Friday, June 25, 2010

Najis Yang Dimaafkan

PENGERTIAN NAJIS


Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.

Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.

Pembahagian

Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua:

1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:

i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.
iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya.

Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.

NAJIS YANG DIMAAFKAN

Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kelonggaran terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan:

1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing.
2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.
3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.
4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.

CARA MENYUCI NAJIS
Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.

Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:

1. Najis mughallazah (berat)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

2. Najis mutawassitah (pertengahan)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

3. Najis mukhaffafah (ringan)

Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.

Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.

Thursday, June 24, 2010

Ulamak Perwaris Anbiya


Daripada Abi Hurairah: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah meredai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredai kamu jika kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya sedikitpun, Kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya, kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik 2/169).

Hari ini heboh berita ramai ulama akan menyertai UMNO.Sebagai seorang mukmin yang berilmu ( ulamak ) sepatutnya mengelakkan dari sebarang perisytiharan memasuki sesebuah parti politik apatah lagi yang matlamat perjuangan islammnya tidak jelas dan ternyata banyak terlibat dalam amalan maksiat.Kesilapan sebegini bukan sahaja mengundang kepada fitnah dalam masyarakat bahkan boleh diangap sebagai pengkhianat kepada ilmu yang dipelajari.

Sebagai pewaris anbiya, para ulama bertanggung jawab untuk menjaga dan melanjutkan risalah islam. Para ulamalah yang perlu berada di saf hadapan dalam mempertahankan dan menegakkan ajaran Tauhid.

Imam al-Ghazali ( rha )menasihati Sultan Muhammad bin Malik Syah,”Ketahuilah wahai Sultan, engkau adalah makhluk. Engkau diciptakan oleh Maha Pencipta yang menciptakan alam dan seluruh isinya. Dia Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.” (At-Tibr al-Masbuk fi Nashaih al-Muluk,).

Sabda Nabi saw: ”Seburuk-buruk manusia adalah ulama yang buruk.” Kerusakan ulama adalah kerusakan Islam. Ulama jahat adalah ulama yang jahil tetapi berani memberi fatwa atau ulama yang menjual agamanya untuk kepentingan dunia. Imam al-Ghazali dalam Kitabnya, Ihya’ Ulumuddin, memberikan penjelasan panjang lebar tentang bahaya ulama-ulama jahat, yang disebutnya sebagai ’ulama dunia’.



Rasulullah saw bersabda: ”Di akhir zaman akan ada para ahli ibadah yang jahil dan para ulama yang jahat.” (HR at-Tirmidzi).

Ulama adalah orang yang faqih fid-din, dan sekaligus orang yang bertaqwa kepada Allah. Sebagai pewaris Nabi, mereka harus memiliki kemampuan ilmu dalam masalah risalah kenabian dan sekaligus menjadi role model kepada masyarakat.

Selain mewarisi keilmuan dan risalah kenabian, para ulama di terdahulu juga sering menghadapi ujian yang berat, sebagaimana dialami oleh para Nabi. Imam Malik contohnya pernah disiksa, karena pendapatnya bertentangan dengan gabenor Madinah ketika itu. Imam Abu Hanifah masuk penjara dan menjalani hokum cambuk 10 kali setiap hari, karena menolak berbagai tawaran sebagai mufti dalam pemerintahan Abu Ja’far al-Manshur.

Hari ini setiap tahun beribu-ribu ahli agamawan dikeluarkan dari institusi pengajian di serata pelusuk dunia.Persoalannya,Siapakah dikalangan mereka ulama perwaris Nabi yang perlu kita ikuti dan dijadikan pemimpin kita ?

Didalam kitab -Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya - Shaikh Zainuddin al Malibaari menerangkan cirri-ciri Ulama perwaris Nabi dimana mereka tidak menuntut dunia, dengan ilmunya .Tidaklah berlainan kata-kata dengan perbuatannya. Dan pada perkara perintah dialah yang mula-mula beramalnya. Dan pada larangan dialah yang mula-mula menghindarinya. Dan adalah ia mementingkan ilmu yang nyata membawa gemar kepada taat. Dan ia menjaga dirinya dari ilmu yang melulu membanyakkan kata-kata yang sia-sia dan yang menghiasi perdebatan. Dan ia menjauhi berlebihan tentang makan. Bermewah-mewahan pada perabot dan rumahtangga. Dan menjauhkan bersenang-lenang dan berhias-hias dengan pakaian. Dan cenderung ia kepada redho pada apa yang ada (qana'ah). Dan menjauhi diri ia dari menggauli sultan (pemerintah) , dengan erti tidaklah ia masuk walaupun satu hari kecuali untuk menasihati atau menolak zalim atau memberi pembelaan terhadap apa-apa yang membawa kepada redho Allah. Maka bolehlah masuk. Dan terhadap Fatwa-fatwa, tidaklah ia ceroboh . Dan dikatakannya : {Tanyakanlah hal ini kepada orang yang ahli}. Tidak mau ia berijtihad kalau belum keadaan menentukan harus begitu dan dikatakannya {Saya tidak tau} , bila hal tersebut tidak mudah baginya . Dan bertujuan ia dengan ilmunya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat yang besar. Dengan demikian , yang dipentingkannya adalah ilmu batin dan meneliti persoalan hati ,dan keselamatan hatinya dibuat segala macam siasah ( gaya tarbiyah)

Manakala Sifat-sifat ulama Dunia pula :

"Ulamak dunia, Iaitu ulamak yang Jahat. Tujuan mereka dengan ilmunya untuk mendapatkan kesenangan dunia, dan mendapatkan kemegahan dan kedudukan disisi ahli dunia".( Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya)

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah :

Sifat Ulamak dunia atau sifat ulamak u’ suu ..

" Dijadikan Ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia. Dalam masa yang sama tersemat dalam hatinya merasa bahwa ia disisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak , , tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya cenderong kepada dunia.

Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong dikalangan orang yang baik-baik. Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah " Hai orang yang beriman , mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi s.a.w " Ada sesuatu yang lebih daku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal. maka sahabat bertanya " Apakah itu Ya Rasulullah?". Sabdanya "Ulama yang jahat".

Mudahan kita terselamat dari fitnah ini dengan kita berpegang teguh kepada Alquran dan As-sunnah sepetimana Sabda Nabi SAW.

Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umur nya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".


Kesimpulannya setiap kebenaran dan kebatilan itu jelas sekiranya kita berusaha mencarinya.Panduan kita bukanlah pada tokoh tertentu sebaliknya pada jalan yang telah ditunjuki oleh para Nabi Nabi dan ulamak yang menepati sunnahnya ( Nabi Muhammad SAW )

Wednesday, June 16, 2010

ADAB KETIKA BERDOA

Kebiasanya seseorang melakukan do'a mengangkat tangannya,ini berdasarkan sabit hadis Nabi saw :
إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

"Sesungguhnya Allah itu amat pemurah, dan ia tidak menyukai menghampakan hambanya dengan tangan kosong apabila ia menangkatnya kepadanya"
 (Hadith riwayat Al-Tirmudzi #3556, sahih oleh al-Albani didalam Sahih Al-Tirmudzi.)


Diadalam Kitab Tuhfat al-Ahwadhi mengatakan bahawa hadith ini menegaskan adalah mustahab mengangkat tangan apabila melakukan doa. Sebenarnya banyak lagi hadith yang menerangkan tentang mustahabnya mengangkat tangan.
Menurut Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah :
وأما رفع لقول النبي صلى الله عليه وسلم يديه في الدعاء : فقد جاء فيه أحاديث كثيرة صيحة، مسحه وجهه بيديه فليس عنه فيه الاحديث، أو حديثان،
"Dan bagi mengangkat tangan ketika berdo'a adalah merupakan perkataan Nabi saw : Telah datang darinya banyak hadith-hadith yang sahih, menyapu wajah dengan tangan bukanlah ada didalam hadith atau hadith-hadith".
الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يا رب ، ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذي بالحرام ، فأنى يستجاب له ؟ ) رواه مسلم في صحيحه
Kemudian diperingatkan dengan "seorang lelaki yang bermusafir jauh dan dipenuhi habuk, mengangkat tangan keatas langit seraya berkata :'Ya Tuhan ku Ta Tuhan ku', akan tetapi makanan yang dimakan dari yang haram, dan minumannya dari yang haram, dan semuanya dijadikan dengan yang haram, maka bagaimana dikabulkan keatas permintaannya?" - (Riwayat oleh Muslim didalam Shahih).

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz memberi komentar diatas hadith diatas mengatakan :"ia menunjukkan bahawa mengangkat tangan merupakan satu cara (adab) bagi sesuatu do'a itu dikabulkan, dan menjelaskan bahawa mengambil sesuatu yang haram merupakan salah satu perkara dimana do'a seseorang itu tidak di kabulkan."

Berapa pandangan mengenai mengangkat tangan semasa berdo'a


Rata-rata atau umumnya mengangkat tangan semasa do'a adalah mustahab. Ia merupakan salah satu daripada kaedah berdo'a sebagaimana yang dijelaskan diatas yang disandarkan kepada hadith-hadith sahih. Disini kita memetik fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz mengenai beberapa situasi mengenai angkat tangan ketika berdo'a. Kata beliau:


فهذا من أسباب الإجابة إلا في المواضع التي لم يرفع فيها النبي صلى الله عليه وسلم فلا نرفع فيها ، مثل خطبة الجمعة ، فلم يرفع فيها يديه ، إلا إذا استسقى فهو يرفع يديه فيها .
كذلك بين السجدتين وقبل السلام في آخر التشهد لم يكن يرفع يديه صلى الله عليه وسلم فلا نرفع أيدينا في هذه المواطن التي لم يرفع فيها صلى الله عليه وسلم .
لأن فعله حجة وتركه حجة ، وهكذا بعد السلام من الصلوات الخمس . كان صلى الله عليه وسلم يأتي بالأذكار الشرعية ولا يرفع يديه ، فلا نرفع في ذلك أيدينا إقتداء به صلى الله عليه وسلم أما المواضع التي رفع صلى الله عليه وسلم فيها يديه فالسنة فيها رفع اليدين تأسياً به صلى الله عليه وسلم ولأن ذلك من أسباب الإجابة ، وهكذا المواضع التي يدعو فيها المسلم ربه ولم يرد فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم رفع ولا ترك فإنا نرفع فيها للأحاديث الدالة على أن الرفع من أسباب الإجابة كما تقدم .


"[mengangkat tangan] ini merupakan salah satu sebab dikabulkan do'a., melainkan terdapat beberapa situasi dimana Nabi saw TIDAK mengangkat tangan, misalnya do'a pada Khutbah Jumaat, dimana dia tidak mengangkat tangan, melainkan apabila bersolat memohon hujan (Solat istisqa'), beliau telah mengangkat tangannya.

Begitu juga duduk diantara 2 sujud dan sebelum salam diakhir Tashahud , baginda saw tidak mengangkat tangannya, maka kita tidak boleh mengangkat tangan dimasa itu kerana Nabi saw tidak mengangkat tangannya.
Disebabkan melakukannya berdasar nas dan tidak melakukannya juga [tidak angkat tangan] juga berdasarkan nas. Begitu juga selepas salam didalam solat yang lima, Nabi saw akan melakukan zikir yang telah dinyatakan oleh syariat akan tetapi beliau tidak mengangkat tangan, maka kita lakukan sedemikan menurut beliau sebagai contoh. Akan tetapi, didalam situasi beliau mengangkat tangan, adalah menjadi sunnah mengangkat tangan, mencontohi perbuatan baginda, kerana ia merupakan satu cara menjadikan do'a kita dijawab oleh Allah swt. Begitu juga dengan situasi didalam seorang Islam memohon sesuatu dari Allah, dan tidak ada riwayat bahawa Nabi saw mengangkat tangan atau tidak. Maka kita dibolehkan mengangkat tangan, kerana disana ada hadith yang menunjukkan mengangkat tangan merupakan salah satu cara agar do'a kita di jawab, seperti yang disebab tadi."


"Disana ulama mengatakan adalah menjadi syariat mengangat tangan semasa berdo'a, malah merupakan mengatakan sunat, kerana menyerupai perlakuan Nabi saw - ada juga kumpulan yang memakruhkan mengangkat tangan kecuali/melainkan didalam Solat istisqa' (mohon hujan), kerana Hadith dari Anas :


كان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ لا يرفع يديه في شيء من دعائه إلا في الاستسقاء فإنه كان يرفع يديه حتى يرى بياض إبطيه


"Bahawa Rasulullah saw tidak sekali-kali mengangkat tangan didalam do'a kecuali didalam istisqa', maka beliau telah mengangkat tangan sehingga tampak keputihan ketiaknya" - (Riwayat Al-Bukari dan Muslim).


Sebahagian memakruhkan mengangkat tangan secara mutlak didalam Istisqa' dan lain-lain, kerana Hadith Muslim dari 'Imaarah bin Rubiyyah, telah melihat Basyir bin Marwan diatas Mimbar mengangkat tangannya, maka berkata :


قَبَّحَ الله هاتين اليدين، لقد رأيت رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ ما يزيد على أن يقول بيده هكذا، وأشار بأصبعه المسبحة "تفسير القرطبي ج 7 ص 255" .


"Allah akan memburukkan kedua-dua tangan ini, aku telah melihat nabi saw - tidak menambah keatasnya dengan berkata dengan tangannya dan begitu, dan baginda telah mengunakan isyarat dengan jari telunjuk - sebagaimana didalam Tafsir Qurthubi 7/255"

Dalil menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a

Disana terdapat dalil yang menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a, sebagaimana menurut Sheikh Atiyah Saqr :


قال ابن حجر في الفتح: قال العلماء: السُّنَّةُ في كل دعاء لرفع بلاء أن يرفع يديه جاعلاً ظهر كفيه إلى السماء، وإذا دعا بحصول شيء أو تحصيله أن يجعل بطن كفيه إلى السماء. وكذلك قال النووي في شرح صحيح مسلم، حاكيًا لذلك عن جماعة من العلماء. وقيل:الحكمة في الإشارة بظهر الكفين في الاستسقاء دون غير التفاؤل بتقلب الحال كما قيل في تحويل الرداء "المرجع السابق".


"Berkata Ibnu Hajar didalam Al-Fath Bari : Berkata ulama' : Sunnah setiap kali berdo'a menghindar bala' mengangkat tangannya menjadikan belakang tangan mengadap ke langit (terbalik), jika berdo'a untuk mendapat sesuatu hasil maka jadikan tapak tangan mengadap langit. Begitulah yang dikatakan oleh Imam Al-Nawawi didalam syarah Sahih Muslim, dan berkata dikalangan kumpulan ulama. Kata mereka : Hikmah mengisyaratkan belakang tapak tangan apabila memohon air hujan tanpa selainnya hanyalah optimistik berubahnya keadaan sebagaimana diperingkat didalam bertukar posisi kain sibai, merujuk kepada nas sebelum ini.

1. Menterbalikkan tangan ketika doa tolak bala'


2. Doa: terbalikkan telapak tangan


Pandangan Rumah Fatwa Saudi


Didalam fatwa bernombor 3907 dari al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta, ulama'-ulama'nya menyebut :


السنة أن يجعل بطون يديه إلى السماء وظهورهما إلى الأرض؛ لما روي أن النبي صلى الله عليه وسلم :


إذا سألتم الله فاسألوه يبطون أكفكم، ولاتسألوه بظهورها

"Adalah Sunnah menjadikan tapak tangan mengadap ke langit dan belakang kedua-dua tangan mengadap ke bumi, sebagaimana yang diriwayatkan dari Nabi saw :


Apabila kamu memohon kepada Allah, maka hendaklah kamu lakukan dengan kedua tapak tangan kamu, jangan kamu memohon dengan menggunakan kedua belakang tangan kamu" - (hadith riwayat : Abu Daud 2/164-165 bernombor 1485,1486, Ibnu Maajah 1/373, 2/1272, Al-Hakim 1/536, Al-Baihaqi 2/212 dan lain-lain). "


Angkat tangan semasa berdo'a merupakan perkara mustahab. Akan tetapi terdapat situasi-situasi tertentu yang menunjukkan Nabi saw tidak mengangkat tangan semasa berdo'a, seperti do'a didalam tashahud dan do'a didalam Khutbah Jumaat atau Eid. Ada juga ulama' yang mengatakan hanya boleh mengangkat tangan semasa solat istisqa' sahaja. Umumnya, ulama' bersetuju bahawa mengangkat tangan didalam do'a itu merupakan satu cara bagi do'a kita dijawab oleh Allah swt. Mengenai isu membalikkan tangan semasa berdo'a, ada dikalangan mereka yang membenarkan semasa berdo'a menjauhkan bala, dan terdapat juga dikalangan mereka yang lebih menyukai tidak membalikkan tangan semasa berdo'a. Wallahu'alam.




================


Rujukan :

1. Abdul Rahman Mohd bin Qasim. Majmu' fatawa Sheikh Al-Islam Ahmad bin Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Hukumah, 19??. ms 519.

2. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adilatuhu - I. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.ms. 804.

3. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat li’l-Sheikh Ibn Baaz - 6. Riyad : Dar Al-Watan, 1998. ms 124


4. Sheikh Atiyyah Saqr.رفع الأيدي بالدعاء url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=13258

5. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 8. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 328.

Tuesday, June 8, 2010

Rasionalkah Naib Presiden PAS Dikalangan Wanita ???


Hari ini sumbangan wanita dalam pembangunan negara amatlah besar sekali dimana kita diperlihatkan betapa semakin ramai wanita mampu menjadi pembuat dasar yang baik.Bahkan di segi pencapaian akademik pelajar wanita tampak lebih kedepan bebanding lelaki. Secara teorinya permasalahan ini berlaku akibat kaum lelaki yang kurang cemerlang dan ramai yang tersesat dengan budaya hedonisme.

Secara logikanya adalah wajar kepimpinan saf hadapan perlu kepada golongan yang paling berilmu dan bijak ,Namun begitu pelbagai implikasi jangka panjang perlulah diberi pertimbangan.

Sebenarnya islam telah mengariskan jalan hidup yang sempurna untuk seluruh ummah.Namun begitu kita kekadang alpa dan terleka untuk kembali kepada panduan itu apabila belaku sesuatu permasalahan. Umpama pengembara dihutan yang tebal yang meninggalkan peta/kompas sebaliknya menggunakan aliran sungai untuk mencari jalan keluar.Walaupun secara teorinya aliran sungai akan kelaut.Namun begitu ini bukalah methode yang tepat ?

Bebalik kepada isu wanita untuk diketengahkan sebai pemimpin saf hadapan terdapat banyak dalil membahaskannya.sepertimana firman Allah yang bermaksud

"Laki-laki adalah pemimpin atas wanita, karena kelebihan yang Allah berikan kepada mereka (laki-laki), dan karena nafkah berupa materi yang mereka berikan (kepada istri). Wanita yang baik adalah mereka yang taat (kepada Allah dan suaminya), menjaga (amanat) saat suaminya tidak ada, sesuai dengan perintah Allah...." (Q.S. An-Nisa (4) ayat 34)

Abu Bakrah berkata,

لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ –‏‎ ‎صلى الله عليه وسلم – أَنَّ أَهْلَ‏‎ ‎فَارِسَ قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ‏‎ ‎بِنْتَ كِسْرَى قَالَ » لَنْ‏‎ ‎يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا‎ ‎أَمْرَهُمُ امْرَأَةً »

“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, beliau shallallahu ’alaihi wa sallam lantas bersabda, ” Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)

Jumhur ulama bersepakat bahwa syarat al imam al a’zhom haruslah laki-laki. (rujuk Adhwa ’ul Bayan, 3/34, Asy Syamilah).Al Baghowiy mengatakan dalam Syarhus Sunnah (10/77) pada Bab ”Terlarangnya Wanita Sebagai Pemimpin”: ”Para ulama sepakat bahwa wanita tidak boleh diangkat sebagi pemimpin dan juga hakim. Alasannya, karena pemimpin harus memimpin jihad. Begitu juga seorang pemimpin negara haruslah menyelesaikan urusan kaum muslimin. Seorang hakim perlu menyelesaikan pertikaian.. Sedangkan wanita dibatasi oleh aurat .

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam Besabda :

ما رأيت من ناقصات عقل ودين أغلب للب‎ ‎الرجل الحازم من إحداكن فقيل يا رسولا‎ ‎لله ما نقصان عقلها ؟ قال أليست‎ ‎شهادة المرأتين بشهادة رجل ؟ قيل يا‎ ‎رسول الله ما نقصان دينها ؟ قالأ‎ ‎ليست إذا حاضت لم تصل ولم تصم ؟

“Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menggoyangkan laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita.” Lalu ada yang menanyakan kepada Rasulullah, ”Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud kurang akalnya?” Beliau shallallahu ’alaihi wa sallam pun menjawab, ”Bukankah persaksian dua wanita sama dengan satu pria?” Ada yang menanyakan lagi, ”Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan kurang agamanya?” Beliau shallallahu ’alaihi wa sallam pun menjawab, ”Bukankah ketika seorang wanita mengalami haidh, dia tidak dapat melaksanakan shalat dan tidak dapat berpuasa?” (HR. Bukhari dan Muslim)

Persoalan yang ketara disini …Sekiranya lebih ramai wanita ditampilkan di saf hadapan siapakah yang akan memimpin dalam hal yang khusus terutama dalam mendidik anak dan melayani suami di rumah. Dimana pembinaan keluarga yang sejahtera adalah kunci kearah umat yang cemerlang dimasa depan.

Allah Ta’ala berfirman,

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا‎ ‎تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ‏‎ ‎الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى‎ ‎وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآَتِينَ‏‎ ‎الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ‏‎ ‎وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ‏‎ ‎اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ‏‎ ‎الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ‏‎ ‎وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

“Dan hendaklah kamu( wanita ) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (QS. Al Ahzab: 33)

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

وَالْمَرْأَةُ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا‎ ‎رَاعِيَةٌ وَهْىَ مَسْئُولَةٌ عَنْ‏‎ ‎رَعِيَّتِهَا

“Wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan dimintai pertanggungjawaban mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)

Syaikh Bakar Abu Zaid berkata, “Masing-masing wajib mengimani dan menerima bahwa harus ada perbedaan antara laki-laki dan wanita, baik dari segi lahir dan batin, menurut tinjauan syari’at Islam. Masing-masing harus ridho dengan taqdir Allah dan syari’at Islam.

Perbedaan ini adalah semata-mata menuju keadilan, dengan perbedaan ini kehidupan bermasyarakat menjadi teratur. Tidak boleh masing-masing berharap memiliki kekhususan yang lain.Kerana segenius manapun pemikiran kita .Kita tidak mampu menadingi kebiksaana pencipta kita. Kita perlu mengutamakan rububiyyah kita kepada Allah dalam setiap perkara.

Menyentuh isu jawatan Naib Presiden PAS perlu diberi ruang kepada wanita.Sebolehnya ia perlu dibahaskan mengikut kesarjanaan oleh ulamak muktabar.Dimana posisi ini sangat penting apatah lagi fenomena hari ini PAS amat memerlukan barisan pimpinan pelapis untuk diuji kemampuannya sebelum diberi amanah menerajui jemaah.Sebagai pendokong jemaah islam sepatutnya lebih maklum bahawa ketentuan di dalam Islam adalah jelas dan terbukti telah membawa kepada kesejahteraan sejagat.Sebarang inisiatif terutama dari kalangan pimpinan untuk menimbulkan isu yang diketahui boleh mencetuskan konflik dikalangan masyarakat awam adalah kurang bijak dan tidak bertangungjawab .