Friday, January 3, 2014

Siapa Bughah & Siapa Ulamak Ussu' ???

Hari ini kita meyambut bulan yang yang sangat bersejarah keatas peradaban manusia dan asbab bertebarannya rahmat ke seluruh alam. Saudaraku, Rabi'ulawal bukan sahaja ditetapkan Allah sebagai bulan kelahiran junjungan besar Nabi SAW namun ia juga merupakan bulah sempurnanya perjalanan rombongan hijrah Rasulullah SAW ke kota Yathrib ( Madinah al Munawwarah ).Bermula Tarikh inilah Daulah Islam tertegak seterusnya risalah agung ini tersebar keseluruh alam dan menjadi rahmatan lil a'lamin .Persolannya Mengapa rabi'ulawal dipilih Allah ? Kalimah Rabi’ membawa makna optimistik akan datangnya pembawa berita gembira .Syeikh Abdur-rahman As-shoqli mengatakan: “Setiap nama seseorang mempunyai peranan dalam kehidupannya, baik dalam segi individu atau yang lain. Pada Fashl Arrabi’ Bumi mengeluarkan semua isinya dari berbagai nikmat-nikmat Allah SWT serta Rezeki-rezkiNya yang di situ terdapat kemaslahatan seorang hamba, dan dengan itu seorang hamba dapat bertahan hidup, serta di situlah kehidupan mereka berlangsung. Sehingga terbelahlah biji-bijian, serta berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang telah ditentukan di situ, sehingga orang yang memandangnya menjadi senang dan memberikan khabar gembira akan kedatangan waktu masak dan memetiknya. Di sini terdapat isyarat yang sangat agung atas mulainya berbagai nikmat Allah SWT”. Maka kelahiran Nabi Muhammad SAW di bulan ini adalah sebagai isyarat yang sangat nyata dari Allah Azzawajalla agar kita mengagungkan dan memujinya karena ketinggian martabat Rasulullah SAW. Dimana beliau adalah sebagai pembawa kabar gembira bagi semua yang ada di alam semesta, serta rahmat bagi mereka dari berbagai kehancuran dan ketakutan di dunia dan di akherat. Sebahgian dari Rahmat Allah SWT yang paling agong iaitu anugerah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memberikan hidayah bagi umat islam menuju jalan yang lurus. Sebagai mana dalam firman Allah SWT : (وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ) [ الشورى : 52] . “Sesungguhnya kamu benar-benar meberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. Umumnya Musim Arrabi’(Musim bunga) adalah musim yang paling stabil dan paling baik, karena musim ini tidak terlalu sejuk atau panas , siang dan malamnya seimbang.Perlu difahami, Allah SWT lah yang berkehendak untuk menjadikan mulianya sesuatu tempat dan waktu dengan adanya Nabi. Maka tempat dan waktu itu mendapat kemuliaan serta keutamaan dan keistimewaan yang sangat besar dengan kedatangannya Nabi SAW.Sebaliknya bukan Nabi mendapat kemulian melalui masa dan tempat. Jika Rasulullah SAW dilahirkan di bulan yang istimewa contohnya bulan Zulhijjah atau di bulan-bulan haram lainnya Nescaya orang akan menyangka bahwa Nabi menjadi mulia asbab beliau dilahirkan di bulan-bulan tersebut.kerana keistimewaan dari bulan-bulan lain. Akan tetapi Allah Azzawajalla telah berkehendak untuk melahirkan baginda Rasul SAW di bulan Rabi’ul Awal, agar bulan ini menjadi mulia dan tampak bersinar terang. Dalam sebuah Sya’ir dikatakan: وتضوعت بك مسكا بك الغبراء بك بشر الله السماء فزينت ومساؤه بمحمد وضاء يوم يتيه على الزمان “Karenamu wahai Muhammad, Allah SWT memberi khabar gembira kepada langit hingga diapun berhias.Dan keranamulah, debu-debu kotor menjadi berbau kasturi”. “Hari dimana dalam keadaan bingung di sebuah zaman, petangnya menjadi terang ”. Saudaraku, Kini peristiwa agong ini telah hampir 15 abad berlalu.Nostalagia pahit umat islam adalah jatuhnya empayar Uthmaniyyah dan hampir semua negara umat islam dijajah. Meskipun episod terjajah secara "direct" sudah berlalu, Namun penjajahan dari segi pemikiran masih berjalan. Secara tak sedar ramai kalangan kita telah tercabut keyakinan bahawa kekuasan mutlak adalah hak Allah.Allah yang berkuasa menjadikan atau mentiadakan sesuatu.Sedangkan asbab hanya kelaziman sahaja.Ramai kita tahu betapa Allah boleh lahirkan Isa AS tanpa asbab kewujudan ayah dan betapa Allah mengizinkan Istana Balkis mampu di bawa ke Palestin dalam sekelip mata .Namun pengetahuan itu kekadang tercabut dari keyakinan kita dalam aplikasi kehidupan harian.Mukmin kekadang seolah terkapai-kapai mencari jalan kebenaran.Fitnah akhir zaman seolah semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap gelita.Pelbagai pihak puak mengaku mereka berada diatas kebenaran .Pelbagai hukum & pendapat diwawarkan dari mulut dan tulisan ilmuwan Islam.Tak kurang juga saling sesat & menyesatkan antara satu sama lain yang tak sealiran.Bahkan ada yang sanggup melabelkan rakan seagama halal darahnya seperti yang terkini seorang mufti meletakkan golongan yang berdemontrasi sebagai "Bughah". Bak kata guruku kalaulah Rasululah SAW & para sahabat rhum hidup hari ini.Rasanya mungkin ramai kalangan kita mengatakan mereka gila,ketingalan zaman dan sebagainya.Tak mustahil kita lebih teruk dari kafir Quraisy kerana kita telah diberi Al Quran manakala Kafir Quraisy tiada pedoman.. Berbalik realiti di negara kita, Penjajah telah meninggalkan politik demokrasi yang kekadang ramai kita tersalah tafsir menganggap politik itu hanya berkisar pada demokrasi ( pilihanraya ) ,Hakikatnya politik itu luas demokrasi itu terbatas. Pasca kebangkitan Islam 80an kekuatan parti politik yang meletak agama sebagai matlamat perjuangan semakin diterima.Maka agama digunakan dengan meluas dalam usaha menarik populariti .Fenomena boleh membawa kesan yang positif namun ia juga mampu mengundang fitnah pada Agama. Hakikatnya ianya bergantung pada matlamat mencampurkan agama dan politik .Jika Nawaitunya untuk menegakkan kebenaran dalam memimpin manusia secara adil dan amanah maka itu membawa kepada kebaikan. Namun, jika digunakan agama atas hasrat membina "political strength" maka ia bakal mengundang kerosakan .Sejarah menunjukkan betapa Agama ada ketikanya menjadi mainan kepentingan penguasa dan segala tafsiran mempunyai kepentingan mereka yang terbabit dalam politik. Kita amat bimbang dan prihatin atas kecelaruan ditimbulkan kalangan ilmuwan islam sejak akhir-akhir ini. Bahkan ada yang berlabel ulamak mengeluarkan pendapat yang mecelarukan pemikiran rakyat marhein dan paling ditakuti akan berakar umbi dihati dikalangan umat Islam yang jahil untuk menolak terus pandangan ulamak dimana sepertimana berlaku dibarat akibat ketika golongan Paderi menguasai politik Vatican ramai dihukum mati atas tuduhan "Heresy" bangkit mengkritik penyelewengan pihak gereja dan pemerintah.Manakala Indulgences ( form Pahala) menjadi sumber golongan agama mengaut harta dengan cara memutarbelitkan fakta bible. Golongan agama juga menipu rakyat dalam isu purgatory, relics, saints dan banyak lagi. Salah seorang reformis yang dibakar hidup-hidup pada tahun 1415 adalah Jan Huss . Martin Luther ditekan dan para ramai pengikutnya dibakar hidup-hidup. Penyelewengan pengurusan dan harta negara bagaikan dihalalkan mellaui golongan agama bersama pengampu. Saya amat sedih bila terdengar Kenyataan umpamanya merujuk para peserta demontasi 31 disember disamakan "Bughah" dimana halal darahnya.Dikhuatiri kenyataan-kenyataan kurang bijak seperti ini akan menghilangkan kepercayan umum kepada instituisi agama sepertimana belakunya di barat bahkan Hitler terus menganggap agama sebagai candu. Bagi yang sedar menyebarkan ilmu tentang ciri-ciri dua golongan ulamak iaitu ulamak akhirat ( takut hanya pada Allah ) Manakala ulamak Ussu" takutnya pada hilang jawatan dan habuan dunia adalah satu keperluan.Penjelasan ini dapat menangkis prejudis dikalangan umat islam yang jahil bahkan dapat memadamkan fitnah dikalangan non muslimm yang kekadang inisiatif membela keadilan lebih menebal dari umat islam sendiri. Kesimpulannya manusia ini amat rakus dan cinta pada dunia ( harta ,takhta,wanita ) .Kita tidak dapat lari dari fitnah zaman namun kita perlu bersedia menghadapinya dengan ilmu dan aqidah yang mantap.Atas asbab itu para ulamak mursyid menyarankan kita perlu perbanyakkan membaca & menghayati kisah para sahabat (rhum) , mendengar hadist-hadist Nabi SAW & mengamalkan Sunnah Nabi SAW disamping senantiasa berqiyamullail dan bertadabbur AlQuran semampu mungkin.