Monday, April 13, 2009

Utamakan Apa Yang Utama ?

“Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini orang Asing atau pengembara di sebuah perjalanan” - Riwayat al-Bukhari
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa kehidupan ini adalah pengembaraan. Dunia adalah tempat persinggahan. Kita datang dari alam lain dan sedang menuju kembali kepadanya. Maka di dalam kembara ini, Kita perlu menyediakan bekalan dengan bijak.


Utamakan Yang Utama sangat bergantung kepada sistem nilai kita. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan.
Contoh mudah bila kita hedak memindah pelbagai saiz u batu di dalam sebuah bekas lain.
Sekiranya dimulakan dengan memasukkan pasir, kemudian batu kecil dan akhirnya batu besar… Pasti tidak semua dapat dimasukkan sepenuhnya. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.
Jika bekas itu diibaratkan masa yang kita ada seharian, maka kita isikan ia dengan pasir, batu kecil dan akhirnya batu besar… malang sekali batu besar itu tidak semua dapat dimasukkan. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.
Bagaimana jika batu besar itu ialah melawat ibu di kampung yang tidak sihat? Bagaimana jika batu besar itu ialah Majlis ilmu? Bagaimana jika batu besar itu Solat Jemaah di Masjid, atau Program Jemaah, atau kemasysrakatan, atau riadah untuk kesihatan ?
Batu besar mana yang bakal kita korbankan, jika tidak semua batu besar mampu masuk ke bekas masa yang ada?
Batu besar, batu kecil, pasir dan air!
Ya, jika bekas air dan masa diisi dengan Utamakan Apa Yang Utama, semua batu besar dapat dimasukkan. Pasir dan batu kecil mampu masuk dan mencelah. Malah air dapat juga diisi untuk memampatkannya.
Hidup kita dan masa yang ada, adalah seumpama bekas air. Mengisinya harus dengan batu besar sebelum batu kecil.
Apakah yang membesar dan mengecilkan batu itu?
Itulah NILAI. Jika kita menganggap majlis ilmu dan solat berjemaah itu sebagai kurang bernilai, maka ia akan diwakilkan oleh batu kecil ke bekas masa.
Apa yang besar? Menonton movie ? hobi ? membeli belah? Apa yang bernilai dalam hidup anda ini? Penentuan nilai kita, adalah pada cara kita melihat kehidupan.
Akhirat mengajar kita membuat penilaian terhadap setiap satu kebajikan dan kebaikan di dunia. Akhirat juga memberi amaran kepada kita terhadap setiap satu kejahatan dan dosa kedurhakaan.
Kerana itulah, perkara-perkara yang susah dan rumit dalam hidup ini, Nabi SAW kaitkan ia dengan Allah dan Akhirat.
Mahu berkata-kata. Kata sahajalah apa yang ingin dikata. Tidak kering air liur, tidak bengkak gusi menanggung. Ada kata jadi pahala, banyak kata jadi dosa. Yakin pada balasan Akhirat, menjadikan seorang warga dunia berhati-hati memilih kata. Nyatakan yang baik-baik, atau diam sahaja. Diam mulut dari bercakap, diam tangan dari menyiar idea.

No comments:

Post a Comment