Friday, January 22, 2016

Ulamak Harimau Malaya ?

Ulamak merupakan pewaris para Anbiya Alaihissolatuwassalam.kekuatan para ulamak bergantung seberapa kuatnya hubungan mereka dengan Allah yang dapat di kaitakan pengamalan sunnah Nabi SAW.Apabila para ulamanya yakinnya pada makhluk manakala kehidupan semakin jauh dari Nabi SAW nusrah Allah tidak turun maka hilangnya haibat mereka dan apabila Orang kafir cuba merosakkan umat Islam golongan ulamak tidak dapat berada di saf hadapan dalam mempertahankannya.

Umumnya islam subur di bumi Nusantara ini hasil khuruj para ulamak .Syeikh Maulana Abdul Malik Ibrahim sanngup meninggalkan bumi Maghribi kemudian berdakhwah di India kemudian ke Patani dan Jawa timur demi untuk menghidup obor Islam di rantau ini.Kemudian  dari muridnya tersebar para ulamak nusantara seperi para wali Songo dan seterusnya generasi kemudian seperti Syeikh AbdusSomad Palembani,Syeikh Arsyad Al Banjari & Syeikh Daud Patani mengarang kitab jawi yang menjadi rujukan ilmiah sehingga hari ini.
Ulamak itu digeruni dan hebat bila ia bebas namun apabila diberi makan oleh tuan ia akan  menjadi seperti ulamak sarkis yang tunduk mengikut arahan tuan.
Sejarah kejatuhan empayar Abasssiyah menunjukkan bilamana Ulamak asyik berhujah dalam isu fiqh namun kurang melakukkan kerja-kerja amal mahruf nahi mungkar  maka fitnah besar terjadi pada umat Islam sehinggalah Monggol dapat menjadikan bumi Baghdad padang jarak padang terkukur .Namun atas usaha ulamak juga tentera Monggol pimpinan Halagu Khan tumbang di ain Jalut.

kekuatan Islam itu sifatnya bukanlah dengan pendokong yang ramai,kelengkapan perang yang canggih atau kekuatan ekonomi yang mapan,Namun lebih kepada berapa banyak nusrah Allah turun ketika berhadapan dengan musuh.Peristiwa Badar Al Kubra adalah ibrah sepanjang zaman .Bagaimana dengan anggota tentera yang  sepuluh kali ganda kecil dapat menewaskan angkatan yang besar dan kelengkapan perang yang lengkap.Ini adalah kuasa Allah keatas  hambanya yang yakin pada nubuwah Allah.Sirah Nabawiyah menceritakan bagaimana dalam peperangan Itu Nabi SAW berdoa sehingga jatuh ridahnya meminta pertolongan Allah.

Hari ini keadaan Umat Islam di Malaysia amat menyedihkan,kita bukan sahaja terkebelakang dari segi ekonomi namun menjadi juara dalam kerosakan Akhlak.Para ulamak lebih suka tampil membicarakan isu-isu kecil seperti isu remeh yang dapat difikir oleh pelajar sekolah ibtidaie contoh dalam isu vape.Ada juga segelintir ahli agama menimbul polemik dalam masyarakat dalam meviralkan isu khilafiah seperti qunut dsbnya.Kekadang ada ahli agama bila bercakap secara terbuka megambarkan betapa mereka yakin pada makhluk melebihi dari keyakinan pada kekuasaan Allah.
Paling menyedihkan kini ,Sunnah SAW seolah sudah semakin asing dari kehidupan para ulamak.Sebahgian yang bergelar ulamak lebih gemar tampil dengan blazer dan membiarkan kepala bogel tidak bertutup.Pakaian Solafussoleh seolah hanya sesuai untuk upacara solat .Ramai umat silam terjebak dengan riba angkara pendapat ahli agama penasihat bank yang melabelkan loan-loan sebagai syariah compliance.Para ulamak seperti kucing yang ada misai tiada Jangut.sebahgian ulamak menemukan beribu alasan logik meningalkan sunnah Nabi SAW bahkan seolah cuba mengajak umat Islam berfikir sebahgian Sunnah tak sesuai untuk zaman ini.banyak hukum agama direlated dengan logik akal.
Akibatnya masjid pun sudah menjadi tempat  maksiat berkembang,dengan majlis akad nikah dicemari photo snap melanngar kesucian rumah Allah,penceramah wanita yg berceramah kpd kaum lelaki .
Kini Orang kafir melihat para ulamak setaraf dengan sami mereka bahkan kekadang lebih rendah.Hari demi hari fitnah terus bertebaran dalam masyarakat.Hari ini orang tak takut untuk  mengopak tabung masjid,menyalahkan gunakan wang zakat , menghina Agama Islam dan menghina Al Quran.Asbabnya ulamak sudah hilang karamah.Nusrah Allah sudah tidak turun pada umat Islam.
Ayuh!Bagunlah Jangan tidur lagi.Kembalilah pada sunnah Nabi SAW.Contohilah para ulamak India & Sri Lanka.Di Negara ini umat Islam minoriti tapi Islam dihormati & dikagumi oleh kawan dan lawan.Pada ulamaknya zuhud pada dunia dan nusrah Allah tersingkap bila kita tinggal .lama bersama mereka.


No comments:

Post a Comment