Thursday, March 12, 2009

Pertemuan Pak Lah Anwar Antara Realiti & Harapan



Mukmin Yang Cintakan Keamanan,Ukhwah dan Kesejahteraan setiasa menunggu tribulasi dikalangan pimpinan tertinggi untuk bekerjasama kearah yang lebih baik ... Idea Tuan Guru Nik Aziz Bubarkan semua parti Jadikan satu parti adalah Yang terbaik .....Namun sukar dilrealisasikan kerana kita sudah sedia maklum sebahagian besar pimpinan terutamanya yang berkuasa lebih mengutamakan kepentingan diri..
Namun saya yakin Pak Lah & Anwar Bahkan TGH Hadi dibantu pakar-pakar penasihat tentu lebih arif mencari solusi untuk kebaikan Agama,Bangsa & Negara...
Realitinya semua tahu,UMNO Sudah rosak akibat pemimpin-pemimpin yang tamak manakala PAS & Keadilan terpaksa menghentam UMNO sehabis-habisnya untuk mengurangkan Kuasa BN yang terbukti telah banyak merugikan bangsa Melayu dan Negara...
Kita bimbang sekiranya tiada anjakan paradigma dikalangan pimpinan Melayu...
Pihak lain akan menanguk di air yang keroh...
Mengapakah kita tidak mahu berfikir diluar kotak kekangan semasa Kearah membina Unity Government bagi mengagaskan kerajaan perpaduan yang tidak ada pembangkang.
Maksud perwujudkannya Win-Win Situation ... keadaan bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang sama-sama memberi fokus kepada menyelesaikan masalah semasa rakyat yang terdesak seperti ekonomi, keselamatan, sosial dan lain-lain. Unity government bukan bermaksud untuk mendapatkan kuasa atau berkuasa atau gila kepada kuasa, namun sama-sama berusaha mencari kebaikan bersama .
Ertinya kerajaan perdamaian ini, disokong oleh semua parti walaupun tanpa keterlibatan pembangkang bergabung secara langsung . Lebih mudah lagi pembangkang tidak akan membangkang seperti hari ini melainkan akan membangkang jika kerajaan UNITY itu besimpang dari pinsip keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Saya rasa juga sudah tiba masanya negeri-negeri majoriti muslim yang kini diperintah UMNO dan PAS diberi ruang seluasnya untuk mengetengahkan model negeri Islam dengan lebih menyeluruh..tanpa sabotaj politik.Manakala Raja-raja melayu perlulah tampil sebagai role model mukmin yang baik seterusnya bertindak sebagai ketua agama negeri kearah pembinaan negeri yang mantap... Kita Yakin bila Islam didaulat Pertolongan Allah pasti Datang dari jalan yang tidak diduga...Namun Bila Islam Dikesampingkan Pasti Bala Allah Akan Dalam Bentuk gelora tak sudah Akibat Pemimpin yang Loba dan Rakyat yang Derhaka..

No comments:

Post a Comment