Merujuk dari Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi untuk berhujjah dengan Kitab Halil Muslimu Mulzamun Bittiba'i Mazhabin Mua'yyanin Minal Madzaahibil Arba'ah karangan Syeikh Khajandi (Muhammad Sulthan Al Ma'shumi Al Khajandi Al Makki) - ulama wahhabi terkenal yang juga guru besar Masjidil Haram yang telah menghukum bahawa mengikut mazhab itu adalah haram dan mempromosikan bebas mazhab (Alla mazhabiyyah) .
Taqlid ialah mengikuti pendapat seseorang tanpa mengetahui hujah dan yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Dalam hal ini, tidak ada bezanya taqlid dan ittiba' kerana kedua-duanya mempunyai erti yang sama.Dalam al Quran, ALLah 'azza wa Jalla menggunakan kata-kata ittiba' sebagai pengganti kata-kata taqlid, sebagaimana firman -Nya yang bermaksud :
"(Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa, serta ketika segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas dari kami..." ( Al Baqarah : 166-167)
Tidak ada keraguan lagi bahawa yang dimaksudkan ittiba' dalam ayat itu ialah taqlid buta yang terlarang. Ada pun istilah yang pergunakan membezakan erti taqlid dan ittiba' dalam masalah ini, hanya ada dua alternatif iaitu :Apabila anda (Syeikh Khajandi) mengerti dalil-dalil dan mempunyai kemampuan melakukan istinbath bererti anda adalah seorang mujtahid.Tetapi apabila anda (Syeikh Khajandi) tidak mengerti dalil dan tidak menguasai cara-cara melakukan istinbath, anda adalah orang yang taqlid kepada mujtahid. Ada pun banyaknya lafaz dan istilah tidak akan mengubah kenyataan ini.Kemudian, apakah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa taqlid itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad?
Berikut ini kami (Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi) tunjukkan dalil dari beberapa segi :Pertama : ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman bermaksud :
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui"
( an Nahl:43)
Para ulama telah sepakat bahawa ayat itu merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat itu sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid kepada mujtahid.Semakna dengan ayat itu, firman ALLah subahanahu wa ta'ala yang bermaksud :
"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman (mukmin) itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka, beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mreka itu dapat menjaga dirinya?" (Surah at Taubah : 122)
Dalam ayat ini, ALlah 'azza wa Jalla melarang semua orang pergi berperang dan melakukan jihad, tetapi memerintahkan agar segolongan dari mereka tetap tinggal di tempatnya untuk mempelajari ilmu agama sehingga bila yang pergi berperang telah kembali. Mereka akan mendapatkan orang-orang yang dapat memberikan fatwa tentang urusan halal dan haram serta menjelaskan hukum-hukum ALLah subahanahu wa ta'ala lainnya. (Al Jaami' Li Ahkaamil Quraan Imam Al Qurthubu, Jilid VIII, hlmn 293-294)
Kedua : Adanya ijma' yang menunjukkan bahawa para sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak sama tingkatan ilmu dan tidak kesemuanya ahli fatwa sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Dan masalah agama pun tidak diambil dari mereka semua. Di antara mereka ada yang menjadi mufti atau mujtahid, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan ada pula yang meminta fatwa dan menjadi muqallid yang jumlahnya sangat banyak.Para sahabat yang menjadi mufti (mujtahid) dalam menerangkan hukum agama, tidak selalu menerangkan dalil-dalilnya kepada yang meminta fatwa. RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengutus para sahabatnya yang ahli hukum ke daerah-daerah yang penduduknya tidak mengenal Islam. Selain hanya mengetahui aqidah dan rukun-rukun sahaja. Kemudian para penduduk daerah tersebut mengikuti fatwa utusan RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam dengan mengamalkan ibadah dan muamalah, serta segala macam urusan yang ada sangkut pautnya dengan halal dan haram.Apabila para utusan rasul menjumpai masalah yang tidak ditemukan dalilnya dari Al Kitab (al Quran al Karim) dan As Sunnah ((al Hadith Asy Syarif), ia melakukan ijtihad dan memberi menurut petunjuk dari hasil ijtihadnya. Selanjutnya, penduduk setempat mengikuti fatwa tersebut.
Imam al Ghazali RahimahuLLah dalam kitabnya Al Mustashfa pada bab Taqlid dan Istisfa mengatakan :
"Dalil orang awam harus taqlid ialah ijma' sahabat. Mereka memberikan fatwa kepada orang awam, tanpa memerintahkannya untuk mencapai darjat ijtihad. Hal ini dapt diketahui dengan pasti dan dengan cara mutawatir, baik dari kalangan ulama mahupun awam."
Imam Al Amudi berkata dalam kitabnya Al Ihkaam fii Ushuulil Ahkaam, :
"Adapun dalil taqlid dari segi ijma' ialah orang awam pada zaman sahabat dan tabi'in, sebelum timbul golongan yang menentang, selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan-pertanyaan tanpa menyebutkan dalilnya dan tidak ada seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma; bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara mutlak.
"IbnuNafis:Syeikh Asy syatibi berkata seperti berikut :
Firman Allah " Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui "(Surah an Nahl :43)
Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahli ilmu. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya urusan hukum agama secara mutlak. Jadi kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti syarak.(Al Muwafaqah, Karya Asy SYatibi, Jilid IV hlmn 290)Orang yang alim tentang masalah syariat bila diikuti orang lain adalah kerana ilmunya tentang syariat bukan kerana segi lain. Jadi, pada hakikatnya dia menyampaikan apa yang diterima dari RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam, sedangkan beliau sallaLlahu 'alaihi wasallam menyampaikan apa yang diterima dari ALlah azza wa jalla.
Selanjutnya Imam Asy Syatibi rahimahuLlah berkata :
Dengan demikian keadaan mukallaf yang dibebani hukum syariat terbahagi kepada 3 macam iaitu :
- Seorang mujtahid, kewajibannya ialah melaksanakan hasil ijtihadnya.
- Seorang muqallid yang murni, iaitu tidak mengetahui apa-apa tentang hukum. Kewajipannya ialah harus ada orang yang membimbingnya dan menuntunnya kemudian ia mengikutinya. Sudah tentu ia ikut kepadanya kerana faktor ilmunya.Kalau kemudian ia mengetahui atau mempunyai dugaan yang kuat bahawa orang yang diikutinya bukan ahli ilmu, dia tidak boleh mengikutinya dan tunduk kepadanya. Bahkan, sedikit pun tidak boleh ada bisikan hati untuk taqlid kepadanya. sebagaimana tidak mungkin orang sakit menyerahkan dirinya kepada seseorang yang bukan doktor. Kecuali kalau pesakit itu sudah kehilangan akal (gila). Dengan demikian, kesimpulannya bahawa seorang mufti diikuti fatwanya kerana faktor ilmunya, bukan faktor peribadi sebagai seorang manusia.
- Ia belum mencapai tingkat ijtihad tetapi mampu memahami dalil dan mampu melakukan tarjih. Untuk golongan ketiga ini, kita perlu melihat keadaannya. Bila berkemampuan tarjihnya dapat dianggap memenuhi syarat, bererti ia adalah mujtahid sebab hakikat mujtahid hanyalah mengikuti ilmu dan menganalisisnya. Jadi orang yang mampu melakukan tarjih dan dapat diterima hasil tarjihnya adalah seorang mujtahid.Akan tetapi, bila tarjihnya masih belum dapat diterima, keadaannya adalah sama dengan orang awam. Hal ini kerana orang awam mengikut mujtahid untuk mendapatkan kebenaran ilmu yang tidak mampu ia lakukan sendiri. Demikianlah halnya orang yang tarjihnya masih belum diterima .
( Al I'tisham, susunan Imam Asy Syatibi, jilid III, hlmn 250)Imam Ad Dahlawi dari Ibn Hazm dalam Kitabnya Hujjatullaahil Balighah, Jilid 1, Halaman 123 menyatakan seperti berikut :
"Ketahuilah bahawa mazhab empat sudah dibukukan dan diteliti secara cermat. Para ulama muktabar telah ijma' mengikuti mazhab-mazhab tersebut sampai hari ini. Bagi mereka yang mengikuti mazhab-mazhab itu terdapat kemaslahatan yang tiada kesamaran lagi, apatah lagi pada hari ini ketika kefahaman manusia sangat terbatas dan jiwa seseorang sudah dicampuri hawa nafsu dan masing-masing saling membanggakan pendapatnya. Dan terlalu banyak kefasikan yang melanda umat tidak terkecuali dari kalangan ahli agama.Maka pendapat Imam Ibnu Hazm bahawa taqlid itu adalah haram dan tidak halal bagi seorang pun mengambil ucapan seseorang, selain RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam Hanya dianggap sempurna (benar) sekiranya individu tersebut mampu melakukan ijtihad berdasarkan syarat syarat sebagai mujtahid"
Sumber rujukan : Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi.