Monday, September 23, 2013

Cetusan Untuk PAS Yang ku sayangi...

Terus Terang sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya agak kurang berminat bercakap soal khilafiah termasuk isu-isu politik kepartian,Namun bila terdengar bunyi suara kontra mengenai resolusi ulamak PAS di kedah terdetik rasa ingin mengetahui isinya.
1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dgn lebih berkesan sebagai pemimpin politik yg menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.
2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerakerja, antaranya ;
i- mengukuhkan gerakerja tarbiyah
ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yg menjadi tunjang utama kepada PAS.
iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan
3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yg merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam.
4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada Pas Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi pru 13 untuk lonjakan pru 14.
5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.

7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.
6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kpd semua kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulamak haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.
8. Multaqa Ulamak Se Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.

Bila difahami terung-terang saya katakan bahawa resolusi ini di usulkan atas kefahaman dan rasa tangungjawab keatas perjuangan Islam.Namun demikian dari konteks politik tanahair ianya mempunyai banyak kelompongan yang boleh dipertikaikan samada pemimpin maupun penyokong.
Soalnya mengapa jadi begini ? Jawabnya Kebiasannya kita banyak bercakap tapi kurang amalnya.20 tahun lalu PAS tidak ramai penyokong namun Tarbiyyahnya mantap.Kini penyokong ramai tapi adakah mereka sokong atas kefahaman ?
Adalah satu yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya sebuah jemaah Islam takut kehilangan sokongan dari mencari mardhatillah ? Jemaah Islam kuat kerena kekuatan iman dikalangan pendokongnya melalui gerakerja Dakhwah seperti di tunjukki Nabi SAW.Namun sebuah parti politik kuat bila berjaya meyakinkan kemampuan sesebuah parti memenuhi kehendak pengundi.
Kesimpulannya resolusi & ceramah-ceramah semata tidak mampu mengubah sesuatu kefahaman ummah.Namun perlu kepada gerakkerja dakhwah.Usaha ziarah dan pembinaan para pendakwah yang melakukan gerakkerja tanpa menghirau upah merupakan kekuatan perjuangan Islam.Hari ini biasa kita dengar suara tentang kalangan pendakhwah yang meletakkan bayaran tertentu untuk ilmu diberi dan betapa usaha ziarah hanya dilakukan jemaah tertentu sahaja.Bahkan lebih teruk ada menyatakan orang PAS hanya melakukan ziarah untuk MUSIM PANCING UNDI sahaja.Kita mungkin sudah terlalu jauh dengan Rasulullah SAW namun di kurun ini kita dapat melihat bagaimana Imam Hassan Al Banna dan pendokongnya dapat membina kekuatan Ikhwan Muslimin melaui usaha ZIARAH .Bak kata Orang tua-tua.Cakap banyak tak guna.Jom Bersama kita bina kekuatan Dakhwah melalui cara yang ditunjukki Rasulullah SAW dan para sahabat rhum.

Friday, September 20, 2013

Iktibar Kisah Thalut Lawan Jalut

"Peristiwa ini berlaku sewaktu pimpinan Bani Israil, yakni selepas kewafatan Nabi Musa a.s. Bani Israil adalah suatu kaum yang mempunyai ramai nabi-nabi, di dalam sejarah mereka yang panjang.

Pada suatu ketika, para pembesar dan cerdik pandai Bani Israil telah berkumpul dan menemui nabi mereka (tidak disebut nama nabi itu di dalam al-Qur’an) supaya dapat melantik seorang raja/pemimpin yang dapat menentang Jalut dalam peperangan fi sabilillah.

“Apakah tidak kamu melihat kepada pemimpin-pemimpin dari Bani Israil selepas Musa wafat, ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka: Angkatlah untuk kami seorang raja agar kami dapat berperang fi Sabilillah” – al-Baqarah:246

Permintaan untuk perang Fi Sabilillah ini menggambarkan seolah-olah timbul kesedaran keimanan di dalam jiwa mereka. Sekaligus menunjukkan mereka menganut agama Allah yang benar dan musuh mereka adalah bathil, sesat dan kafir.

Kemudian nabi mereka ingin memastikan sejauh manakah keazaman dan kekukuhan niat mereka untuk melaksanakan tugas berat ini. Juga ketaatan mereka kepada kata-kata seorang nabi sepertinya.

“Kata (nabi mereka); Apakah mungkin jika kamu diwajibkan berperang bahawa kamu tidak mahu berperang?” – al-Baqarah:246

Kebimbangan Nabi mereka adalah disebabkan jika dia bersetuju dengan permintaan tersebut, maka peperangan akan menjadi satu kefardhuan ke atas kaumnya. Adalah wajib bagi mereka taat kepada arahan nabi dengan tidak berbelah bagi.

Oleh kerana keghairahan dan semangat ingin berjuang melonjak-lonjak, mereka berkata;

“Mengapa kami tidak mahu berperang fi sabilillah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan (dipisahkan dari) anak-anak kami?” – QS al-Baqarah:246

Hati mereka bertekad bahawa satu-satunya jalan yang ada ialah berperang. Ini adalah kerana mereka telah diusir dari kampung halaman dan anak-anak mereka telah ditawan.

Malangnya apabila peperangan benar-benar diarahkan, ramai yang mula berdolak-dalih, cuba mengingkari janji, tidak lagi taat kepada nabi mereka, mula berpecah-belah dan berpaling dari kebenaran. Inilah sifat-sifat buruk Bani Israil sejak dahulu lagi.

“Maka apabila peperangan telah diwajibkan ke atas mereka, mereka berpaling darinya kecuali sebahagian kecil daripada mereka. Dan Allah itu Maha Mengetahui terhadap orang-orang yang zalim.” QS- al-Baqarah:246


Allah swt mengecam mereka yang berpaling dari kewajipan berjihad (perang). Bukan sahaja mereka telah menzalimi diri mereka sendiri, malah mereka telah menzalimi nabi mereka dan menzalimi perjuangan yang benar.

Kemudian nabi mereka mengkhabarkan kepada mereka;

“Allah telah mengangkatkan Thalut sebagai raja kamu.” QS-al-Baqarah:247

Mendengarkan demikian, ada lagi pula yang mula membantah. Mereka merasakan bahawa Thalut tidak layak menjadi raja mereka kerana dia tidak setaraf dengan mereka. Malah Thalut adalah seorang yang miskin. Oleh itu dia tidak berhak menerima warisan sebagai seorang raja. Mereka telah berkata kepada nabi mereka itu;

“Bagaimana Thalut diberi kuasa memerintah kami sedangkan kami lebih berhak darinya memegang kuasa pemerintahan itu, lagi pula dia tidak diberikan harta kekayaan yang luas?” QS- al-Baqarah:247

Nabi mereka menjawab;

“Sesungguhnya Allah telah memilihnya untuk memerintah kamu dan Dia telah menambahkan kepadanya keluasan ilmu pengetahuan dan keperkasaan tubuh badan dan Allah mengurniakan kuasa pemerintahan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.” QS- al-Baqarah:247

Nabi mereka menjelaskan bahawa Thalut adalah seorang yang dipilih oleh Allah, mempunyai kelebihan ilmu pengetahuan, mempunyai kekuatan jasmani dan yakinlah bahawa Allah swt lebih mengetahui siapakah yang lebih layak memikul tugas raja ini.

Demi meyakinkan hati-hati mereka, mereka ingin melihat suatu mu’jizat secara zahir yang membuktikan bahawa Thalut adalah pilihan Allah swt. Ini juga satu sifat buruk yang selalu dimiliki oleh Bani Israil.

Kemudian nabi mereka berkata;

“Sesungguhnya tanda kelayakannya menjadi raja ialah datangnya Tabut kepada kamu yang mengandungi ketenteraman dari Tuhan kamu dan sisa-sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun dibawa oleh para malaikat. Sesungguhnya kejadian itu sebagai tanda kepada kamu jika kamu benar orang-orang yang beriman.” QS-al-Baqarah:248

Selepas kewafatan Nabi Musa a.s di al-Tiih, Nabi Yusya’ bin Nun bersama Bani Israil keluar dari al-Tiih menuju ke Baitul-Maqdis. Mereka berjaya menakluki Baitul-Maqdis dan merampas harta rampasan termasuk peninggalan-peninggalan suci mereka iaitu sebuah peti atau Tabut yang mengandungi barang-barang peninggalan para ambia’ dari keluarga Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s. Menurut satu riwayat peti itu mengandungi naskah loh-loh Taurat yang dikurniakan kepada Nabi Musa a.s di atas bukit Tursina. Inilah Mu’jizat yang akan mereka lihat, ia dibawa oleh para malaikat dan hati mereka akan merasa tenang dan tenteram olehnya. Mu’jizat ini telah berjaya meyakinkan kaum Bani Israil.

Seterusnya, Thalut mempersiapkan tenteranya yang masih tinggal dan membawa mereka ke medan perang seraya berkata;

“Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Sesiapa yang minum dari sungai itu, maka dia bukan dari pengikutku kecuali orang yang mencedok secedok dengan tangannya. Lalu mereka minum air sungai itu kecuali sedikit sahaja dari mereka.” QS al-Baqarah:249

Ternyata tentera-tenteranya teruji dengan kesabaran, kepatuhan kepada ketua dan kesanggupan menghadapi kesusahan dalam memikul tugas. Ujian demi ujian mereka tempuhi, akhirnya hanya sedikit dari kalangan mereka yang berjaya. Kebanyakan daripada mereka telah meminum air sungai dengan sepuas-puasnya dan menyerah kalah untuk tidak terus berjuang.

Ujian-ujian ini telah dapat menapis keimanan angkatan tentera Thalut;


“Dan apabila Thalut dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka pun berkata: Kami tidak mempunyai tenaga kekuatan lagi pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentera-tenteranya.” QS al-Baqarah:249

Kini Thalut bersama dengan tenteranya yang beriman, namun sebahagian daripada mereka mula berasa gentar apabila melihat tentera Jalut yang ramai bilangannya. Keimanan mereka masih belum sempurna kerana mereka lupa dengan kekuasaan Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Manakala kumpulan kecil Mukmin yang sejati berkata;


“Lalu berkatalah orang-orang yang yakin bahawa mereka akan tetap menemui Allah: Berapa banyak peristiwa kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang banyak dengan keizinan Allah, dan Allah itu bersama-sama orang-orang yang sabar.” QS al-Baqarah:249

Kemenangan pasti akan dicapai oleh mereka yang berhubung rapat dengan sumber kekuatan yang tiada tolok bandingnya lagi iaitu kekuatan dari Allah swt yang menguasai segala urusan. Kemenangan diserahkan kepada Allah swt; “Dengan keizinan Allah, dan Allah itu bersama-sama orang-orang yang sabar.”

Mereka juga memperbaharui janji mereka dengan Allah swt dan bertawajjuh kepada-Nya dengan hati mereka. Mereka juga memohon pertolongan dan kemenangan dalam menghadapi peperangan ini.

“Dan apabila (mereka yang beriman) keluar menentang Jalut dan tenteranya mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Curahkanlah kesabaran ke atas kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mengalahkan kaum yang kafir.” QS al-Baqarah:250

Inilah doa yang tulus ikhlas kepada Allah swt. Oleh yang demikian Allah swt telah mencurahkan kesabaran keatas mereka dan membuatkan mereka diselubungi dengan ketenangan, ketenteraman dan ketabahan menghadapi kesusahan. Apabila Allah swt meneguhkan pendirian mereka, maka ia tidak akan bergoncang lagi.

“Lalu mereka mengalahkan musuh mereka dengan keizinan Allah dan Daud telah membunuh Jalut dan Allah mengurniakan kepadanya kerajaan dan hikmat dan mengajarkan kepadanya sebahagian dari ilmu yang dikehendaki-Nya.” QS al-Baqarah:251

Kemenangan adalah milik Allah swt. Anugerah ini adalah untuk Mukmin kesayangan-Nya yang melaksanakan kehendak-Nya dengan tiada kepentingan diri sendiri. Niat yang baik dan keazaman yang kukuh untuk terus taat dan bertawajjuh kepada Yang Esa dengan penuh keikhlasan.

Nabi Daud a.s ketika itu adalah seorang anak muda Bani Israil yang masih belia, sedangkan Jalut adalah seorang raja yang gagah perkasa dan seorang panglima perang yang sangat ditakuti. Namun urusan hidup tidak berlangsung mengikut keadaan-keadaannya yang lahiriyah tetapi ia berlangsung mengikut hakikat-hakikatnya yang berada di tangan Allah swt.

Kematian Jalut kelihatan sangat mudah ditangan Nabi Daud a.s. Malah baginda telah menerima teraju pemerintahan daripada Thalut. Kemudian mewariskannya kepada putera beliau iaitu Nabi Sulaiman a.s. Zaman Nabi Daud a.s adalah zaman keemasan bagi Bani Israil.

Di dalam masa yang sama, Nabi Daud a.s diangkat sebagai seorang nabi. Allah swt telah mengajarkan beliau ilmu pertukangan membuat baju besi dan alat-alat perang.

Tujuan sebenar pertarungan ini ialah untuk mewujudkan kebaikan di bumi dan menguatkannya melawan kejahatan dan pencerobohan.

“Dan andainya Allah tidak menolak pencerobohan setengah yang lain tentulah bumi menjadi rosak, tetapi Allah mempunyai limpah kurnia ke atas semesta alam.” QS al-Baqarah:251


Allah swt mengakhiri kisah ini dengan firman-Nya;

“Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakannya kepadamu dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya engkau adalah dari nabi-nabi yang diutuskan(Allah).” QS al-Baqarah:252

Kisah ini adalah kisah benar. Allah swt sendiri yang membacakannya sebagai pedoman kepada Rasulullah saw dan umatnya terhadap umat yang terdahulu.

Friday, June 14, 2013

Adnan Menderes : Menyalakan kembali obor islam di Turki

Setelah Jatuhnya Kerjaan Uthmaniyyah.Obor islam seolah padam di tangan Antartuk.Tetapi seperti dijanjikan ianya tak akan padam selamnya. Bangun seorang insan bernama Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratisdalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.


Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan . Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar.
 



Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi

-Allahua'lam-
 

Wednesday, August 29, 2012

Hudud : Must Foward Never Forgot

Oleh Zaharudin Muhammad

Dua hari lepas saya membaca Sinar Harian edisi Terengganu berkenaan laporan dan ulasan wartawannya terhadap video rakaman Yang Berhormat Dr. Dzulkifli Ahmad (Dr. Dzul) yang disiarkan oleh www.mobtv.my di bawah tajuk ‘hentikan polemik hudud’. Hati saya berdegup kencang lebih-lebih lagi apabila selepas itu terbaca lagi tulisan beliau yang disiarkan oleh Muslim Profesional Forum bertajuk “Forging a political contest beyond hudud”.

Rasa tidak selesa menguasai diri apabila membaca ayat-ayat yang menggambarkan jalur pemikiran 'pelik' sedang berada di dalam barisan Parti. Antara ayat keladi sebagai contoh beliau menyebut, “hudud should no longer be an agenda for partisan political interest” atau “hudud sepatutnya tidak lagi menjadi agenda untuk kepentingan parti politik”. 

Kekeliruan kedudukan sama ada hudud sebagai “agenda dakwah PAS” ataupun ‘partisan political interest’ jelas tergambar di dalam pemahaman Dr. Dzul. Pemikiran politik untuk mengelak daripada menegaskan dasar parti amat jelas daripada tulisan-tulisan beliau yang bukan sahaja terkini, tetapi sejak daripada awal, antaranya sepertimana yang pernah disiarkan oleh siasah di bawah tajuk: “Perlaksanaan Islam: Pas Perlu Keluar Dari Kotak Lama”.

 Berkenaan isu hudud pada hari ini, adalah lebih parah apabila YB Salahuddin Ayub mengiakan pendapat Dr. Dzul sehingga ia disifatkan sebagai “PAS bersetuju”. Walhal pendapat Dr. Dzul dan pemikiran politik beliau adalah salah dari segi‘ Politik Islam’ dan penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kenyataan terbaruTuan Guru Presiden sebenarnya sudah tersirat penegasan hudud sebagai dasar PAS. Sebenarnya artikel-artikel Tuan-Tuan Guru tersebut memerikan bahawa PAS sudah mempunyai ‘rumah yang dah siap’, sepatutnya tiada lagi ‘pahat yang berbunyi’.

Saya menghormati YB Dr. Dzul dan YB Salahudin yang rajin bekerja di dalam parti sebagaimana rajinnya ahli-ahli yang lain. Sekalipun begitu, penghormatan ini tidak boleh menghalang kewajipan saya membuat penjelasan terhadap kekeliruan pemikiran yang sudah ketara, dilihat konsisten dan berlaku berulang-ulang tanpa tanda-tanda perubahan akan berlaku. Fenomena ini menjadi semakin bahaya khususnya apabila beliau terlalu berani membuat kenyataan peribadi berkenaan dasar penting Parti seperti isu kepimpinan non-muslim yang mencetuskan kontroversi dan terbaru ialah isu hudud pula. 

Pendekatan Dr Dzul kelihatan tidak jauh berbeza dengan UMNO dari sudut matlamat akhir. Kedua pihak ini mengatakan bahawa mereka bukan menolak hudud cuma cuma tidak mahu lagi melaksanakan Islam dengan alasan-alasan tersendiri. Sekalipun alasannya berbeza, tetapi keduanya melahirkan natijah yang sama iatu Islam tidak perlu dilaksanakan ‘lagi’. Walau bagaimanapun, isu adakah hari ini sesuai hudud dilaksanakan dan adakah perlaksanaan hudud dianggap gopoh akan dirungkai dengan jelas dari perspektif fiqh Islam dalam artikel saya yang akan dicoretkan selepas artikel ini, insyaallah.

Pendekatan Dr.Dzul ini bukan pertama kali menimbulkan kekeliruan, bahkan pada akhir 2010 sebagai contoh, apabila Karpal Singh memberikan respon kepada kenyataan TuanGuru Nik Abdul Aziz tentang hudud, tiba-tiba Dr. Dzul bertindak mempertikaikan kewajaran PAS menimbulkan isu tersebut dengan meletakkan perbincangan atau perdebatan isu ini sebagai negatif. Antara yang menggamit saya untuk menongkah arus pemikiran ini apabila YB Salahudin Ayub memberikan respon menyokong terhadap pendekatan Dr. Dzul, menampakkan bahawa seni pemikiran ini mula menular di kalangan pendokong PAS yang tidak mendalami ilmu agama. Fenomena ini dibimbangi akan memandu PAS menyelusuri jalan yang bukan paksinya yang betul, sekalipun matlamatnya betul.

Sama ada sedar atau tidak, pendekatan pemikiran ini sekaligus sebenarnya telah bercanggah dengan pendekatan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden yang bertegas dan terus konsisten dengan dasar ini. Sebagaimana yang disiarkan oleh Harakahdaily, sudut pandangan Tuan Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang menyifatkan Polemik Hudud Perkembangan sihat adalah lebih bertepatan dengan Politik Islam atau SiasahSyariyyah, iaitu melihat polemik ini dari sudut yang positif dengan membuka ruang berbahas berbanding sudut negatif iaitu mengelak dengan pelbagai alasan. Pendekatan Dr. Dzul ini sebenarnya tidak selari dengan Mursyidul Am, Presiden dan jugaTimbalan Presiden, hatta kaedah Politik Islam yang telah diguna pakai oleh PAS sejak sekian lama.

Saya lebih selesa menggelarkan seni politik Dr. Dzul ini sebagai seni “Politik Ular Daun”, iaitu suka berlingkar dan menyesuaikan diri dengan warna sekitar, satu sifat makhluk Allah, guna bagi menyelamatkan diri daripada disedari musuh dan mangsa. Sekalipun ular daun tidak merbahaya, tetapi ia tetap mengganggu.

KEKELIRUAN DISEBABKAN PENDEKATAN DR.DZUL.

Apa yang malang, ada yang menyokong pendekatan ini dengan beralasankan polemik hudud ini dicetuskan oleh UMNO untuk lagakan PAS dan DAP, maka pendekatan politik yang kononnya bijak ialah mengelak daripada membincangkan isu ini, tanpa mengambil kira kekeliruan orang ramai terhadap Islam dan perjuangannya akibat tidak memberikan penjelasan dan penegasan. Pemikiran ini dengan kata lain, memikirkan kehilangan undi khususnya undi non-muslim adalah lebih diutamakan berbanding kekeliruan di kalangan pendokong parti, pencinta Islam serta dakwah dan penerangan kepada non-muslim sendiri.

Sikap dan pendekatan ini dikenali sebagai taqiyyah di dalam Politik Islam, iatu mulut mengungkapkan sesuatu yang tidak sama dengan pegangan dan kepercayaan hati. Dalam kontek ini, hati mahu melaksanakan dan mempertegaskan hudud, tetapi kenyataan diungkapkan sebaliknya.

Taqiyyah yang dinaskan sebagaimanaayat 28 surah Aala-Imran, hanya dibolehkan dalam kes seperti Ammar bin Yaasir yang bersifat defensive (mempertahankan diri) seperti menjaga nyawa. Ibnu Abbas menyatakan tidak memudaratkan orang lain adalah syarat penting ketika bertaqiyyah seperti tidak menimbulkan silap faham terhadap Islam dan menyesatkan orang ramai serta mengelirukan mereka tentang Islam, hakikat dan perjuangannya. Oleh itu, seni politik ini tidak dilakukan oleh para sahabat di dalam banyak peristiwa sebagaimana yang saya akan coretkan nanti di dalam artikel ini.

Para sahabat dan salafus soleh menggunakan uslub lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain dengan cahaya Islam. Jika taqiyyah tidak dibolehkan apabila boleh mengelirukanorang ramai sekalipun dalam bentuk defensive (mempertahankan nyawa), maka lebih utama untuk taqiyyah ini tidak dibolehkan dalam keadaan offensive (iaitu untukmencapai kemenangan) dan menarik pengundi. Ini kerana, defensive menjaga nyawa boleh dianggap darurat yang kadangkala boleh mengharuskan benda yang haram,sedangkan offensive tidak bersifat demikian.

KENAPA IANYA SALAH DAN SATU BIDAAH BESAR DALAM POLITIK ISLAM?

Timbul persoalan di sini, kenapa “politik ular daun” bagi mencapai kemenangan adalah salah dari segi politik Islam dan tidak bertepatan dengan teladan nabi kita Muhammad SAW? Untukmemahami perkara ini secara lebih mendalam, maka kaedah darurat, siasah syariyyah dan lain-lain bab yang berkenaan perlu dihadhamkan. Semua ini bukan sahaja mustahil boleh dicoretkan dalam satu perenggan, hatta juga mustahil untuk memahaminya hanya melalui usrah dengan seorang naqib kerana ianya perlukan kepada pengajian tekun, khususnya pengajian ilmu usul yang tinggi.

Oleh itu, saya rasa cukup untuk kita merenung kedudukan pemikiran ini dengan memahami beberapa peristiwa yang berlaku di zaman nabi SAW.

Antaranya ialah Nabi SAW pernah menolak tawaran sebagai raja yang bersyaratkan toleransi dalam agama ketika di Mekah. Imam Tabari, Ibnu Kathir dan lain-lain menyebut, golongan musyrikin meletakkan prasyarat untuk nabi menerima tawaran itu antaranya ialah tidak mengkritik berhala dan tidak menegur adat-adat mereka yang dianggap salah.

Persoalan fokus ialah kenapa Rasulullah SAW tidak mengguna pakai “Politik Ular Daun”, iaitu menerima dahulu jawatan sebagai raja dan menjadi orang terkaya dan kemudiannya dengan pangkat raja dan harta kekayaan, maka Nabi SAW lebih mudah memahamkan orang ramai tentang Islam? Kenapa Nabi SAW tidak berlunak dengan syarat toleransi agama yang diletakkan oleh musyrikin Mekah bagi tujuan mendapatkan kuasa politik, seterusnya memperkenalkan Islam dengan kuasa?

Jika pendekatan ‘Politik Ular Daun’ adalah betul untuk mendapatkan kuasa, nescaya orang yang paling awal menerima pendekatan ini ialah nabi SAW kerana tanpa kuasa politik di Mekah, risikonya adalah nyawa. Pun begitu, nabi tidak mendapatkankuasa politik dengan pendekatan ‘Politik Ular Daun’. Jika Nabi SAW tidak menerima pendekatan sedemikian rupa sedangkan risikonya adalah nyawa, maka apa alasan Dr. Dzul mengguna pakai pendekatan tersebut sedangkan tiada lansung risiko nyawa sebagaimana di zaman Rasulullah? Bahkan jika Nabi SAW menerima syarat tersebut dan menerima tawaran tanpa mempertegaskan dasar, maka menurut bacaan akal pendek manusia, jalan ke “Putrajaya” Mekah adalah jauh lebih cerah dan jauh lebih dekat berbanding dengan Putrajaya Malaysia dengan menggunakan kaedah "politik ular daun". Tetapi kenapa nabi menolak?

Perlu difahami, apabila Nabi SAW menerima kuasa politik dengan berhelah, orang ramai akan terkeliru tentang hakikat Islam dan seolah-olah toleransi agama adalah harus. Dr Said Ramadhan di dalam Fiqh Sirah ketika mengulas peristiwa ini berkata: “Apa yang boleh digambarkan berlaku dalam peristiwa ini ialah Nabi SAW meredai untuk memerintah dan menjadi raja bersama-sama dengan mereka (musyrikin), dalam masa yang sama Nabi SAW boleh menyembunyikan di dalam hati bahawa raja dan kuasa pemerintahan adalah wasilah merealisasikan dakwah selepas itu (selepas mendapat kuasa).” Seterusnya beliau menyambung: “akan tetapi Nabi SAW tidak meredai tindakan politik seperti ini (menyembunyikan matlamat Islam) sebagai salah satu wasilah dakwah kerana tindakan itu adalah bercanggah dengan prinsip dakwah itu sendiri”.  Seterusnya beliau menyebut, “jika uslub pendekatan itu boleh menjadi kebijaksanaan dan cara politik yang betul, nescaya perbezaan antara benar dan salah akan hilang, nescaya benar dan salah bertemu (dilihat sama) pada titik alasan kebijaksanaan berpolitik”.

Dalam konteks kita, jika golongan yang benar-benar memperjuangkan Islam tidak lagi mempertegaskan Islam dengan alasan untuk menang atau mendapatkan kuasa politik, dan golongan yang batil seperti UMNO yang tidak mempertegaskan Islam juga menggunakan alasan yang sama, maka bagaimana orang ramai boleh membezakan mana yang betul dan mana yang salah? Jika begitu, maka akan tiada lagi beza di antara PAS dan UMNO apabila PAS juga dilihat tidak mementingkan perlaksanaan Islam dengan alasan maslahah politik dan kemenangan. Inilah mafhum yang diulas oleh ulama-ulama ketika mengulas sebab pendirian Rasulullah saw.

Politik Islam ialah politik yang bermatlamatkan dakwah bukan dakwah bermatlamatkan politik. Dasar politik Islam ini mementingkan kedudukan dakwah dan kesedaran orang ramai terhadap Islam seterusnya mempengaruhi tindakan dan keputusan politik mereka, bukan sebaliknya.

Lihatlah tindakan ghulam atau ‘budak’ dalam peristiwa Ashaab Al-ukhdud yang sanggup mati bagi menyedarkan orang ramai. Dalam bahasa hari ini, PAS sanggup kalah politik jika kalah itu lebih menyedarkan orang ramai berbanding menang yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Politik Ular Daun” ialah politik yang mendahulukan kuasa politik dan kemudiannya dakwah. Dengan kata lain, seni “Politik Ular Daun” ialah seni politikyang bermatlamatkan kemenangan sebagai keutamaan dan meletakkan kefahaman orang ramai tentang Islam dan kedudukan dakwah itu sendiri sebagai perkara yang boleh dikemudiankan.

Suka saya tegaskan di sini bahawa, PAS berpegang dengan prinsip “politik bermatlamatkan dakwah, bukan dakwah bermatlamatkan politik”. Saya suka menyambung dan menegaskan ungkapan ulama-ulama di dalam PAS yang menyatakan:“kita sanggup kalah pilihanraya asalkan Islam dan umatnya terjamin, berbanding kita menang tetapi kedudukan Islam tergugat dan umatnya berada dalam keadaan keliru”. Dari segi akidahnya, berpegang dengan prinsip ini bukan bermakna kita akan selamanya kalah kerana kalah dan menang bukan ditentukan oleh strategi kita sebagaimana ayat 26 surah Aala-Imran. Saya berkeyakinan penuh bahawa kita akhirnya akan menang dengan kemenangan sejati dengan melalui jalan Politik Islam yang diajar oleh baginda Rasululah yang diredhai oleh Allah kerana ini telah dijanjikan di dalam Al-Quran dan hadis-hadis rasulullah saw.

SUNNAH INI DIFAHAMI OLEH PARASAHABAT.

Antara dalil yang lebih jelas menunjukkan "Politik Ular Daun" ini salah ialah respon oleh Jaafar bin Abi Talib dan rombongan muhajirin yang mendapatkan perlindungan di Habsyah tentang isu yang ditimbulkan oleh UMNO Mekah di zaman itu untuk melaga-lagakan dan memecah belahkan hubungan antara Muhajirin dan Raja Habsyah yang bernama Najasyi yang memberikan perlindungan politik kepada mereka.

Wakil UMNO ke Habsyah pada masa itu ialah Amru bin Al-Aas dan Abdullah bin Rabiah yang belum lagi memeluk Islam. Amru yang memang terkenal sebagai ahli politik yang licik cuba menghasut Raja Najasyi membenci golongan muhajirin ini, seterusnya menghalau mereka pulang ke Mekah untuk dibuli dan dibunuh. Semua helah wakil UMNO Mekah seperti memburuk-burukkan Nabi SAW dan para sahabat menemui kegagalan.

Akhirnya mereka mendapat satu idea, iaitu satu dasar penting pegangan orang Islam yang  boleh menjadi titik perbezaan fahaman dan titik pertembungan, seterusnya diharapkan oleh wakil UMNO Mekah boleh memecahkan hubungan mereka. Titik perbezaan itu ialah nabi Isa AS menurut Islam adalah Rasul dari kalangan manusia biasa dan bukannya anak tuhan sedangkan Raja Najasyi dan Habsyah yang beragama Kristian menganggap nabi Isa itu adalah anak tuhan, bukannya manusia biasa. Sudah pasti dasar yang dipegang oleh orang Islam ini bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan Raja Najasyi dan penduduk Habsyah yang menganut kristian.

Apabila Najasyi diberitahu oleh Amru bahawa ajaran Muhammad yang dianuti oleh muhajirin tersebut mendakwa nabi Isa manusia biasa bukan anak tuhan, beliau telah memanggil para sahabat bagi mendapatkan penjelasan.

Sememangnya para sahabat berada di dua persimpangan, antara bertegas bahawa nabi Isa bukan anak tuhan dan manusia biasa, maka risikonya adalah dihantar pulang dan maut. Atau mereka tidak perlu bertegas dan memilih untuk berhelah, bertangguh, bertarik tali dan berding dong atau dengan lebih tepat "Politik Ular Daun", maka dari segi bacaan politiknya mereka akan selamat. Antara dua persimpangan tersebut, manakah satu yang dipilih oleh para sahabat?

Pilihan yang dibuat oleh Jaafar ialah Politik Dakwah Islam, bukannya Politik Ular Daun. Jaafar bin Abi Talib yang merupakan jurucakap kepada muhajirin tidak teragak-agak menegaskan bahawa Nabi Isa adalah Rasul di kalangan manusia dan bukannya anak tuhan sekalipun ia merisikokan nyawa mereka sendiri. Beliau bukan setakat mendakwa nabi Isa bukan anak tuhan (dalam bahasa hari ini, bertegas bahawa PAS akan laksanakan hudud), bahkan Jaafar menerangkan kepada Raja Najasyi dan pemimpin Habsyah tentang akidah Islam ini.

Mereka tidak hipokrit, berdolak dalik atau minta bincangkan kemudian. Malah tiada seorangpun di kalangan sahabat seramai 33 muhajirin itu menasihatkan kepada Jaafar bin Abi Talib, RajaNajasyi, dan mereka yang berkenaan supaya jangan timbulkan polemik kedudukan nabi Isa dengan alasan ini dicetuskan oleh wakil UMNO Mekah.

Lihatlah bagaimana Jaafar mengambil peluang dakwah daripada polemik yang ditimbulkan musuh dengan bertegas dan menerangkan kepada Najasyi tentang dasar pegangan dan pandangan Islam terhadap kedudukan Nabi Isa, sekalipun ia merisikokan nyawa mereka. Mereka memahami jika berlunak atau mempamerkan keraguan atau tidak bertegas, maka mereka akan mengelirukan Najasyi dan mereka yang ada di sekeliling tentang Islam, sekalipun nyawa mereka selamat. Mereka tetap bertegas sekalipun mereka tahu itu adalah perangkap UMNO Mekah kerana mereka ke situ bukan sahaja sebagai muhajirin, tetapimereka juga sebagai pendakwah. Dengan kata lain, kita bukan sahaja memahami bahawa kita adalah ahli politik, tetapi kita juga perlu memahami bahawa kita juga adalah pendakwah yang misinya memahamkan orang ramai tentang Islam.

Dalam bahasa moden, Raja Habsyah moden iaitu Karpal Singh mempersoalkan tentang kemampuan dan keadilan hudud sebagaimana Raja Najasyi juga pernah mempersoalkan benarkah Nabi Isa bukan anak tuhan, bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka bukan seorang Muslim.Yang mesti dilihat pelik ialah apabila UMNO yang mempertikaikan hudud kerana mereka adalah muslim. Apa yang ditunjukkan oleh Sahabat yang sepatutnya dicontohi oleh Dr. Dzul ialah menyambut polemik itu dengan dialog, penerangan, muzakarah yang telus sekalipun ianya dilihat bertembung di khalayak awam. Itulah sudut positif yang sihat dan terbuka sebagaimana komentar Tuan Haji MatSabu. Kerja UMNO untuk memecah belahkan itu memang tidak boleh dinafikan sebagaimana kerja jahat musyrikin Mekah juga tidak boleh dinafikan. Orang yang jahat memang sudah jahat, maka tak guna menyalahkan orang yang dah sememangnya jahat. Isunya apakah bentuk pendekatan politk dan respon kita terhadap politik orang yang jahat?

Apabila kita memahami politik Islam vs ‘Politik Ular Daun’, maka apakah alasan munasabah Dr Dzul untuk mengelak daripada mempertegaskan dasar Islam seperti perlaksanaan hudud? Adakah masih boleh beralasankan ini strategi UMNO? Atau boleh beralasankan terdesak kerana pengundi-pengundi non-muslim terjejas apabila UMNO dan MCA mereka dengan hudud? Apabila kita memahami politik Islam yang bermatlamatkan dakwah, semua alasan itu adalah karut.

Lihatlah seni Al-Quran berhadapan dengan persoalan-persoalan dan peluru-peluru kekeliruan yang sentiasa dilempar oleh golongan musuh. Sekalipun soalan-soalan dan kritikan dilemparkan, Al-Quran mengambil sikap menerang dengan kebenaran, kadangkala dengan uslub yang lembut memujuk, dan kadangkala dengan uslub yang keras menikam. Yang pasti bukan dengan uslub ‘politik ular daun’. Setiap kali kritikan, komentar dan persoalan bertujuan mengenakan Rasulullah di lontar, maka setiap kali itulah jawapan penerangan daripada Al-Quran menjadi ‘back fire’ semula kepada mereka.

Sebab itu kita dapati banyak ayat Al-Quran dimulakan dengan ‘mereka bertanya’, ‘mereka mendakwa’, mereka menyangka’ dan lain-lain yang akhirnya disusuli dengan ayat menerang, menempelak dengan fakta dan lain-lain uslub Al-Quran. 

MENANG KALAH DISEBALIK PENEGASAN DASAR BUKAN KITA YANG TENTUKAN.

Apa yang paling penting yang perlu diperbetulkan ialah kefahaman bahawa kalau kita bertegas dengan dasar kita, maka kita akan kalah dalam pilihanraya. Non-muslim tidak akan sokong kita apabila kita bertegas kerana mereka takutkan hudud. Keyakinan kita akan kalah kalau bertegas dengan dasar kadangkala bersarang kuat dalam diri mereka yang menganut fahaman ‘Politik Ular Daun’.

Perlu dipertegaskan, bahawa pemahaman ini adalah salah sama sekali dengan akidah perjuangan, di mana kemenangan dan kekalahan itu adalah daripada Allah untuk hamba yang menuruti syarat-syaratnya. Keyakinan bahawa kalau amalkan PolitikIslam (bertegas dan menerang) pasti kita akan kalah, manakala menggunakan“Politik Ular Daun” maka pasti kita akan menang adalah keyakinan yang bercanggah dengan akidah perjuangan.

Akidah perjuangan yang saya ditarbiah hatta sewaktu mengikuti usrah Ikhwan di Mesir dahulu, bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada orang yang memperjuangkan agamanya menurut lunas-lunasnya. Itulah yang saya fahami daripada pengajian yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Lihatlah natijah penegasan Jaafar. Bacaan politik pada awalnya memperlihatkan 99%merekaakan dihalau balik ke Mekah jika mereka bertegas dan kontra dengan pegangannegara Habsyah. Tapi adakah itu benar-benar berlaku? Jawapannya tidak dengan setidak-tidaknya!!! Kerana natijah itu bukan bergantung kepada apa yang difikiran oleh akal tetapi oleh Allah melalui sunnahNya.

Lihatlah natijah penegasan Jaafaryang tidak sama dengan telahan akal manusia yang sempit. Satu natijah yang mereka tidak pernah terfikir, yang mereka tidak pernah merancang, tetapi ia adalah rancangan Allah untuk hambanya yang benar. Iaitu Raya Najasyi tiba-tiba membenarkan dan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh para sahabat. Raja Najasyi seterusnya bersumpah untuk terus mempertahankan mereka dan memberikan perlindungan. Akhirnya bukan para muhajirin yang dihalau, tetapi wakil UMNO Mekah iaitu Amru bin Al-As dan Abdullah bin Rabiah yang akhirnya dihalau dari Habsyah.

Raja Najasyi akhirnya memeluk Islam setelah mengetahui hakikat kebenarannya. Itulah kejayaan politik sebenar dan itulah yang saya harapkan berlaku kepada Karpal. Itulah namanya seni politik Islam. Dan itulah yang dinamakan akidah di dalam perjuangan dan politik bermatlamatkan dakwah.

SUNNAH POLITIK DAKWAH DITERUSKANOLEH PARA IMAM.

Imam Ahmad bin Hambal antara yang mengikuti jejak langkah politik bermatlamatkan dakwah. Bagi kepentingan dakwah, mereka terpaksa mengorbankan diri bagi tujuan menerangi orang lain. Pernah berlaku di zaman fitnah, Khalifah yang berpegang dengan fahaman Al-Quran adalah makhluk telah mengarahkan untuk menangkap mereka yang berpegang dengan akidah yang berlawanan dengan mereka. Antara yang ditangkap ialah Imam Ahmad dan beberapa imam yang lain yang terus bertegas menyatakan Al-Quran bukan makhluk. Ramai dikalangan ulama pada masa itu mati dibunuh dan diseksa. Antara yang ditangkap dan diseksa, ialah Imam Ahmad bin Hambal yang telah menyaksikan ramai rakan Ulama seperjuangannya yang telah syahid.

Apa yang menjadi poin di sini ialah, sekumpulan ulama jahat berjumpa dengan beliau di dalam penjara dan menasihatinya supaya mengaku dengan lidah bahawa Al-Quran adalah makhluk dan pendamkan sahaja rasa tidak setuju bagi menyelamatkan nyawa. Mereka memujuk imam ahmad dengan menggula-gulakan bahawa tindakan itu tidak salah kerana bersandarkan ayat 28 surah Aala-Imran. Jika Imam Ahmad sanggup berbuat demikian, mereka akan membela dan mempertahankan Imam Ahmad daripada diseksa.

Imam Ahmad memberikan respon bahawa, jika beliau mengiktiraf dengan mulut perkara yang salah sekalipun hatinya tidak begitu, maka beliau akan selamat tetapi ramai yang akan sesat. Beliau mengungkapkan kata-kata yang masyhur: “apabila orang alim diam kerana taqiyyah,yang  jahil bertambah jahil, maka bilakan kebenaran akan muncul?”.

Dengan ungkapan moden, jika PAS tidak bertegas tentang penerangan dan penegasan dasar perundangan Islam yang menyeluruh kerana mahukan kemenangan, bilakah orang ramai akan mengenal kebenaran Islam? Akibatnya, orang yang jahil akan terus dengan kejahilan, dan golongan zalim terus selesa dengan kezaliman sedang golongan berpolitikkan ‘Politik Ular Daun’ terus berhipokrit.

PENEGASAN PRESIDEN, MURSYIDUL AM DANPANDANGAN TIMBALAN PRESIDEN WAJAR DIHORMATI DAN SEPATUTNYA DISOKONG.

Kenyataan rasmi Mursyidul Am, Presiden PAS yang mengandungi penerangan tentang Hudud sepatutnya disokong dan di sambung penerangannya oleh eksekutif-eksekutif parti seperti Dr. Dzul, bukan menasihatkan supaya semua pihak berdiam. Pandangan Timbalan Presiden, tuan Haji Mat Sabu bahawa polemik ini adalah positif memperkuatkan sokongan terhadap penerangan Mursyidul Am dan Presiden sebelumnya, sekaligus memahamkan supaya semua jentera eksekutif (pelaksana) parti perlu menggerakan respon dalam bentuk penerangan.

Polemik hudud ini yang sekalipun ditimbulkan oleh UMNO, ia boleh dipositifkan dengan membincangkannya secara fakta dan hujah. Ia adalah positif dari perspektif dakwah, sekalipun bacaan akal yang sempit dari perspektif politik adalah negatif untuk kesan politik jangka pendek.

Kita sebenarnya tidak perlu merasa hairan apabila UMNO sentiasa menjadikan isu-isu seperti ini sebagai bahan laga dan bahan kempen menakut-nakutkan non-muslim untuk mereka tidak menyokong DAP yang dilabelkan sebagai bersekongkol dengan PAS dan hudud. Dalam masa yang sama pula, isu ini dijadikan bahan kempen oleh UMNO untuk Melayu bahawa PAS bersekongkol dengan DAP yang anti hudud. Sambutlah polemik ini dengan mengambil peluang memberi penerangan dan penjelasan, kerana isu yang berstatuskan polemik menjadikan setiap orang memasang telinga untuk mengetahui dan mendengar penjelasan, maka isi dakwah itu lebih cepat memasuki hati dan pemikiran mereka.

Sememangnya UMNO secara rasmi tidak pernah menegaskan apakah pendiriannya terhadap Hudud. Media utama yang dikuasai mereka seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak pernah membuat liputan dan interview apatah lagi nak terjah setiap pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO tentang pendirian mereka terhadap hudud. 

Sebagai penutup, saya menyeru kepada semua jentera PAS supaya menjadikan 6 garis panduan Tahaluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama sebagai panduan. Antara yang berkait dengan isu ini ialah Garis Panduan ke 4 yang berbunyi: “tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.” Dengan kata lain, dengan tahaluf siasi, maka kita berpeluang berkomunikasi dengan rakan non-muslim di dalam Pakatan Rakyat. Maka gunakan ruang komunikasi itu untuk menerangkan Islam yang menjadi dasar kepada PAS. Bukannya mengambil pendekatan takut menyatakan dasar Islam apabila bersama-sama dengan rakan Pakatan di kalangan non-muslim. Kita perlu memahamkan mereka tentang Islam dan akhirnya terpulang kepada mereka membuat keputusan selepas mereka memahaminya. Masalah kita sebelum ini, jambatan komunikasi antara kita dan non-muslim tidak wujud bahkan disekat dan ditakut-takutkan oleh UMNO atau BN  dan jentera-jenteranya. Maka tahaluf adalah jambatan yang terbaik untuk tujuan tersebut.

Saya meminta maaf kepada semua pihak terutamanya Yang Berhormat Dr. Dzulkifli Ahmad dan juga Yang Berhormat Salahudin Ayub jika tulisan ini mengguris. Saya terpaksa mengambil pendekatan ini kerana pendirian politik beliau sudah mengundang kekeliruan terhadap PAS oleh bukan sahaja di kalangan awam, tetapi di peringkat pendokong PAS itu sendiri.

ZAHARUDIN MUHAMMAD

Tuesday, January 3, 2012

Muzik Halal Untuk Apa dan Siapa ?


Terdapat pelbagai pandangan di kalangan ulamak mengenai Muzik & Hiburan. Khilaf ini disebabkan perbezaan pandangan dalam memahami hadis-hadis yang menyebut mengenai alat-alat muzik dan juga dari segi penentuan kedudukan martabat hadis-hadis yang diriwayatkan mengenainya.

HARUS

Menurut pendapat Dr Yusuf Al-Qardhawi, nas-nas hadis yang mengharamkan alat muzik tertentu seperti seruling atau bertali itu kurang tepat. Ini  berdasarkan pendapat al-Ghazali dalam kitab As-Sima' min Ihya' Ulumiddin.
Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Malik ra: “Akan ada dari kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-maazif (alat nyanyian)”.
Status Hadis: walaupun ia adalah sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadits yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
Kalimah mu'adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat muzik.

Dari Aisyah ra: "Sesungguhnya Allah mengharamkan biduanita (hamba perempuan), menjual-belinya, menghargai dan mengajarinya."-menurut Ibn Hazm (alMuhalla) hadis dhaif.
Menurut pandangan Sheikh Yusuf Al-Qardawi berdasarkan pendapat Imam Al-Ghazali, alat muzik adalah semata-mata alat, misalnya gelas adalah alat jika digunakan untuk meminum air atau susu. Kereta adalah alat yang digunakan untuk merompak atau ke destinasi yang ingin dituju. Maka begitulah alat-alat muzik boleh digunakan untuk kejahatan atau kebaikan
HARAM
Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal. Ahmad bin Mani’Al Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz yang bermaksud:
Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekelian alam dan Allah memerintahkan Aku supaya menghapuskan mazamir, ma’azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah ……..( hingga ke akhir hadis ).
Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram. Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al Imam al Baihaqi dalam al Sunan al Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al Bazzar secara marfu’.

Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk merobohkan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup.
Dikeluarkan oleh al Dailami

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)
Dikeluarkan oleh al Dailami

Berkata al Imam Ibnu Hajar, hadis ini jelas menunjukkan pengharaman alat-alat hiburan yang mendatangkan sukaria dan gembira yang membawa kepada kelalaian.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang berkmasud: Satu kumpulan daripada umatKu pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ? Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam al Musaddad dan Ibnu Hibban dengan lafaznya yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam: Tidak berlaku hari kiamat sehingga ada satu kumpulan……..(hingga ke akhir hadis sebagaimana riwayat di atas ).
Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)

Demikianlah beberapa hadis yang menjadi dalil kepada sebahagian ulamak yang mengaharamkan alat-alat hiburan (muzik).
Dalam kitab al Muhazzab oleh al Imam Abu Ishak al Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata al Syirazi:
ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار
Ertinya: Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.

Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwa al Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..
( Surah Luqman: 6 )

Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwa al Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.

Al Imam al Nawawi mengatakan dalam kitabnya al Minhaj dalam Kitab al Syahadat:
ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج
ومزمار عراقي واستماعها.
Ertinya: Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.


Demikianlah pandangan beberapa orang ulamak besar dalam mazhab syafi’e mengenai hukum menggunakan muzik dan mendengarnya. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh beberapa ulamak besar yang lain seperti al Syeikh Ibnu Hajar dalam kitabnya al Zawajir dan juga al Imam al Ramli al Syafi’e sebagaimana tercatat dalam kitab Nihayah al Muhtaj ila Syarh al Minhaj (8/296), yang menggambarkan inilah pandangan umum dan masyhur dalam mazhab syafi’e.

Ulama-ulama dalam mazhab syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan didapati mazhab-mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali juga berpandangan sedemikian.

Berkata Ibnu al Qayyim dalam kitabnya Ighathah al Luhfan min Masyahid al Syaithan (1/255-256): Ertinya: Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah mazhab yang paling keras dan kata-katanya mengenai perkara ini adalah kata-kata yang paling tegas. Para sahabat Abu Hanifah dengan tegas mengatakan haram mendengar semua jenis alat hiburan seperti seruling, kompang bahkan termasuk memukul-mukulkan tongkat kecil (cota) sekalipun. Mereka dengan tegas menyatakan bahawa ianya adalah maksiat, boleh membawa kepada fasiq dan kesaksian ditolak.

Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al Hambali dalam al Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

Hiburan itu tiga keadaan:

a) Haram- iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus,thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

b) Harus- iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya.

c) Makruh- iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.

Berkata al Imam al Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rabab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (al Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.
Syaikh Ahmad al-Azhari beliau mengatakan:إن من يرون إباحة الغناء مطلقاً من السابقين أمثال ابن حزمٍ أو من المعاصرين مثل الدكتور يوسف القرضاوي قد استدلوا بآثار موقوفة عن جمع من الصحابة (في ز...عمهم) أباحوا الغناء. وهذا تناقض غريب أن يبحث وينقب المحللون للغناء خلف البخاري ثم يطعنوا في حديثه ويروا اضطرابه سنداً ومتناً ولا نجد مثل هذا الجهد في تخريج الأثار التي استدلوا بها عن جمع من الصحابة أنهم أباحوا الغناء. والأحرى أن يفعلوا هذا مع من هو دون البخاري في العلم! وأناشد الدكتور يوسف القرضاوي أن يخرج إسناد تلك المرويات المذكورة في فتواه مع بيان صحتها. واذكر بما أخرجه مسلم عن عبد الله بن المبارك أنه قال: إن الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

“Sesungguhnya orang-orang yang membolehkan muzik secara mutlak daripada kalangan ulama terdahulu seperti Ibnu Hazm atau daripada kalangan orang-orang masa kini seperti al-Qaradhawi, mereka berdalil dengan beberapa atsar mauquf daripada sebilangan sahabat (berdasarkan dakwaan mereka) bagi membolehkan muzik. Ini merupakan hasil sikap kontroversi yang sangat aneh.Golongan menghalalkan muzik mencari-cari jalan untuk menolak hadis al-Bukhari, menghukumi sanad dan matannya sebagai mudhthorib, kemudian mereka tidak pula melakukan perkara yang sama ketika mentakhrij (menilai status kesahihan) atsar-atsar yang mereka jadikan dalil dari sebilangan sahabat bahawa mereka membenarkan muzik.
Sepatutnya mereka lakukan perkara yang sama terhadap perawi-perawi yang kapasiti ilmunya di bawah al-Bukhari.

Aku meminta supaya Dr. Yusuf al-Qaradhawi mentakhrij sekurang-kurangnya satu sanad sahaja dari riwayat-riwayat tersebut dalam fatwanya dengan disertakan penjelasan kesahihannya! Aku memberi peringatan kepada beliau dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada ‘Abdullah Ibnu Mubarak bahawa beliau menyatakan, “Sanad itu termasuk sebahagian dari agama, sekiranya tiada sanad, nescaya setiap orang bebas untuk berkata apa sahaja.” [Ahmad B. Hussein al-Azhari, an-Nuur al-Kasaaf fii Bayaan Hukum al-Ghinaa’, m/s. 34]
 Manakala Syaikh Dr. Soleh Fauzan B. al-Fauzan hafizahullah ketika membuat semakkan ke atas kitab al-Qaradhawi, al-Halal wal Haram (dalam bab berkaitan) di mana al-Qaradhawi mengemukakan atsar-atsar yg ganjil sebagai dalil halalnya muzik/nyanyian, beliau pun mengatakan,
هذا دعوى منه ونحن نطالبه بإبراز الأسانيد الصحيحة إلى هؤلاء الصحابة والتابعين بإثبات ما نسبه إليهم

“Ini adalah dakwaan daripada al-Qaradhawi dan kami memintanya supaya menyebutkan sanad-sanad yang sahih sampai kepada para sahabat dan tabi’in tersebut, dengan menetapkan kesahihan terhadap apa yang beliau sandarkan kepada mereka.” (Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan, al-I’lam bi Naqdi Kitab al-Halal wal Haram )
Kesimpulannya Pendapat  membenarkan muzik adalah lemah namun dalam suasana masyarakat hari ini ia boleh dijadikan  satu  rukysah ( kemudahan ) untuk kita berdakwah terutama kepada anak muda masakini yang tidak boleh hidup tanpa entertainment.Realitinya,hari ini kita berada diakhir zaman dimana banyak sumber yang mengelapkan hati terutama dari persekitaran dan makanan, maka bacaan Al Quran sudah tidak lagi menjadi hiburan untuk hati ummat Islam. Namun kesilapan mengunakan rukhsah ini akan menyebabkan orang yang sudah meninggalkan muzik akan kembali lagho.Bagi orang yang warak maka meninggallkan muzik adalah lebih utama kerana majoriti ulamak terdahulu mengharamkannya.Mukmin yg bijak sentiasa kreatif mengunakan ruhysah tanpa melemahkan kekuatan diri.Dan kita perlu jelas bahawa matlamat kehidupan ini adalah mencari redho Allah.