Monday, October 7, 2013

Ada Yang Pasti Berlaku Didepan Kita Sebenarnya Sudah Diberitahu ???

Ketika Kafir Quraisy menjejaki Rasululllah SAW & Abu Bakar RA . Suraqah Bin Malik RA telah berjaya mengesan tiga orang sedang berjalan. Namun Demikian Allah SWT telah menyelematkan Rasullah SAW . Dima ketika Suraqah cuba memanah tiba-tiba tangannya menjadi kaku, sedikitpun tak dapat digerakkan. Kaki kudanya terbenam pasir. Debu-debu berterbangan di sekitarnya, membuat matanya kabur dan tak dapat melihat. Dicuba memaksa kudanya tetapi sia-sia saja. Kaki kudanya melekat di padang pasir seakan dipasak. Dalam keadaan panik, Suraqah akhirnya menjerit, “Tolong, berdoalah kepada Tuhan kalian, supaya Dia melepaskan kaki kudaku. Aku berjanji tidak akan mengganggu kalian!” Rasulullah menoleh, tersenyum, dan berdoa. Sungguh menakjubkan, kaki kuda Suraqah bebas dari cengkaman pasir. Suraqah merasa heran dan kagum. Namun rasa tamak yang telah menguasai dirinya membuatkan ia melupakan janjinya. Secara tiba-tiba ia meluru depan mahu mengejar Rasulullah SAW semula. Malang baginya, kaki kudanya terbenam lagi, bahkan lebih parah dari tadi. Rasa takut menguasai hatinya. Ia segera memohon belas kasihan kepada Rasulullah SAW. “Ambillah bekalanku, harta, dan senjataku. Aku berjanji, demi Allah, tidak akan mengganggu kalian lagi,” ucap Suraqah. “Kami tidak perlukan hartamu. Jika kamu menyuruh setiap orang yang hendak mengejar kami supaya kebali, itu sudah cukup bagi kami,” jawab Rasulullah SAW. Rasulullah lantas berdoa, dan bebaslah Suraqah dan kudanya. “Demi Tuhan, saya tidak akan mengganggu tuan-tuan lagi. Aku akan menyuruh setiap orang yang berusaha mengejar kalian supaya pulang nanti,” janji Suraqah seraya berpatah balik. “Apa yang engkau kehendaki dari kami?” tanya Rasulullah SAW. “Demi Allah, wahai Muhammad, saya yakin agama yang engkau bawa akan menang dan kekuasaan engkau akan tinggi. Berjanjilah padaku, apabila aku datang menemuimu nanti, sudilah engkau bermurah hati padaku.” “Hai Suraqah, bagaimana jika pada suatu waktu engkau memakai gelang kebesaran Kisra?” tanya Rasulullah SAW. “Gelang kebesaran Kisra bin Hurmuz?” cetus Suraqah hairan. “Ya, gelang kebesaran Kisra bin Hurmuz!” “Tuliskanlah itu untukku.” Rasulullah menyuruh Saiyidina Abu Bakar RA menulis pada sepotong tulang, lalu beliau memberikan tulang itu kepada Suraqah. Setelah yakin Rasulullah dapat meneruskan perjalanannya dengan aman, Suraqah kembali pulang. Di tengah jalan ia berpesan kepada orang-orang yang hendak mengejar Rasulullah SAW. “Kembalilah kalian semuanya! Telah kuperiksa seluruh tempat dan jalan-jalan yang mungkin dilaluinya. Namun aku tidak menemukan Muhammad itu! dan kalian semua tidak secekap aku dalam mencari jejak!” Jerit Suraqah kepada mereka. Dengan kecewa, orang-orang itu membatalkan niatnya. Sementara Suraqah tetap merahsiakan pertemuannya dengan Rasulullah SAW. Setelah ia yakin benar Rasulullah SAW telah tiba di Madinah, barulah ia membuka rahsia itu. Mendengar cerita Suraqah, Abu Jahal tersangat marah dan menjerit, “Pengecut! Tak tahu malu! Engkau benar-benar bodoh!” teriak Abu Jahal. “Hai Abul Hakam! Demi Allah, kalaulah engkau mengalami peristiwa yang kualami ketika kaki kudaku terbenam ke dalam pasir, engkau akan yakin dan tak akan ragu sedikit pun, bahwa Muhammad itu benar-benar utusan Allah. Baiklah, siapa yang sanggup menentangnya, silakan!” sahut Suraqah tak mau mengalah.
Hari terus berganti.
Sepuluh tahun kemudian, Rasulullah yang dulunya meninggalkan kampung halamannya berjaya kini menawan kota Mekah, kota kelahirannya. Saat itulah, para pembesar Quraisy yang selama ini memusuhinya, datang menghadap dengan kepala tunduk. Rasa takut dan cemas memenuhi hati mereka. Keinginan mereka hanya satu: Mohon belas kasihan dan mengharapkan kemaafan Rasulullah SAW dan menyakini baginda bukanlah pendendam, kerananya mereka semua dilepas dan dimaafkan. “Pergilah, kalian semua bebas,” ucap Rasulullah.
Beberapa saat kemudian, datang seorang lelaki dengan menunggang kuda. Ia ingin sekali menemui Rasulullah SAW. Lelaki itu adalah Suraqah yang ingin menyatakan imannya di hadapan Rasulullah SAW langsung. Tidak lupa dia membawa sepotong tulang bertuliskan perjanjian Rasulullah SAW kepadanya sepuluh tahun yang lalu. Suraqah berjaya menemui Rasulullah SAW di Ja’ranah, di perkemahan pasukan berkuda bersama kaum Ansar. Tetapi orang-orang yang ada di sekeliling perkemahan itu tidak mengizinkan Suraqah untuk menghampiri baginda. Bahkan di antara mereka ada yang memukulnya dengan belakang tombak.
“Berhenti! Berhenti! Hendak ke mana engkau?” Halang mereka.
Suraqah diam saja. Pukulan dan usaha para sahabat untuk menghalanginya tidak dihiraukan. Ia terus mendesak di antara mereka hingga rapat dengan Rasulullah SAW yang sedang duduk di atas unta. Sebaik sahaja Rasulullah SAW melihatnya, Suraqah segera mengangkat tulang yang dipegangnya.
“Wahai Rasulullah, saya Suraqah bin Malik. Dan inilah tulang bertuliskan perjanjian engkau kepadaku dahulu.”
“Mari ke sini wahai Suraqah! Hari ini adalah hari menepati janji!” sahut Rasulullah SAW. Di hadapan Rasulullah, Suraqah mengikrarkan keislamannya. Tak lama kemudian, hanya dalam waktu lebih kurang sembilan bulan sesudah keislamannya, Rasulullah SAW kembali menemui ilahi. Semua sahabat bersedih, begitu Suraqah. Bayangan masa lalunya muncul, ketika ia hendak membunuh Rasulullah SAW yang mulia, hanya karena tamakkan seratus ekor unta. Sedangkan sekarang andaikata seluruh unta di muka bumi dikumpulkan untuknya, tiadalah berharga dibanding hujung kuku Nabi SAW. Tanpa disedarinya, dia mengulangi ucapan Rasulullah SAW kepadanya, “Bagaimana, hai Suraqah, jika engkau memakai gelang kebesaran Kisra?”
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, umat Islam dipimpin oleh Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Tetapi, hingga Saiyidina Abu Bakar wafat Suraqah belum memperolehi janji Rasulullah SAW kepadanya kerana memang Farsi belum ditakluki. Namun Suraqah tidak pernah ragu, suatu waktu janji itu pasti terbukti. Ya, diakhir zaman Khalifah Saiyidina Umar bin Khattab, tentera Islam berjaya mengalahkan kerajaan Farsi.
Beberapa utusan panglima Sa’ad bin Abi Waqqash yang telah menakluk Farsi tiba di Madinah. Selain melaporkan kemenangan-kemenangan yang dicapai tentera Muslim, mereka juga menyimpan seperlima harta rampasan perang yang diperolehi selama mereka berjuang menegakkan kalimatullah.
Khalifah Umar terpegun melihat timbunan rampasan perang itu. Ada mahkota raja-raja, pakaian kebesaran kerajaan bersulam, dan lain-lain harta benda yang sangat indah. Khalifah menguis-nguis timbunan harta itu dengan tongkatnya. Kemudian berpaling kepada orang-orang yang berada di sekitarnya lalu berkata, “Alangkah jujurnya orang-orang yang menyimpan semua ini.”
Ali bin Abi Thalib yang turut ada ketika itu menyahut, “Wahai Amirul Mukminin, oleh kerana engkau jujur maka rakyat pun jujur juga. Tetapi jika engkau khianat, maka rakyat akan khianat pula.”
Ketika itu, Khalifah Umar mengambil dua gelang kebesaran Kisra dan menyerahkannya kepada Suraqah bin Malik. Saat itulah Suraqah teringat kembali janji Rasulullah kepadanya. Setelah menanti sekian lama, janji itu terbukti akhirnya.
Ya, Rasulullah adalah Sodiqul Masduq, yang benar lagi dibenarkan. Apa yang disabda baginda, pasti berlaku. Faktor masa saja yang menentukannya. Banyak sabda-sabda baginda yang telah berlaku. Antaranya ialah biasa kita baca di dalam kitab hadis tanda-tanda kiamat ialah orang-orang yang berjalan ‘kaki ayam’, mengembala kambing, tiba-tiba berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Sebahagian besar pemilik-pemilik bangunan hotel-hotel yang banyak di Mekah ini asalnya adalah kaum Badwi pengembala kambing. Malah pemerintah kerajaan Saudi sekarang asalnya kaum Badwi.Satu Yang paling penting adalah Islam Pasti kembali gemilang dia khir zaman.Persoalaanya Ia pasti terjadi tapi siapa yang mengerakkannnya ? Jadi bersamalah kita berpegah kukuh pada AlQuran & Sunnah .InsyaAllah kita pasti tergolong sebagai pejuang Agama Allah di akhir zaman sekiranya perjuangan kita ikhlas dan berasaskan ilmu yang sohih.

Friday, October 4, 2013

BATERRY HISTORY


Anda menyaksikan cip pemprosesan hadir dengan versi baru setiap tahun yang lebih laju dan berkuasa tinggi malah berkos efektif memberi kesan kepada pelbagai peranti di dunia seperti komputer, telefon sehinggakan sistem pelayan sekalipun.

Namun evolusi bateri kurang popular berbanding evolusi cip pemprosesan sehinggakan kepentingan bateri seakan-akan dilupakan meskipun ia perkakasan penting bagi kebanyakan peranti mudah alih yang wujud di dunia sekarang.


Benjamin Franklin mempopularkan istilah bateri

Mengimbau sejarahnya, bateri menjadi ‘senjata’ penting yang turut diiktiraf antara teknologi tercanggih pada abad ke-19 apabila ia menjadi sumber utama kuasa elektrik bagi menggerakkan mesin seperti generator.

Sememangnya kemajuan produk elektrikal juga memperlihatkan teknologi bateri bergerak seiring evolusi yang ketika itu mempunyai teknologi seperti telegraf serta telefon memerlukan kuasa mengoperasikannya.

Namun, adakah anda tahu teknologi bateri sudah ditemui sejak berkurun lamanya apabila sejenis bateri dinamakan Bateri Baghdad atau turut dikenali sebagai Bateri Parsi ditemui dalam salah satu artifak yang dijumpai pada zaman Mesopotamia.


Lakaran bateri Baghdad.

Ketika itu, dinasti Iran melalui Parsi dan Sassanid menguasai Timur Tengah sebelum kedatangan AD.

Istilah AD yang digunakan dalam kalendar Gregorian adalah perkataan Latin iaitu ‘Anno Domini’ yang bermaksud ‘Dalam Tahun Tuhan Kami’. Ada kalanya label CE (Common Era atau Christian Era) digunakan pada akhiran sesuatu tahun seperti 1960 AD atau CE.

Selepas beberapa kerja penggalian, arkeologi Jerman, Wilhelm Konig menemui satu balang di Kampung Khujut Rabu di Baghdad, Iraq pada 1938 yang mempunyai rekaan bulat panjang dengan batang logam lurus mengelilingi tembaga.


Bateri dalam gelas yang digunakan suatu ketika dulu.

Sesetengah saintis berpendapat penemuan terbabit adalah sel galvanik yang berusia 2,000 tahun memberikan kuasa elektrik rendah untuk memberi kuasa kepada bahan tertentu.

Prosedur pembangunan bateri dikatakan meletakkan plat tembaga dengan diselaputi tembaga sulfat serta serbuk zink dan ditutup merkuri yang menghasilkan tindak balas kimia bagi positif serta negatif menghidupkan cas elektrik.

Pada 1749, Benjamin Franklin yang juga bapa penemuan Amerika Syarikat menggunakan istilah bateri untuk memberi perincian kepada kapasitor digunakan beliau dalam salah satu eksperimen elektriknya.

Bateri mengandungi beberapa komponen penting termasuk penyimpan kuasa, katod, pembahagi, anod, elektrod, elektrolit dan penyimpan.

Biasanya, penyimpan kuasa adalah bahagian luar yang diselaputi besi melindungi bahan menghasilkan katod iaitu sebahagian daripada tindak balas kimia hasil campuran mangan dioksida dan karbon.

Katod terhasil apabila elektrod yang melalui tindak balas kimia elektrokimia dikurangkan pada kadar tertentu.

Bahan tertentu yang memisahkan beberapa elektrod menjadi pemisah utama sebelum anod dimuatkan di bahagian tengah bateri yang mengandungi besi zink terhasil selepas elektrod dioksidakan.

Elektrod yang juga hasil tindak balas elektrokimia itu adalah proses yang sering berlaku dalam bateri bagi mengalirkan kuasa.

Kemudian, wujudnya teknologi elektrolit mengandungi potasium hidroksida dalam air yang juga menjadi perantara bagi ion bergerak dalam sel membawakan ionik sebagai kuasa.

Sebatang pin kecil pula menjadi laluan utama dalam penyimpan yang menyalurkan kuasa bateri terus ke peranti elektrik.

Tindak balas kimia terjadi apabila anda memasukkan bateri dalam peranti mudah alih untuk memulakan operasi sirkit.

Elektrolit mengoksidakan zink berkuasakan anod manakala mangan dioksida mencampurkan tindak balas dengan zink yang dioksidakan tadi bagi menghasilkan kuasa elektrik.

Penyimpan akan mengesan sirkit luaran sebelum menyalurkan kuasa elektrik ke peranti elektronik seperti telefon dan lampu suluh anda.

Terdapat dua jenis teknologi bateri iaitu sekali guna dan boleh cas.

Alkaline antara bateri yang popular.

Kebiasaannya, bateri sekali guna hanya boleh dipakai sekali saja dan perlu ditukar selepas ia kering termasuk alkalin, zink karbon, litium dan zink perak dan zink udara.

Bateri boleh dicas termasuk nikel hidrid (NiMH), nikel kadmium (NiCD), ion litium (Li Ion) dan Sealed Lead Acid (SLA).

Jika anda perasan, Li Ion adalah bateri yang sering digunakan dalam telefon pintar dan perkomputeran membekalkan kuasa mencukupi bagi tempoh tertentu.

Bateri laptop yang besar menyalurkan tenaga lebih banyak.

Apabila bertambahnya peranti mudah alih seperti laptop, telefon pintar, pemain MP3 dan pelbagai peranti lain, ia secara tidak langsung memerlukan pertambahan bateri berkuasa tinggi.

Kalau dilihat pada permintaan telefon pintar misalnya, pengguna dan vendor sendiri mahu memasarkan produk yang memerlukan kuasa bateri lebih tinggi.

Daripada hanya 500mAh, pengguna kini pasti memerlukan tenaga yang sekurang-kurangnya memerlukan kuasa 2,500mAh.

Tetapi, anda kini mempunyai kuasa bateri telefon pintar bersaiz melebihi 5.3 inci dengan kapasiti melebihi 3,200mAh.

Ini bermakna, pembekal bateri perlu menyediakan reka bentuk yang bersesuaian untuk menyimpan ribuan tenaga dalam bateri.

Secara logiknya, lagi besar bateri terbabit, lebih besar kuasa yang ditawarkan, jadi permintaan telefon bersaiz besar sebenarnya menguntungkan syarikat pengeluar bateri apabila mereka mampu menawarkan lebih kuasa.

Cuma, masalahnya kini bergantung kepada saiz bateri yang perlu dinipiskan.

Baru-baru ini, penyelidik di Universiti Illinois mendakwa mereka berjaya membangunkan teknologi bateri jenis Li Ion yang mampu memberikan 2,000 kali kuasa berbanding mana-mana bateri Li Ion konvensional sekarang.

Evolusi melalui pembangunan super kapasitor dalam bateri dikatakan mampu menyediakan sejumlah tenaga yang banyak.

Penyelidik di universiti terbabit mendakwa kuasa bateri baru boleh menyalurkan kuasa 30 kali lebih pantas dan mampu dicas 1,000 kali lebih baik berbanding Li Ion biasa hanya selepas mengubah kaedah kuasa disalurkan dalam super kapasitor itu.

Teknologi baru memungkinkan penyelidik memasukkan stuktur katod dan anod baru yang menghasilkan bahan lebih baik berbanding kaedah lama.

Untuk merealisasikan hasrat ini, penyelidik membangunkan teknologi polistrin dalam abstrak gelas, nikel yang sudah dielektrodeposit kemudian menukar anod dan mangan dioksida dimampatkan bersama katod.

Evolusi bateri

1748 – Benjamin Franklin mempopularkan perkataan bateri untuk memperincikan plat gelas yang dicas.

1780 hingga 1786 – Luigi Galvani menunjukkan aliran elektrik dalam bateri.

1800 – Alessandro Volta mencipta Voltaic Pille yang juga kaedah pertama mengalirkan elektrik menggunakan zink dan tembaga.

1836 – Selepas Volta tidak berjaya menghasilkan kuasa yang lama menggunakan Voltaic Pille, John F Daniel mencipta sel Daniel yang memberikan sejumlah 1.1 voltan kuasa untuk mengoperasikan mesin seperti telegraf.

1839 – William Robert Grove mencipta sel minyak pertama yang membolehkan kuasa bateri menggunakan hidrogen dan oksigen.

1839 hingga 1842 – Beberapa pencipta cuba memperbaharui bateri yang menggunakan cecair elektrod untuk menghasilkan elektrik. Hanya ciptaan Bunsen (1842) dan Grove (1839) saja yang menampakkan kemajuan.

1859 – Pencipta Perancis, Gaston Plante membangunkan bateri yang boleh dicas semula. Bateri terbabit kini digunakan dalam kenderaan!

1866 – Sel Zink Karbon Leclanche dipatenkan oleh jurutera Perancis, Georges Leclanche yang digunakan dalam kenderaan.

1881 – JA Thiebaut mempatenkan bateri pertama yang memuatkan zink dan elektrod dalam satu port.

1899 – Waldmar Jungner mencipta bateri boleh cas nikel kadmium pertama.

1901 – Thomas Alva Edison (Pasti anda kenal!) mencipta bateri alkalin pertama.

1949 – Lew Urry memperbaharui bateri alkalin dengan campuran mangan dan bekerjasama dengan syarikat Eveready Battery Co.

1954 – Tiga individu, Gerald Pearson, Calvin Fuller dan Daryl Chapin berjaya mencipta sel solar untuk bateri.

1964 – Syarikat bateri popular, Duracell ditubuhkan