Friday, April 23, 2010

PUASA SUNAT MEMBINA KEKUATAN DIRI




Dalam menghadapi rutin kehidupan harian kita kekadang terleka dan terlupa bahkan kita lupa bahawa dunia yang dikejar hanyalah kesenangan sementara .Hari-hari yang berlallu terlalu banyak kita mengerahkan fikiran untuk menyelesaikan permasalahan kerja dan keluarga sehinga kekadang kita tercicir tuntutan solat berjemaah dan amalan khususiah yang dapat memelihara hati.
Maka puasa adalah satu kaedah untuk menyentap kembali tumpuan kita kearah membersihkan hati.Dalam amalan perubatan islam.Puasa adalah kaedah terbaik untuk mengeluarkan syaitan ( jin ) yang banyak menginap dalam tubuh kita.Jadi puasa Isnin an khamis adalah paling efektif kerana dalam sela masamenghadapi ramadhan terlalu banyak ruang untuk hati kita dikotori dengan penyakit Cinta Dunia dan Taku Mati.
Baginda Rasulullah s.a.w. amat mengambil berat puasa pada kedua-dua hari yang tersebut.Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه الترمذي)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "(1)(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)Menurut Imam Nawawi, rahimahullah: Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan tidak menyebutkan tentang puasa. (2)Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.
1. Tuhfat al-Ahwazi (3:450).2. Riyad al-Salihin (hlm. 454).Keistimewaan Hari Isnin Secara KhususHari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:55-
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ قَالَ ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ. (رواه مسلم)-
Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.Baginda menjawab: "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku."(1)(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur'an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam

No comments:

Post a Comment