yang sudah dilipatgandakan tadi ditambah lagi dengan pahala orang yang diberi sedekah. Jika orang yang diberi hidangan berbuka puasa lebih dari satu maka pahala yang didapat lebih berlipat lagi. …WaAllahuA’lam