Wednesday, October 22, 2008

Tribulusi Dakhwah

Salam ISLAH,
"Maka hawa nafsu (Qabil) menjadikannya mudah membunuh saudaranya (Habil), sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang merugi" surah Al Maidah ayat 30.Di dalam perbincangan kita terdahulu kita telah membincangkan persoalan dakwah yang berhubungan dengan kefahaman. Di dalam perbincangan kita seterusnya, kita akan membincangkan persoalan dakwah yang disebabkan oleh peribadi duah yang tidak shaleh.Peribadi duah merupakan antara yang menjadi faktor utama di dalam menjayakan dakwah ke jalan Allah. Di tangan para duah, dakwah akan berjalan dengan hidup dan dinamik. Mereka membina para mad'u dengan semangat waja bagi melahirkan generasi pilihan Allah SWT. Para duah adalah manusia yang sebaik-baik perkataannya di dalam pandangan Allah sepertimana firman-Nya : "Dan siapakah yang lebih baik perktaannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal shaleh dan berkata : "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri" surah Fushilat ayat 33.
Di dalam ayat di atas terlihat unsur-unsur yang menjadi pembina peribadi duah iaitu, kefahaman tentang jalan dakwah (perkataan yang baik), amal dakwah yang berterusan (mengerjakan amal shaleh) dan keperibadian yang mulia (orangorang yang berserah diri). Dengan wujudnya keperibadian yang mulia di dalam diri duah, ianya akan menjadi daya tarik yang mengundang simpati masyarakat kepada dakwah. Keperibadian seumpama ini menjadikan Allah memandang tinggi kepada duah. Rasul SAW bersabda : "Sekiranya Allah menunjuki seseorang lantaran kamu, maka itu lebih baik dari dunia dan seisinya".3. Keperibadian duah yang rosak.Sebaliknya, manakala keperibadian itu rosak dan busuk ianya akan merosakkan jalan dakwah dan pada akhirnya akan mengundang rasa takut dan benci kepada Islam. Duah yang menonjolkan hawa nafsu, sombong, berkeperibadian busuk antara faktor yang menjejeaskan kemuliaan risalah nabi SAW. Mereka menjadikan jalan dakwah sebagai tempat untuk mencari penghasilan (pendapatan) atau sebagai medan untuk menguasai manusia dan meraih status kehidupan. Para duah, berjalan ke hulu hilir kononnya untuk menyedarkan manusia daripada maksiyat, namun di sebalik itu mereka mengumpul wang dari murid-muridnya dengan niat untuk memperkaya diri. Berbagai-bagai kerenah mereka buat bagi menunjukkan bahawa mereka adalah orang mulia, terpandang serta perlu dihormati masyarakat. Dalam dunia moden ini mereka akan mendakwa bahawa mereka pernah belajar di tempat yang terbaik di dalam pengajian Islam atau tarbiyah dengan "tok syaikh" yang "top one person", bergaul dengan masyarakat "high class", mendapat status sebagai "very-vey important people" atau mendapat penghargaan "gred A". Sebaliknya pada ketika dahulu, duah akan mendakwa bahawa mereka mempunyai kesaktian (kehebatan) dapat berjalan di atas air, sentiasa shalat jumat di Makkah walau sehari-hari tinggal di kampung yang beribu-ribu kilometer jauhnya dari Makkah, dapat mengalahkan jin yang hebat dan sebagainya. Pokok kata, mereka adalah orang yang lebih hebat di bandingkan masyarakat yang menjadi mad'unya.Para duah dapat terpesong sebegini, ianya disebabkan oleh beberapa faktor antaranya :A. Niat yang tidak Ikhlas.Di dalam Islam, niat merupakan perkara asas, kerana sahnya sebuah amal disebabkan oleh niat yang betul kerana Allah SWT. Sebaliknya niat yang tidak betul, ianya akan menjadikan amalan seseorang tidak di akui oleh Allah dan tidak mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Bahkan ia boleh memesongkan amalan itu sendiri. Sabda Rasul SAW : "Sesungguhnya hanyasanya (sah) amal (kamu) kerana niat, dan setiap urusan akan dibalasi sesuai dengan niatnya…"Di dalam dunia dakwah, niat yang tidak ikhlas diantaranya menjadi punca kepada : duah berniat agar menjadi orang yang di puja-puja atau digelari oleh masyarakat sebagai ulama. Atau dengan mendapat banyak mad'u maka akan semakin banyak mendapat habuan pendapatan bulanan. Juga terbayang dalam mindanya akan bertambah banyak pula down line dalam niaga MLM. Atau juga akan semakin banyak anak buah yang dapat melaksanakan kepentingan peribadinya untuk menjadi raja-raja kecil. Dan bahkan kalau sekiranya anak buah mereka adalah orang-orang terkenal dan terpandang, duah akan dapat memberikan "political pressure" untuk menduduki jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan.Allah SWT menceritakan kisah seorang ulama pada zaman bani israel iaitu Bal'am sepertimana di dalam firman-Nya : "Dan bacakanlah kepada mereka cerita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian ia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu ia di ikuti oleh syaitan, maka jadilah ia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau sekiranya Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan derajatnya, tetapi ia cenderung kepada dunia ….. maka perumpamaannya seperti anjing…" surah Al A'raf ayat 175 – 176. Mengikut hawa nafsu.Hawa nafsu merupakan musuh dalaman yang sukar untuk ditundukkan kecuali oleh orang-orang yang diberkati Allah. Ia boleh masuk kedalam jiwa manusia, mempengaruhinya serta membentuk keperibadian yang tidak sesuai dengan tuntunan Al Quran. Ramai duah yang tidak menyedari bahawa mereka telah dipengaruhi oleh hawa nafsu kerana seringkali batas-batas antara dipengaruhi hawa nafsu dengan yang tidak dipengaruhi olehnya ianya begitu nipis.Firman Allah di dalam surah Al A'raf ayat 175 – 176 : "Dan kalau sekiranya Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan derajatnya, tetapi ia cenderung….dan mengikuti hawa nafsu, maka perumpamaannya seperti anjing…". Demikian juga di dalam surah Al Maidah ayat 48: "…Maka hukumlah mereka dengan apa-apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, setelah datang kepadamu kebenaran….".Dalam kedua-dua ayat di atas, Allah menggambarkan kedudukan duah yang boleh terjejas sehingga keperingkat berkeperibadian haiwan. Perkara sedemikian berlaku sebab para duah dipengaruhi oleh hawa nafsu yang ada pada dirinya mahupun yang datang daripada bujuk rayu pengikut atau masyarakatnya.Pengaruh hawa nafsu sedemikian ianya akan mempunyai kesan terhadap pertimbangan-pertimbangan akal yang tidak waras atau mengikut kepentingan diri dan kumpulannya. Duah sedemikian akan tamakkan pengaruh, kuasa dan puji-pujian daripada orang lain. Mereka kadangkala berbuat bohong, menipu atau apa sahaja perbuatan busuk bagi memenuhi kepentingannya. Mereka merasa kekal di dunia sehingga tidak bersedia untuk berkorban baik harta mahupun jiwanya. Bahkan seringkali duah akan menutupi perbuatan busuknya, kerana pengaruh hawa nafsu, dengan berbuat dusta yang lebih besar lagi, seperti memfitnah duah yang lain atau memperkecilkan peranan sahabat sesama duah. Apa sahaja cara akan mereka lakukan demi mengekalkan kedudukan dan pengaruhnya walaupun ianya bercanggah dengan panduan syarak.C. Dipengaruhi oleh Syaitan.Kalau sekiranya pengaruh syaitan telah melekat di dalam jiwa duah, maka mereka akan menjadi lebih jahat dibandingkan binatang, bahkan lebih sesat. Firman Allah : "…..Mereka bagaikan binatang ternak bahkan lebih sesat… " surah Al A'raf ayat 179.Pengaruh syaitan yang begitu kuat akan menjadikan duah lalai dari mengingati Allah, mereka menjadikan ayat-ayat Allah sebagai barang dagangan yang dapat diperjual belikan. Apa yang penting bagi mereka adalah status sebagai orang "shaleh" atau "ulama" walaupun tindak tanduknya tidak sesuai dengan akhlaq Islam. Jiwa mereka kasar, sombong, bongkak dan tidak menghargai orang lain. Apa yang nampak di dalam dirinya adalah kebaikan belaka, sebaliknya dalam diri oranglain adalah keburukan. Bak pepatah : "Gajah di depan mata tak nampak, semut diseberang lautan kelihatan". Mereka amat sukakan mencari-cari kesalahan orang lain, sedang kesilapan sendiri yang begitu besar dianggap sebagai perkara wajar. Manakala orang lain silap, ia perlu dihukum. Sedang manakala dirinya silap ia merupakan perkara wajar sebagai manusia yang lemah dan penuhsilp lupa. Tidak jarang duah pada akhirnya akan mengampu kepada pimpinan yang jahat demi mengejar tuntutan hawa nafsu dan syaitan. Mereka akan mengubah ayat-ayat Allah dengan berfatwa yang disesuaikan dengan keinginan penguasa. Mereka hendak menukarkan kebenaran Allah dengan seketul kesenangan dunia.Apabila kita perhatikan punca masalah yang telah dijelaskan di atas, maka kita melihat pada hari ini ramai duah yang mengalami penyakit Mereka mempunyai keperibadian yang rosak dan merosakkan bangunan dakwah Islamiyah yang indah. Dua"split personality".h yang sedemikian ianya lebih ramai dibandingkan dengan duah yang ikhlas dan berkeperibadian mulia, bagaikan kata-kata sya'ir : "Bilakah di dapati bangunan yang boleh disiapkan hanya dalam satu hari. Jika kamu membina bangunan (sedangkan) orang lain menghancurkannya. Walaupun ada seribu bangunan, cukup hanya seorang untuk menghancurkannya. Maka bagaimana jika ada sebuah bangunan (sedangkan) dibelakangnya ada seribu orang hendak menghancurkannya".Namun sebagai hamba Allah, kita mestilah optimistik bahawa walaupun duah yang ikhlas ianya hanya sedikit, insya Allah Islam akan mengalami perkembangan yang pesat dari masa ke semasa dengan dukungan dan izin Allah.Ditulis berdasarkan pengalaman dakwah, mudah-mudahan ia menjadi i'tibar bagi orang-orang yang ikhlas yang sentiasa mengeluarkan peluh, tenaga dan potensinya bagi menjayakan dakwah.
Dipetik dari Blog Ustaz YUSSAINE YAHYA

Friday, August 29, 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Madrasah Ramadhan semakin hampir. Beberapa hari lagi akan menjelmalah bulan rahmah, bulan maghfirah dan bulan kelepasan dari neraka ini. Bulan yang sangat dirindui oleh kekasih-kekasih Allah serta pencinta amal soleh. Para sahabah menantikan kedatangan Ramadhan setiap tahun dengan penuh kerinduan dan persediaan yang sangat rapi. Demikianlah juga seharusnya yang ada di dalam diri setiap pejuang agama dan mujahid sepanjang zaman.
Ramadhan adalah satu program tarbiyyah dari Allah khusus untuk hamba-hambanya. Mereka yang berjaya melalui Ramadhan itu dengan penuh penghayatan dan pengharapan terhadap keredhaan dan keampunan Allah, mereka adalah ‘mahasiswa’ kelulusan Ramadhan yang mendapat segulung ijazah ‘taqwa’.
Jelas kepada kita bahawasanya tujuan tarbiyyah puasa Ramadhan itu disyariatkan adalah kerana untuk melahirkan ‘muttaqin’. Insan muttaqin inilah yang akan membawa kebaikan ke seluruh alam dan apabila manusia muttaqin ini memenuhi alam maka terhasillah makna keamanan dan kesejahteraan yang sebenar. Ini adalah kerana tiada keamanan dan kesejahteraan melainkan dengan Islam dan seluruh manusia tunduk patuh menyembah Allah yang Esa.
Apabila tiba Ramadhan Al Mubarak Rasulullah SAW berkhutbah dan menyampaikan taushiyah Baginda kepada sekalian manusia mukmin :
“Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.”
Dari pesanan Rasulullah SAW di atas maka jelaslah kepada kita bahawa sememangnya Ramadhan itu sangat mulia di sisi Allah dan ia merupakan program khas dari Allah untuk mengangkat martabat keimanan hamba-hambaNya.
Sesungguhnya nilai tarbiyyah Ramadhan buat para pejuang Islam amatlah besar dan agung. Ayuh kita ambil kesempatan ini untuk melengkapkan pembinaan dan pembentukan al fardul muslim yang kita cita-citakan agar tertegaknya daulah di tangan kita dan Allah muliakan Islam dengan kerja buat kita.

ASBAB PENYELEWENGAN

Oleh As-Syeikh Al Ustaz Mustafa Masyhur
Kekosongan jiwa agama, di mana para pemuda dibiarkan hanyut pada tahun-tahun yang lampau, kedangkalan pelajaran agama, tidak ada tarbiah agama, berkembang merebaknya banjir kerosakan akhlak dan ibahiyah (mengharuskan segala perkara), berleluasanya keraguan dan syak wasangka di dalam akidah, di samping itu hilang ghaibnya Qanun dan undang-undang di dalam strategi jamaah yang bertanggungjawab mengatur dan mengorganisasi para pendokong dakwah kepada Allah.Tambahan pula dakwah dan para pendokongnya dipenjara, ditindas dan diganggu. Semuanya itu membangkitkan tindakbalas, cabaran-cabaran lantas menyalakan semangat orang-orang yang mempunyai ghairah ke atas Islam terutamanya di kalangan pemuda Islam dan ini adalah merupakan perkara tabii yang tidak dapat disangkal. Arus kesedaran seperti ini mesti diikat dan ditahan dengan ikatan yang bertujuan memeliharanya dari tergelincir dan terpesong supaya kelak tidak terdedah kepada berbagai tindakan dan pengalaman yang sia-sia dan menghasilkan akibat yang tidak disenangi.
Kita Tidak Menuduh Niat MerekaDalam kita menyatakan tentang penyelewengan-penyelewengan yang jauh dari jalan dakwah yang sebenar, kita hanya bertujuan memberi nasihat dan tunjuk ajar dengan semata-mata mengharap keredhaan Allah. Tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk menuduh dan meragui niat mereka, ataupun mengganggu seseorang ataupun hendak membuat jahat kepada seorang muslim.Terdapat beberapa penyelewengan yang biasa berlaku yang menyebabkan keciciran dan penyimpangan dari jalan yang benar.Ilmu dan PenyelewenganTempat tergelincir yang paling merbahaya ialah fitnah ilmu. Kadangkala orang yang melalui jalan dakwah yang mencari ilmu dasar ma'rifah akan mendapat sedikit sebanyak ilmu kemudiannya ia akan merasakan satu perubahan yang besar dalam drinya, setelah merasai hidup dalam kekosongan dan kesesatan. Dia kagum dan silau matanya dengan sinaran ilmu dan makrifah yang diperolehinya dari hasil kajiannya dan dalam kitab-kitab dan buku dakwah Islam.
Dia yakin pula bahawa ilmu yang diperolehinya itu telah banyak lantas menyangka dia telah mempunyai kemampuan untuk beristinbat dan mengeluarkan hukum dari ilmu yang telah diketahuinya dari nas-nas, dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah Rasullah s.a.w. (tidak perlu lagi buku-buku Ulamak yang muktabar) Kadangkala pula dia berpegang teguh pada sebab lahiriah satu-satu dalil dan tidak mahu menerima hujah orang lain. Ketika lain pula dia mudah terpedaya lantas menganggap dirinya telah sampai kepada darjah mujtahid lantas dengan beraninya mengeluarkan fatwa-fatwa hukum syara' di dalam beberapa perkara yang dikemukakan kepadanya. Benarlah ada orang yang berkata:"Orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling kurang ilmunya".Lebih merbahaya dari itu dia berani pula merendah-rendahkan darjah imam-imam mujtahidin yang silam jika didapati pandangannya bertentangan dengan pandangan mereka mereka atau sekurang-kurangnya dia berkata: "Mereka itu lelaki dan kita pun lelaki juga".Satu lagi tempat tergelincir ilmu iaitu apabila orang yang berjalan di atas jalan dakwah telah dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma'rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala'ah semata-mata, sehinggalah jihadnya tertumpu di dalam bidang itu sahaja tanpa melibatkan dirinya lagi di dalam jihad dan amal yang lain yang dituntut oleh agama. Akhirnya hatinya menjadi terlalu seronok dan kyusuk dalam membaca berbagai kitab dan berlumba-lumba membaca berbagai majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata. Ini membuatkan dia leka dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Ini adalah membaliksongsangkan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan pengertian yang menyokong usaha tolong menolong yang membawa hasil.Cara untuk memelihara diri dari yang demikian ialah dengan cara menuntut ilmu yang berguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melampaui batas, dan selalulah merasa yakin bahawa apa yang telah kita ketahui adalah lebih baik dari apa yang belum kita ketahui. Barangsiapa yang mengaku bahawa dia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil. Kemudian kita cantum ilmu dengan amal. Janganlah kita terlalu berani mengeluarkan fatwa. Kita mestilah sentiasa berlapang dada tanpa menutup diri dan membekukannya dengan kefahaman yang terbatas. Kita mestilah meletakkan manusia dan menilai mereka menurut darjah dan kedudukan mereka. Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali kadar dirinya.Di Antara Furu'iah (Cabang) dan UsulSatu lagi penyelewengan yang berlaku ke atas orang yang berjalan di atas jalan dakwah ialah lebih mementingkan bentuk lahir daripada isi dan batin, atau sibuk mengurus lahir sebelum mengurus isi dan batin. Ini adalah salah dan bahaya pada waktu ini. Pada hal sepatutnya sebelum kita menyuruh orang yang kita seru dengan perkara-perkara furu'iah kita mestilah terlebih dahulu bersama mereka mengukuhkan dan menegakkan perkara-perkara usul atau dasar akidah Islam dalam diri kita. Ini nantinya akan mendorong kita untuk menyerah diri mengikuti perintah Allah lantas bangun melaksanakan segala ajaran Islam. Mulai dari kuliah hinggalah kepada juz'iah. Kita akan dengan rela hati menerima baik segala ajaran Islam dari yang sebesar-besarnya hingga kepada yang sekecil-kecilnya sebagai ibadat kita kepada Allah.
Tetapi kalau kita jadikan perkara furu'iah (cabang-cabang) sebagai asas yang kita mesti iltizam dengannya sebagai asasi sedangkan kita baru mulai berjalan di atas jalan dakwah, maka da'i yang sedemikian rupa menjadikan mereka yang kita seru menjauhkan diri dari dakwah kita dan secara langsung kita menghalang mereka dari berjalan di atas jalan dakwah bersama kita. Akhirnya secara tidak disedari kita dapati diri kita terasing disebabkan oleh uslub dan cara yang salah. Kita mestilah mampu membezakan di antara mengiltizamkan diri dan mengiltizamkan orang lain dari diri kita. Kita telah pun maklum pada diri kita bahawa akidah Islam itu bermula dengan menegakkan akidah; iman dan tauhid di dalam jiwa dan iman itulah yang mendorong para da'i untuk menyerahkan diri pada Allah mengikut perintah Allah tanpa ragu dan bimbang. Oleh kerana kita tidak boleh menyeleweng dari manhaj dan cara yang bijaksana ini."Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan nikmat dan nasihat yang baik". (AnNahl:125)Antara Berkeras-keras dan Bersusah-payahKadang-kadang orang yang berjalan di atas jalan dakwah terlepas dari penyelewengan yang lain yang tidak kurang bahayanya. Dia terlalu berkeras sangat, bersusah-susah sangat lalu membebankan dirinya dengan melakukan tugas-tugas ketaatan dan ibadat yang di luar kemampuannya dengan keyakinan bahawa perlakuan yang demukian untuk melatih diri dalam rangka memudahkannya untuk mengikut manhaj Ilahi. Akhimya ia tidak mampu meneruskan perjalannya lalu tercicir di tengah jalan hingga sanggup mencuai-cuaikan perkara-perkara yang fardhu dan asasi hinggalah kepada perkara-perkara sunat dan nawafil. Rasulullah telah mengarahkan kita supaya mengelakkan diri dari cara yang demikian. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu".Di sini kita wajib membezakan di antara tindakan yang tegas penuh kesungguhan dengan berpayah-payah serta membebankan diri di luar kemampuan. Sesungguhnya nafsu itu adalah ibarat anak kecil, apabila dia dicuaikan akan terus mencintai penyusuan tetapi apabila dipisahkan daripadanya ia akan berhenti menyusu kepada ibunya. Jadi tidak boleh tidak mestilah nafsu itu ditundukkan dan dikendalikan di dalam batas-batas kemampuan kerana Allah Taala telah berfirman sebagai ajaran untuk kita:"Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebankan kami sesuatu bebanan yang tidak sanggup kami memikulnya". (Al-Baqarah: 286)Jalan dakwah itu adalah panjang dan sukar jadi para pendokong dakwah yang ingin maju meneruskan dakwah janganlah membebankan dirinya dengan bebanan yang dia sendiri tidak mampu memikulnya. Kerana amal yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dari amal yang banyak tetapi terputus dan terhenti di tengah jalan. Kita juga tidaklah sepatutnya bersikap melampau dan cuai, kerana bebanan kita banyak, sementara itu pula dakwah memerlukan para pendokongnya yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kemahuan yang kuat, keazaman yang tegas, tangkas dan unggul.Di Antara Sikap Terburu-buru dan LonggarAdakalanya orang yang berjalan di atas jalan ini terlalu optimis. Apabila ia tidak melihat sebarang tanda-tanda kemenangan sedangkan pada hematnya ia telah mengalami berbagai-bagai kepayahan dan ujian disepanjang jalannya, dan ia telah memberi pengorbanan yang semaksimanya. Dia mungkin terdorong oleh semangatnya yang berapi-api dan penuh ghairah untuk menggunakan kekuatan senjata sebagai cara untuk mempercepatkan perjalanan. Lidahnya seolah-olah berkata:"Walaupun aku yang datang kemudian, aku mestilah mampu membuat sesuatu yang tidak dapat dibuat oleh orang-orang dahulu".Dengan demikian, dia dan orang-orang yang bersetuju dengannya membuat sesuatu di luar perencanaan yang rapi, yang di dorong oleh semangat yang berapi-api dan membabi-buta. Akhirnya bukan sahaja tidak sampai kepada matlamat yang dicita-citakan bahkan merosakkan dan membahayakan harakah Islam. Wajib difahami secara mendalam bahawa kekuatan yang pertama ialah kekuatan akidah dan keteguhan iman dan diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan perpaduan. Akhir sekali barulah kekuatan tangan dan senjata. Itu pun jika sudah tidak mempunyai jalan dan pilihan lain.Di Antara Politik dan TarbiahDi sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.Di Antara Dakwah dan ManusiaKita adalah manusia yang kadangkala benar dan kadangkala salah dan kadangkala kita berbeza pendapat. Ini merupakan perkara biasa bagi sesiapa yang bekerja dan berusaha di dalam sesuatu bidang. Tetapi, di bawah naungan cinta, kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah, dan dorongan ikhlas dan tajarrud (membulatkan diri kerana Allah), segala kesalahan boleh diperbetulkan, perbezaan pendapat boleh diperbaiki, penerangan boleh dibentangkan, dipertimbangkan dan dirumuskan serta diselaraskan. Hal ini melahirkan tolong-menolong dan bahu-membahu di antara kita semua.Perbezaan pendapat di dalam sesuatu perkara tidak merbahaya selagi ditauti oleh rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi jika ditonjolkan oleh orang-orang yang tertentu yang mempunyai kepentingan lalu dikobarkan di dalam suasana marah kerana membela diri ditambah lagi rasa bangga di dalam melakukan dosa dan mengampu orang-orang yang tertentu yang boleh merugikan dakwah. Maka di sinilah syaitan masuk campur dan akan melahirkan perpecahan. Akhirnya segala usaha menjadi hancur berantakan, waktu dihabiskan dalam perbalahan kemudian berusaha pula membuat perdamaian. Jika perkara seperti ini terus terjadi dan berulang maka dakwah dan kepentingannya akan terkorban di dalam suasana yang sedemikian. Pada hal sewajarnyalah segala usaha yang membina perlu ditumpukan kepada generasi yang sedang tumbuh dan mekar dalam mendidik dan mempersiapkan mereka dengan sebaikbaiknya.PenutupInilah sebahagian dari penyelewengan dan ketergelinciran di sepanjang jalan dakwah. Marilah kita sedari dan pelihara diri kita daripadanya. Kita sentiasalah tanpa henti meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya dia membawa kita, memimpin kita melalui jalan yang benar dan menunjuki kita jalan lurus kerana sesungguhnya Dia Maha Kuasa membuat apa yang dikehendakinya.

Tuesday, July 22, 2008

Tarbawi :Membangun Kekuatan Ruhiyyah
















Kisah ini dialami seorang aktivis muslim. Di akhir masa kuliahnya, ia sangat aktif di beberapa kajian. Selain itu, ia selalu mendapat panggilan sebagai nara sumber (penceramah utama) di berbagai seminar. Di tengah kesibukannya, namanya masih terdaftar pada posisi strategik di organisasi mahasiswa. Terkadang ia menyedari mutu kesungguhan ibadahnya mulai tak seimbang dengan kesibukan kegiatannya. Malah kenikmatan spiritualnya makin hambar kerana sering terganggu dengan fikiran sibuk yang selalu mengejarnya.
Namun kerana keruntuhan ruhiyyah yang terus merudum, ia mulai terjatuh di pinggiran landasan perjuangan yang pernah dibangun bersama teman-temannya. Kini idealismenya pupus ditelan kesibukannya.Kisah seperti ini sudah menjadi satu fenomena. Namun kita tidak berkemampuan untuk mengeksploitasi fakta-fakta yang ada. Yang menjadi sorotan adalah kenapa masalah ini semakin menggejala. Kenapa dengan maksud bergiat utk memperbaiki umat, malah militansi (kesungguhan) ibadah tergadaikan? Bila hal ini terus berlanjut, tentunya keindahan Islam tak akan tampak kerana aktivisnya hanya bergantung kepada kata-kata ansich. Tak ubahnya seperti pedagang nasi yang baju dan tangannya penuh dengan rona-rona kotor dan bau. Siapa yang mahu beli ? Paling tidak, ada beberapa faktor yang harus dipertajam ketika aktiviti sudah mulai memburu para aktivis dakwah. Pertama, ladang dakwah adalah arena mencari redha Allah swt. Bila ini menjadi sebuah kata kunci, kita akan mampu terus membuka ladang baru dengan kunci ini. Sebaliknya, bila kunci patah atau hilang dari benak kita, berhati-hatilah, petaka pasti akan terjadi.
Ladang itu akan berubah menjadi ladang pembantaian ruhiyyah kita. Sebagaimana nasihat Rasul SWT bahwa dunia itu ladangnya hari akhirat. Maka upaya para aktivis dalam mengelola ladangnya adalah dengan mematuk setiap jengkal tanah dan menanamnya dengan bibit (benih) unggul berlabelkan ‘Allah oriented’. Jangan beri kesempatan hama-hama perosak itu mendapat bahagian hidupnya di ladang kita.
Kita ingat benar dengan perasaan Hanzhalah ra yang merasa munafik kerana ketika menggarap ladangnya ia terkadang lupa dengan pesan-pesan Rasul SAW yang selalu mengingatkan kepada syurga dan neraka. Hal ini diadukan kepada sahabatnya Abu Bakar ra, yang ternyata menemukan kes yang serupa. Akhirnya beliau berdua mengadu kepada Rasul SAW yang dijawab dengan, “…akan tetapi sa’ah wa sa’ah.” Maksudnya, bagilah waktumu agar ada saat untuk ini dan ada saat untuk itu. Alangkah baiknya bila perasaan Hanzhalah ra ini bisa mengalir pada setiap aktivis melalui getaran-getaran jiwanya ketika ia mulai menggarap ladangnya.Kedua, selalu bercermin kepada orang-orang soleh pendahulu kita. Kerana mereka adalah orang-orang sibuk yang waktu tidurnya tergadaikan untuk membina umat.
Sebut saja cerita yang disampaikan Ibnul Qasim, salah satu ulama fikih di Mesir yang wafat tahun 191 H, “Aku pernah mendatangi Imam Malik sebelum waktu fajar. Kutanyakan kepadanya tentang dua masalah, tiga masalah, empat masalah, dan saya benar-benar melihatnya dalam suasana lapang. Kemudian aku mendatanginya hampir setiap waktu sahur. Terkadang kerana lelah, mataku terkatup dan aku tertidur. Ketika Imam Malik keluar dari masjid, aku tidak mengetahuinya. Kemudian aku dibangunkan oleh pembantunya sambil mengatakan, “Gurumu tidak tertidur seperti kamu. Padahal saat ini usianya telah mencapai empat puluh sembilan tahun. Setahuku ia nyaris tidak pernah shalat shubuh kecuali dengan wudhuk yang dipakai dalam shalat isya. ” (Tartibul Madarik,3/250)
Ada lagi cerita salah seorang salafus soleh yang mengatakan, “Aku pernah bangun pada waktu sahur untuk mempelajari Alqur’an pada Ibnu Akhram, seorang ulama Damaskus. Tapi ternyata kehadiranku telah didahului oleh sekitar tiga puluh orang. Dan aku belum memperoleh giliran sampai datang waktu ashar.” (Nuzhatul Fudhola, 2/1145).Akhirnya, membaca dan menelaah hidup para salafussoleh itu perlu, kerana mampu membangkitkan semangat baru dalam diri kita. Juga, membaca peri kehidupan mereka itu sama halnya dengan berziarah dan berhadapan dengan mereka, sehingga kita pun dapat barakah dari Allah kerananya. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahulah, ” Aku berlindung kepada Allah dari peri hidup orang-orang yang tidak punya cita-cita tinggi hingga bisa diteladani orang lain, yang tidak mempunyai sikap wara’ yang bisa ditiru oleh orang yang ingin berzuhud demi Allah. Hendaklah kalian mencermati perilaku suatu kaum, mendalami sifat dan kisah tentang mereka. Kerana memperbanyak meneliti kitab-kitab mereka adalah sama dengan melihat mereka. Bila engkau mengatakan telah mendalami dua puluh ribu jilid buku, bererti engkau telah melihat mereka melalui kajianmu terhadap tingkat semangat mereka, kepandaian mereka, ibadah mereka, keistimewaan ilmu mereka yang tak pernah diketahui orang yang tidak pernah membacanya.”( Qimatuzzaman indal Ulama :31 ).
Ketiga, ketika beraktiviti, kita memerlukan tenaga yang merupakan satu kepentingan untuk menjamin keberlangsungan acara tersebut. Tenaga itu merangkumi spiritual dan fizikal. Sedangkan tenaga spiritual adalah sebagai parameternya. Bila spiritual itu meningkat, secara automatik-nya tenaga fizikal akan terus mengimbanginya sampai ke puncak yang sewajarnya. Kalau istilah Syeikh Ahmad Rasyid, “.. sampai lutut-lutut itu bergetar.” Atau peribahasa lain mengatakan “Kanzi.. ‘ajzi” (Sampai yang di gudangku itu habis di situlah kelemahanku). Untuk mendapatkan daya hidup itu, setidak-tidaknya harus ada sebuah tradisi spiritual khas yang dijadikan kesenangan dan kegembiraan jiwa. Sehingga jiwa ini penuh dengan daya hidup. Kemampuan fizik dalam melakukan sesuatu perbuatan juga akan turut sama meningkat.
Contoh yang sering kita dengar ialah kisah Imam Ibnu Taimiyyah. Ketika beliau berjihad melawan Tartar, kemampuan fizik beliau sangat tinggi melebihi rata-rata, sementara para mujahidin yang lainnya mulai melemah kehabisan tenaga. Melihat hal itu mereka bertanya kepada Imam,”Apakah rahsianya..?”. Beliau menjawab, “Ini adalah buah ma’tsurat yang selalu saya baca di pagi hari setelah sholat shubuh sampai terbitnya matahari. Saya selalu menemukan kekuatan yang sangat dahsyat setiap melakukan wirid itu. Tapi jika saya tidak melakukannya, saya akan merasa seperti lumpuh pada hari itu.” Demikianlah tenaga dahsyat itu didapatinya dari sebuah wirid yang sudah menjadi tradisi spiritual khas pada setiap pagi dan petang.Justeru, setiap aktivis mampu menjaga beberapa tradisi spiritual khas, sesuai dengan kegembiraan hatinya dalam menikmati tradisi itu.Akhirnya, kita berharap semoga kita yang mungkin termasuk membawa bendera dakwah ini bisa menjaga militansi (kesungguhan) ibadah kita seperti para pendahulu kita yang tetap bersungguh-sungguh dalam bergerak.
Sumber : Paksi.net

Friday, July 18, 2008

PENYATUAN MELAYU REALITI DAN HARAPAN

Sebenarnya Perasaan ingin membicarakan tentang penyatuan Melayu timbul semula apabila kedengaran suara-suara sumbang bercampur baur dengan kejahilan terhadap peri pentingnya Melayu bersatu.
Realiti tidak dapat menafikan pepatah Melayu “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Namun begitu, mengapakah dikaitkan penyatuan dan perpaduan Melayu dengan kekuatan Islam ? Apakah hubungkait kekuatan Melayu dengan kekuatan Islam ? Semenjak bila Melayu menunjangi kekuatan Islam ? Perlukah Islam menunggu kepada kekuatan Melayu terlebih dahulu dari berbagai aspek sebelum Islam menjadi kuat ? Persoalan-persoalan tersebut di atas adalah persoalan terhadap pernyataan berikut: “Sekiranya Melayu tidak bersatu dan menjadi lemah akan menyebabkan agama Islam turut lemah”. Pernyataan yang penuh dengan kejahilan dan penghinaan kepada kesucian agama Islam.

PENYATUAN MELAYU DAN IMPIAN

Melihat bangsa Melayu bersatu di bawah satu fikrah adalah merupakan impian dan harapan semua pihak terutamanya di kalangan pucuk pimpinan mana-mana parti yang berteraskan semangat nasionalisme demi meneruskan kelangsungan politik mereka.
Realitinya penyatuan keseluruhan bangsa Melayu secara total hanyalah merupakan impian yang tidak akan kesampaian selamanya sekiranya asas penyatuan tersebut tidak dilandaskan kepada agama Islam yang suci murni. Tanpa perlu merujuk kepada sejarah, cukup hanya dengan sekadar meneliti kepada hubungan sosial yang berlaku dalam masyarakat Melayu jelas menunjukkan wujudnya perpecahan di kalangan Melayu samada perpecahan tersebut berlaku antara anggota keluarga, adik-beradik, sahabat, ahli masyarakat dan seterusnya di kalangan pemimpin negara.
Hakikatnya setiap manusia mempunyai persepsi dan tanggapan yang berbeda-beda terhadap sesetengah perkara dengan perkara yang lain dan kelazimanya atau kebiasaanya setiap dari mereka akan mendahulukan kepentingan dan pandangan mereka sendiri dari yang lain. Atas dasar perbedaan ini, mampukah manusia khususnya bangsa Melayu bersatu ? Selain itu, dengan sikap ego, inginkan harta kekayaan, inginkan kuasa dan sebagainya, mampukah bangsa Melayu bersatu ? Pastinya ia merupakan impian yang tidak akan kesampaian untuk selamanya.
Berbalik semula kepada pernyataan ““Sekiranya Melayu tidak bersatu dan menjadi lemah akan menyebabkan agama Islam turut lemah”. Sepintas lalu pernyataan tersebut seolah-olah benar sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Semenjak bilakah agama Islam yang suci bergantung kepada kekuatan Melayu ? Bangsa Melayukah yang menyebarkan dan mengembangkan Islam pada zaman awal kemunculanya ? Adakah Islam akan lemah tanpa Melayu ? Siapa yang memberi kekuatan kepada siapa ? Sejarah Islam telah membuktikan bagaimana kaum Quraisy Mekah, Arab Badwi dan lain-lain kaum suku Arab yang mendiami semenanjung tanah Arab telah bertukar dari bangsa yang mundur kepada bangsa yang bertamadun. Hakikatnya bangsa Melayu menjadi berpecah belah dan lemah kerana bangsa Melayu sendiri yang telah meninggalkan elemen kekuatan mereka yang paling penting iaitu Islam. Kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan perlu difahami dan dihayati adalah:-
ياَيُّهاَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَ يُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) ALLAH nescaya ALLAH membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu (Surah Muhammad ayat 7).
Termaktubkah perkataan M.E.L.A.Y.U dalam ayat tersebut di atas ? Atau adakah ayat tersebut mempunyai tafsiran berikut “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela M.E.L.A.Y.U. nescaya ALLAH akan membela kamu” ?. Hanya mereka yang sesat lagi menyesatkan akan membuat pentafsiran sedemikian.
Sebenarnya keikhlasan untuk melihat penyatuan Melayu menimbulkan banyak persoalan yang belum terjawab terutamanya wujud percanggahan apabila sekumpulan Melayu menyeru supaya sistem-sistem Islam dilaksanakan di negara ini agar keseluruhan umat Melayu mampu bersatu dibawah satu fikrah (memandangkan majoriti Melayu adalah bergama Islam) tetapi disanggah oleh sekumpulan Melayu lain dengan alasan kemajmukan / kepelbagaian suku bangsa di Malaysia menghalang sistem-sistem Islam dari dilaksanakan DEMI MENJAGA PERASAAN DAN PERPADUAN DENGAN BANGSA LAIN tetapi kini dengan tanpa memperdulikan “DEMI MENJAGA PERASAAN DAN PERPADUAN DENGAN BANGSA LAIN” mereka menyeru kepada perpaduan, penyatuan dan kekuatan bangsa Melayu sahaja. Benarkah kejujuran mereka terhadap agama, bangsa dan negara ? Atau mereka terdiri dari golongan munafik yang tidak mempunyai sebarang pendirian melainkan hanya untuk kepentingan diri mereka sahaja. Renungilah Firman ALLAH dalam Surah al-Nisa’ ayat 143:
مُذَبْذَبِيْنَ بَيْنَ ذَالِكَ لاَ اِلىَ هَؤُلاَءِ وَ لاَ اِلىَ هَؤُلاَءِ
Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman).

PENYATUAN MELAYU DAN realiti

Mengapakah wahyu (al-Quran) diturunkan ? Mengapakah Rasul diutus ? Bukankah semuanya itu adalah untuk kebaikkan manusia sejagat ? Atau adakah Pencipta semesta alam ini hanya suka-suka menurukan wahyuNya atau mengutus RasulNya ? Maha suci ALLAH dari melakukan perkara yang sia-sia.
Sesungguhnya al-Quran diturunkan adalah sebagai petunjuk dan pembimbing manusia ke jalan yang benar dan hak sebagaimana dijelaskan oleh ALLAH menerusi firmanNya dalam Surah al-Baqarah ayat 2:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَ
Kitab Al-Quran itu, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
Justeru itu, hasrat dan harapan penyatuan semua bangsa khususnya bangsa Melayu mestilah bertitik tolak dari dua asas utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah (menjelaskan serta menerangkan kandungan al-Quran) kerana yang menurukan al-Quran adalah Pencipta (ALLAH yang mengetahui segala kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara) alam ini dan makhluk yang bergelar manusia atau insan, dimana bangsa Melayu turut terkandung dalam kumpulan makhluk tersebut. Lantaran itu, mengapa manusia khususnya bangsa Melayu (sebahagian) tetap menolak sistem-sistem Islam dari dipraktikan dalam semua lapangan kehidupan seharian. Atau adakah mereka beranggapan (tidak yakin-kurang keimanan terhadap ALLAH) bahawa sistem –sistem ciptaan manusia lebih baik dari sistem-sistem yang ALLAH telah ciptakan untuk manusia keseluruhanya ? Realiti yang perlu difahami adalah “Siapakah yang menjadikan alam, manusia dan seluruh bentuk kewujudan di alam ini ?”. Layakkah makhluk selain ALLAH menetapkan segala bentuk perundangan di alam ini sedangkan dia juga dicipta oleh ALLAH seperti lain-lain makhluk ? Firman ALLAH dalam Surah al-Maidah ayat 50:
اَفَحُكْمَ الْجَهِلِيَّةِ يَبْغُوْنَ، وَمَنْ اَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوْقِنُوْنَ
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

Wahyu dan PENYATUAN BANGSA.

Firman ALLAH dalam Surah al-An’am ayat 153:
وَاَنَّ هَذاَ صِرَاطِى مُسْتَقِيْماً فَاتَّبِعُوْهُ، وَلاَ تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ، ذَلِكُمْ وَصَّكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut (mengikut) jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa asas perpanduan seluruh bangsa khasnya bangsa Melayu adalah dengan menurut dan mematuhi segala ajaran dan perintah yang terkandung dalam al-Quran. Justeru itu, segala bentuk fahaman atau isme (kapitalisme, nasionalisme, pragmatisme dan lain-lain) wajib ditinggalkan kerana ia adalah punca kepada perpecahan dan perbalahan seluruh bangsa khusunya bangsa Melayu ini adalah disebabkan ketidaksempurnaan serta ketidakseimbangan yang wujud dalam fahaman-fahaman / isme-isme tersebut dalam mengatasi masalah sosial, ekonomi, pendidikan, politik, alam sekitar, kekeluargaan dan sebagainya.
Tiada pilihan, melainkan hanya dengan merujuk kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah serta mematuhi segala perintah dan larangan yang terkandung di dalamnya untuk membolehkan impian M.E.L.A.Y.U bersatu menjadi satu realiti yang nyata. Firman ALLAH dalam Surah al-Nisa’ ayat 59:
فَإِنْ تَناَزَعْتُمْ فِيْ شَيْءٍ فَرُدُّوْهُ إِلىَ اللهِ وَالرَّسُوْلِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الأَخِرِ، ذَلِكَ خَيْرٌ وَاَحْسَنُ تَأْوِيْلاً
Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 9:
وَإِنْ طَائِفَتاَنِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ اقْتَتَلُوْا فَأَصْلِحُوْا بَيْنَهُمَا، فَإِنْ بَغَت إِحْدَهُما عَلىَ اْلاُخْرَى فَقَتِلُوْا الَّتِى تَبْغِى حَتىَّ تَفِئَ إِلىَ أَمْرِ اللهِ فَإِنْ فَآءَت فَاَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالعَدْلِ وَاَقْسِطُوْا، اِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِيْنَ
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Kesimpulan.

Segala usaha dan perancangan untuk menyatupadukan Melayu samada di bawah naungan politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya akan tetap gagal selamanya kerana dibina atas dasar yang rapuh disebabkan elemen-elemen tersebut gagal memberi keadilan dan keseimbangan terhadap semua entiti melayu yang bernaung di bawahnya. Hanya satu pilihan sahaja iaitu dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya untuk membolehkan bangsa Melayu bersatu semula kerana al-Quran merupakan wahyu dari ALLAH yang Maha Mengetahui segala kekuatan dan kelemahan manusia

Sunday, July 6, 2008

Halatuju Melayu ?????

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian bagi ALLAH. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad (s.a.w), ahli keluarganya, para sahabat dan untuk yang mengikut jejak langkah mereka sehingga hari kiamat.

عن جرير بن عبد الله قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يرحم الله من لا يرحم الناس
“Dari Jarir bin Abdullah telah berkata: Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: “ALLAH tidak merahmati (mengasihani) sesiapa yang tidak merahmati (mengasihani) manusia”.




EPISOD KEGAGALAN.

Pelbagai reaksi dipertontonkan oleh rakyat kepada pemerintah sebagai protes terhadap kenaikan harga minyak yang terlampau. Namun hanya boleh diibaratkan seperti “bercakap dengan tunggul kayu” kerana tiada apa-apa perubahan yang diperolehi oleh rakyat melainkan hanya terpaksa menghadapi kenaikkan harga-harga barangan dipasaran.
Setelah 50 tahun (hampir mencecah tahun ke 51) masyarakat Malaysia telah bernaung di bawah pemerintahan parti yang berkuasa selama ini dengan mencanangkan atau mewar-warkan kejayaan yang gemilang dari kewujudan menara berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Formula One Sepang (SIC) dan Multimedia Super Coridor sehinggalah kelahiran angkasawan pertama negara serta termasuk kawasan wilayah pembangunan koridor yang masih dalam peringkat perancangan dan pembinaan sedangkan pada hakikatnya yang dibina dan dimajukan adalah lambang-lambang atau tugu-tugu kepada kesengsaraan rakyat ataupun hanya sekadar pengindahan panorama negara kerana hampir sebahagian besar masyarakat Malaysia telah kehilangan moral.
Tanpa disedari atau sengaja melupai, 50 tahun berlalu masyarakat Malaysia khususnya umat Islam hidup tanpa mempraktikan tuntutan agamanya secara sempurna. Hasilnya segala kejayaan terpaksa dibayar dengan perasaan takut, resah, gelisah dan sebagainya terhadap semua keadaan dan suasana. Kini ungkapan “Malaysia Aman dan Makmur” adalah ibarat impian Mat Jenin. Samada di utara, selatan, timur atau barat tanahair terselamatkah rakyat Malaysia dari ancaman rompakan ? pembunuhan ? penculikkan ? penipuan ? rasuah ? dan pelbagai kes-kes jenayah yang lain ?. Selain itu, sesungguhnya ayam (kais pagi makan pagi, kais petang makan petang) lebih bertuah dari sebahagian rakyat yang terpaksa mengikat perut atau berlapar untuk kesenangan orang lain. Bagai kata pepatah bahasa Pasar “Yang Ringan (senang) Jangan Gatai-Gatai Nak Jinjing, Yang Berat Lu Pikul Sendirilah”.
Meneliti kepada realiti semasa, keseimbangan yang sepatutnya berlaku dalam pembangunan negara samada dari segi politik, pendidikan, ekonomi dan sosial telah tidak berlaku. Justeru itu, Malaysia kini sedang menghadapi pelbagai permasalahan yang seolah-olah tiada jalan penyelesaianya. Sesungguhnya suasana dan keadaan realiti telah membenarkan firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat 38:
فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِّنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُوْنَ
“Kemudian jika datang petunjukKU padamu. Maka sesiapa yang mengikuti petunjukKU, sudah pasti tiada kekhuatiran (perasaan takut) dan sedih atas mereka”.

Firman ALLAH dalam Surah Taha ayat 124:
وَمَنْ اَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُ مَعِيْشَةً ضَنْكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
“Dan sesiapa yang berpaling dari peringatanKU, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit. Dan Kami akan menghimpunkanya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.


HALA TUJU RAKYAT.

Apakah tindakkan yang perlu diambil atau dilaksanakan oleh rakyat Malaysia setelah mereka ditimpa dengan pelbagai bentuk musibah ?

Menukar Perdana Menteri ?
Merupakan jalan penyelesaian jangka pendek kerana dalam tempoh 50 tahun negara Malaysia telah mempunyai 5 orang perdana menteri yang telah memperkenalkan dasar-dasar pentadbiran dan pembangunan yang berbeda-beda antara satu lain tetapi dalam masa yang sama masih tetap mengekalkan ideologi dan prinsip yang sama iaitu prinsip nasionalisme dan kapitalisme sehinggalah terhasilnya kronisme dan akhirnya sebahagian besar rakyat bumi bertuah ini masih berada ditempat dan kedudukan yang sama dalam zaman atau waktu yang berbeda.

Menukar Kerajaan.

Menyedari kepada hakikat yang telah berlaku, menukar perdana menteri bagi segala masalah dan kemelut yang dihadapi oleh rakyat Malaysia keseluruhanya adalah perbuatan yang tidak akan memberikan sebarang hasil kerana yang perlu ditukar dan dirombak adalah sistem yang dilaksanakan. Tetapi sekiranya perdana menteri atau penggantinya masih ingin mengekalkan serta meneruskan sistem sedia ada, maka layaklah bagi mereka ditukarkan dengan perdana menteri baharu yang ingin menegakkan serta mengamalkan sistem-sistem Islam dalam pentadbiran dan kehidupan. Setelah 50 tahun…….sokongan terhadap sistem ciptaan Barat dan hasilnya adalah kekecewaan selepas kekecewaan yang ditemui oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia.
Persoalan yang amat sukar diperjelaskan adalah: Mengapa umat Islam tidak mahu atau sukar untuk melaksanakan sistem-sistem Islam dalam pentadbiran dan perundangan ? Dimanakah kelemahan sistem-sistem Islam berbanding dengan sistem-sistem sedia ada atau sistem ciptaan manusia ? Walaupun mereka menyatakan bahawa diri mereka beriman kepada ALLAH, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari kiamat dan qada’ dan qadar. Benarkah keimanan mereka terhadap ALLAH atau hanya sekadar impian kosong sahaja ?.
Firman ALLAH dalam Surah al-Nisa’ ayat 123:
لَيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلاَ أَمَانِيَّ أَهْلَ الْكِتاَبِ، مَنْ يَعْمَلْ سُوْء ًا يُجْزَ بِهِ وَلاَ يَجِدْ لَهُ مِنْ دُوْنِ اللهِ وَلِيّاً وَلاَ نَصِيْراً.
(Pahala dari ALLAH) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak pula menurut angan-angan ahli kitab. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak pula penolong baginya selain dari ALLAH.


Hikmah Disebalik Kemelut.

Keterbatasan akal merupakan penghalang utama kepada manusia untuk mengetahui segala hikmah yang telah diciptakan ALLAH. Antara hikmah-hikmah yang mampu diketengahkan oleh penulis adalah seperti berikut:

Keinsafan.
Segala bentuk musibah yang menimpa manusia samada sesuatu musibah itu besar atau kecil adalah bertujuan untuk membolehkan manusia kembali insaf serta menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan. Firman ALLAH dalam Surah al-Rum ayat 41:-
ظَهَرَ اْلفَسَادُ فِي اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِى عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ
Telah timbul pelbagai kerosakkan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan-balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Musibah (penyakit sosial, politik, ekonomi-harga minyak-, pendidikan) yang menimpa hari ini adalah balasan terhadap kekufuran (tidak mahu mempraktikan ajaran Islam secara keseluruhan) terhadap nikmat yang ALLAH.
Firman ALLAH dalam Surah al-Nahl ayat 112:-
وَضَرَبَ اللهُ مَثَلاً قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُّطْمَـئِـنَّةً يَأْتِيْهَا رِزْقُهَا رَغَداً مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللهِ فَأَذَاقَهَا اللهُ لِبَاسَ الْجُوْعِ وَاْلخَوْفِ بِمَا كَانُوْا يَصْنَعُوْنَ
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.


Kesedaran.
Kesedaran adalah bermaksud untuk menggerakan atau mengejutkan kembali para cendiakawan Islam yang telah terleka, terlalai dan terseleweng agar kembali menyeru seluruh manusia ke jalan yang diredhai ALLAH sebelum musibah bertukar menjadi bala bencana yang lebih besar. Firman ALLAH dalam Surah al-Anfal ayat 25:-
وَاتَّقُوْا فِتْنَةً لاَّ تُصِيْبَنَّ الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوْا اَنَّ اللهَ شَدِيْدُ اْلعِقَابِ
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Kesabaran.

Mendidik sifat sabar dan redha terhadap ketentuan ALLAH. Firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat 155:-
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَاْلجُوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ اْلاَمْوَالِ وَاْلاَنْفَسِ وَالثَّمَرَاتِ، وَبَشِّرِ الصَّابِرِيْنَ
Demi sesungguhnya. Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda, jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Sandaran Harapan.
50 tahun berlalu, segala sandaran harapan untuk hidup dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera hanyalah palsu semata-mata. Cukuplah sekadar realiti kehidupan masa kini menjelaskan dan menceritakan segala apa yang terjadi terhadap harapan yang diimpikan. Kini umat Islam perlu sedar dan mengerti untuk kembali meletakkan sandaran harapan kepada ALLAH kerana Dialah satu-satunya yang mampu menjamin keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Sesungguhnya ALLAH tidak akan memungkiri janji-janjiNya sama sekali. Firman ALLAH dalam Surah al-Ahzab ayat 17:
قُلْ مَنْ ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُم مِّنَ اللهِ إِنْ اَرَادَ بِكُمْ سُوْءاً اَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً، وَلاَ يَجِدُوْنَ لَهُمْ مِّنْ دُوْنِ اللهِ وَلِيّاً وَلاَ نَصِيْراً
Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? ” Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
Firman ALLAH dalam Surah al-Fatir ayat 2:
ماَ يَفْتَحِ اللهُ لِلناَّسِ مِنْ رَّحْمَةٍ فَلاَ مُمْسِكَ لَهاَ، وَماَ يُمْسِك فَلاَ مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kesimpulan.
Tiada jalan atau pilihan kedua selain dari kembali menyakini serta mengimani kekuasaan ALLAH dengan cara melaksanakan segala perintah dan dan meninggalkan segala laranganNya untuk kembali memperolehi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan. Renungilah firman ALLAH dalam Surah al-A’raf ayat 96:
وَلَوْ اَنَّ اَهْلَ اْلقُرَى ءَامَنُوْا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْناَ عَلَيْهِمْ بَرَكاَتٍ مِّنَ السَّماَءِ وَاْلاَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوْا فَأَخَذْنَهُمْ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Friday, July 4, 2008

Perintis Perjuangan Rakyat




















UNTUK penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah 'Aqidah dan Perjuangan' oleh Ustaz Fadzil Noor yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca. -->
Lapan tahun Presiden PAS, dan Ketua Pembangkang yang berkaliber Dato' Fadzil Mohd Noor sudah pergi meninggalkan kita.
Lapan tahun itu sebenarnya masih terlalu muda kerana hanya minggu lalu kita mengecapi 'kejayaan' yang sebetulnya dirintis oleh almarhum. Tanpa menafikan Anwar Ibrahim sebagai pemangkin kejayaan Barisan Rakyat baru-baru ini, ustaz Fadzil Noor adalah insan yang pertama memungkinkannya.
Buat mereka yang masih muda dan tidak pernah mendengar nama beliau, ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama? terkenal di Kedah asal Patani.
Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Semasa memimpin ABIM, 'aspirasi rakyat yang baru kita kenal manisnya 8 Mac lalu' telah pun diharung dengan penuh kepahitan oleh Ustaz Fadzil Noor.
Sebelum Tian Chua, Mohamad Sabu, dan pimpinan Hindraf pandai berdemonstrasi ustaz Fadzil telah turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974. Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.
Al-marhum telah menjadikan perjuangan membela rakyat sesuatu yang sebati. Dan itu bukan hanya kata-kata kerana Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis. Kalau tidak silap saya hujung tahun 1970an, ketika beliau sedang berucap dalam suatu majlis ceramah di Kg Seberang Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.
Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya. Beliau tidak lain tidak bukan adalah aspirasi dan inspirasi pimpinan Barisan Rakyat hari ini yang beria-ia memperjuangkan perhimpunan aman di bawah satu sistem demokrasi yang adil.
Oleh kerana kedegilan Ustaz itu polis telah menahannya berserta penceramah lain. Mereka bermalam di lokap. Dan penangkapan itu telah meledakkan kemarahan di Kuala Trengganu jauh lebih lama sebelum berlaku peristiwa Batu Buruk tahun lalu.
15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu bagi mendesak pemimpin mereka dibebaskan segera. Hasil perundingan dengan pihak polis Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.
Beliau juga ditahan oleh pihak polis dalam satu ceramah di Jerlun, Kedah. Seingat saya ia berlaku ketika peristiwa pertelingkahan antara pimpinan PAS dan UMNO mengenai Muassasah Darul Ulum. Ustaz Fadzil Noor telah ditahan semasa berceramah bersama-sama YDP PAS Kawasan Jerlun pada waktu itu, dan dikenakan ikat jamin. Kes tersebut dibawa ke mahkamah tetapi digugurkan setengah jalan berikutan kematian Hj. Shaari.
Mengapa saya katakan Ustaz Fadil sebagai perintis kemenangan rakyat 8 Mac lalu?
1. Barisan Rakyat Mendapat Semangat Beliau
Tatkala Tuan Guru Yusof Rawa uzur dan terpaksa melepaskan jawatan Yang Dipertua PAS, Ustaz Fadzil Noor telah memikul beban paling besar, mara ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan di tengh-tengah tragedi Memali. Dalam sejarah kebangkitan rakyat bagi konteks Malaysia (yang dikecapi manisnya generasi baru 8 Mac lalu), peristiwa Memali adalah suatu peristiwa hitam yang merupakan penindasan kuasa angkuh.
Sebagai antara pembantu Prof Zulkifli Muhammad sebelum itu ustaz sudah pun secara terbuka menerima idea PAS bersekutu dengan kaum-kaum bukan Melayu. Kita semua tahu Prof Zulkifli adalah pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.
Dengan idea dan wawasan ustaz Fadzil lah maka beliau menggerakkan pakatan CCC, di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam. Barisan Rakyat yang disifatkan oleh Haji Husam sebagai buta warna (kerana rakyat tidak mengira apa ia merah, hitam atau hijau) 8 Mac lalu beroleh manfaatnya dari kerja-kerja awal ustaz inilah.
2. Kebijaksanaan Politik Melampaui Zaman
Idea tahaluf siyasi adalah suatu kebijaksanaan politik yang dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor di mana beliau menunjukkan contoh dengan mewujudkan pakatan bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.
Kalau tidak kerana tahaluf siyasi ini, hampir sukar untuk PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 dan menguasainya sehingga 8 Mac lalu.
Kebijaksanaan politik beliau jugalah yang membolehkan gejala reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dicetuskan. Jika pemimpin PAS tidak campur tangan serta terlibat 'membantu' Anwar Ibrahim, sukar untuk Anwar mendapat momentum reformasi yang terus ditunggangnya sehingga 2008.
Ini menunjukkan Ustaz Fadzil memilih essence Islam iaitu membantu dan menghulur tangan kepada 'golongan yang tertindas'. Tanpa mengendahkan suara-suara bantahan dalam PAS yang resah, bimbang, dan gerun dengan hubungan akrab Anwar dengan 'Amerika Syarikat', ustaz Fadzil melakukan tindakan nekad, iaitu melihat masa depan dari konteks tempatan.
Ustaz Fadzil adalah orang yang menubuhkan GERAK, dan dengan GERAK itulah beliau merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru. Waktu itu, Anwar sudah berada di dalam penjara.
Wan Azizah 'terkontang-kanting' untuk menjaga momentum reformasi yang makin merosot menjelang turunnya Mahathir. Jika tidak kerana ustaz Fadzil yang merintis kerjasama ini, Parti Keadilan sudah lama hanyut dan berkubur. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar. Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.
Dalam Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:
"Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini"
Kerjasama Parti Keadilan dan PAS, membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada pilihanraya 1999. Kebijaksanaan tersebut membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu.
Juga kebijaksanaan ustaz telah melunakkan imej Islam sehinggakan YB Tian Chua yang ketika itu merupakan Naib Pengerusi Keadilan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting pernah berkata pada tahun 2001 bahawa tidak akan adanya ISA dalam sebuah negara Islam ? menyarankan bahawa negara Islam adalah serasi sepenuhnya dengan demokrasi, kemajmukan, hak asasi manusia, hak wanita, kepelbagaian budaya, pembangunan dan pemodenan.
3. Pemimpin Tidak Lupa Sejarah
Sebagai pemimpin yang bijak pendekatan tahaluf siyasi yang dikemukakan oleh Ustaz Fadzil Noor itu sebenarnya tidak terbit dari vakum. Ia adalah kerana kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa, pimpinan sebelumnya.
Tiada siapa dapat menafikan Tuan Guru Yusof Rawa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membuka ruang bagi pemimpin pelapis PAS dengan gagasan 'pakatan politik untuk memenangkan dakwah dan politik Islam' ini. Idea persekutuan dengan kaum Cina sehingga tertubuhnya CCC adalah hasil sokongan Tuan Guru Yusof Rawa.
Mengambil kira itu, Ustaz Fadzil Noor seorang pimpinan yang merenung sejarah dengan tekun di mana beliau tahu juga PAS adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol. Hizbul Muslimin adalah usaha Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Ustaz Fadzil tahu keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang bertanggungjawab merintis pelbagai tahaluf siyasi menerusi PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya dijadikan model baru bagi perjuangan PAS yang telah diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.
Ustaz Fadzil juga sedar beliau harus meminjam keberanian Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam sebuah gerakan bernama PUTERA. Gerakan PUTERA ini berusaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
Idea PUTERA inilah yang memberi ilham kepada Ustaz Fadzil Noor untuk mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, iaitu ISA. Jika tidak kerana apa yang dirintis oleh PAS ini, Bersih, gerakan untuk memberi kuasa kepada rakyat bagi menentang ketidakadilan dan penyewengan demokrasi belum tentu menjadi kenyataan. Bersih kemudiannya menjadi Barisan Rakyat yang menghukum parti tertentu dalam pilihanraya baru-baru ini.
4. Menjadikan Poros Islam Political Force
Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno satu masa dahulu menjadi luka buat penyokong gerakan Islam. Peranan mengenengahkan Islam itu terpaksa diambil alih oleh Ustaz Fadzil Noor.
Menyedari itu, PAS dibawah ustaz Fadzil juga menyedari bahawa untuk menjadikan Islam relevan di dalam masyarakat majmuk, inti pati Islam lah yang perlu diketengahkan. Falsafah dan bumbu Islam yang universal dan sentiasa munasabah sepanjang zaman perlu dijunjung.
Ustaz Fadzil adalah insan yang bertanggungjawab meminggirkan suara-suara Islam legalitas yang berwajah wahabi dengan penuh bijak untuk menjuarai Islam aktual berteraskan waqi atau keadaan setempat. Beliau telah bertanggungjawab untuk bersetuju Manifesto Bersama Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999.
Untuk itu PAS bersetuju menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan Barisan Alternatif kerana: a. Tidak berbangkit soal negara Islam dalam Manifesto; b. Tidak boleh memaksa ideologi PAS ke atas rakan dalam pakatan; c. Dalam komposisi rakyat negara ini, tidak ada parti boleh memerintah secara bersendirian; dan e. PAS perlu berkerjasama dengan rakan pakatan BA atas perkara- perkara yang sudah dipersetujui.
PAS telah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan soal keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya sebagai agenda utama untuk perjuangan pakatan Barisan Alternatif.
Tidak ada kebijaksanaan dan keberanian Datuk Fadzil Noor yang dapat ditandingi oleh pemimpin Barisan Rakyat hari ini. Beliau telah melihat dengan bijak bahawa retorik dan cogan kata tidak penting tetapi 'isi'lah yang menjadi keutamaan.
Dengan persefahaman untuk memperjuangkan keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya bersama DAP; parti kiri berteras kaum itu secara tiada sedar telah menerima essence Islam. DAP 'diasuh' memahami yang negara Islam secara praktiknya adalah negara berkebajikan yang berteras agama, yang agama itu pula membela hak asasi dan menyebelahi golongan tertindas.
Penutup
Perjuangan PAS dan Ustaz Fadzil Noor dalam menggerakkan pemurnian semula penyelewengan demokrasi termasuk pelbagai akta yang menyekat dan mencabul hak asasi rakyat di negara ini adalah tunggak kejayaan rakyat baru-baru ini.
Rakyat yang melakukan perubahan 8 Mac lalu mesti kenal bapa kebangkitan ini: Ustaz Fadzil Noor. Pemimpin yang ada sekarang, baik sebesar manapun beliau hanyalah penerus sahaja. Tanpa usaha al-marhum ustaz, hampir tidak terfikir Barisan Rakyat berada di kedudukan ini.
Untuk jasa dan sumbangan ustaz Fadzil Noor kerana menggerakkan barisan rakyat, yang hasilnya dituai oleh sebahagian besar rakyat pada 8 Mac lalu, moleklah jika pembaca beragama Islam menghadiahkan al-fatihah untuk al-marhum./wannordin